Monday, December 22, 2014

Sedekah


Assalamualaikum semua....

Satu kisah buat renungan diri sendiri dan buat tatapan sahabat semua....Dipetik dari kitab Tanbihul Qhafilin....

Pada suatu hari, berlalu seorang perempuan di hadapan Saidina Aisyah. Pada pandangan Saidina Aisyah, ternampak sebelah tangan perempuan tadi ditutup. Selalunya tidak begitu...Saidina Aisyah bertanyakan hal ini kepadanya....

Lalu berceritalah perempuan tadi kepada Saidina Aisyah....

Perempuan tadi mengatakan dia ada ibu dan ayah..Masing - masing mempunyai kekuatan tersendiri...Ayahnya amat suka bersedekah...satupun tidak berkira ayahnya.. semua yang ada pasti akan disedekahnya.. hatta setiap barang yang disayanginya..Ibunya pula amat jarang sekali mengikut jejak ayahnya...Pada satu ketika sahaja dia melihat ibunya bersedekah. Itupun sehelai pakaian buruk yang sudah tidak diinginkan lagi...dan tambahnya lagi...kadang-kadang ibunya sedekahkan lemak-lemak daging yang tidak dimahunya...Lebih mudah lagi, apa yang sudah tiada di dalam keinginan ibunya, barang-barang itu akan disedekahkannya.

Pada suatu malam, perempuan tadi bermimpi bertemu arwah ibu dan ayahnya.....di saat matahari tinggi sejengkal dari kepala, dia melihat gambaran ibunya amat kehausan...lalu ibunya mengambil lemak-lemak yang dulu disedekahnya untuk mengurangkan kehausannya itu...pakaiannya juga buruk...sama seperti pakaian yang disedekahkan dulu....Sambung ceritanya kepada Saidina Aisyah lagi, di persimpangan jalan, dia melihat seorang lelaki sangat banyak bersedekah air minuman kepada mereka-mereka yang kehausan dek matahari sejengkal dari kepala....Nikmat yang diterima oleh lelaki tadi sehinggakan boleh bersedekah kepada yang lain.....Katanya lagi, aku berjalan merapati lelaki itu...tidak salah lagi..dia lah ayahku......

Sama seperti ketika di dunia, ayah amat pemurah...sehinggakan di akhirat pun diberikan nikmat yang sama...Aku mengambil segelas air dari ayahku lalu aku berikan segelas air itu kepada ibuku...Dalam perjalanan ke sana, aku terdengar satu suara yang mengatakan barangsiapa yang berani memberi segelas air kepada hamba Allah itu, akan ditimpakan azab kepadanya yakni tangan nya tidak mampu begerak lagi....Aku pedulikan suara itu, aku berikan juga segelas air itu kepada ibuku untuk menghilangkan kehausannya itu........

Selesai dengan pemberian itu, aku terjaga dari tidurku...aku bermimpi arwah ibu dan ayah...Apabila aku cuba mengangkat tanganku, aku tidak berdaya lagi...Oleh yang demikian itu Saidina Aisyah, aku menututupi tanganku ini.....

Jika hari ini kita kekurangan sedekah, apa yang akan membantu kita di sana kelak....tepuk dada tanya iman...

Al faqir illarobbihii,
Ibnu Idris
Bakar Arang, Sungai Petani.


Monday, October 20, 2014

Dunia semakin tua


Salam buat semua....Semoga semua di dalam redha Allah sentiasa.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana memilih diri ini menghadiri diantara taman-taman syurga. Kuliah malam tadi disampaikan Ust Jafri Abu Bakar..
Diantara butir-butir mutiara yang masih berlegar-legar di fikiran ialah ketika Ust mengatakan Dunia semakin tua ataupun sudah di akhir zaman ....Jika hari ini kita masih bersenang lenang, tahukah kamu dunia akan digoncang dengan dasyatnya?

Buat perkongsian saudaraku semua, antara salah satu dunia akan kiamat kelak berlakunya matahari naik di sebelah barat....

Sebelum berlakunya perkara sedemikian, terdapat 2 perkara yang salah satunya akan berlaku dahulu sebelum terbitnya matahari di sebelah barat. Antaranya ialah:
1- Malam akan berpanjangan kira-kira sebanyak 3 malam. Manusia akan merasakan sesuatu yang amat pelik. Riuh rendah jadinya. Mana perginya siang? Beribu persoalan yang tidak mampu dijawab. Hanya mereka yang mengetahui perlu menggunakan peluang itu sepenuhnya.
2- Menurut hadis dari Abu Hurairah, Malam akan berpanjangan kira-kira sebanyak 2 malam. ( Rujuk kitab Ibnu Kathsir - Tanda-tanda kiamat)

Selepas peristiwa ini, Allah izinkan Matahari terbit di sebelah barat. Ketika saat selepas kejadian itu, semua perkara yang baik hendak dilakukan umat manusia, tiada satupun Allah akan terima. Sia-sia belaka amalan baik tersebut! Satupun tidak akan dikira......Bayangkan peristiwa ini berlaku esok....

Mengapa saya mengatakan ''hanya mereka yang mengetahui perlu menggunakan peluang itu sepenuhnya?"
Pesan Ust tadi, seandainya kita menempuh peristiwa malam yang berpanjangan itu, gunalah sebaik-baiknya memohon kehadrat ilahi.  Kita diantara hambanya yang bertuah mengetahui peristiwa ini seandainya ia berlaku. Jangan menunggu dan terpengaruh dengan kacau bilau dunia di saat malam berpanjangan. Ambilah peluang yang Allah kurniakan untuk melakukan amalan sebaik mungkin. Seandainya pemanjangan malam yang berlaku itu tidak digunakan dengan sebaiknya, apabila naiknya matahari di sebelah Barat, tiada lagi amalan yang akan diterima..Oleh itu, gunakan sepenuhnya malam itu seandainya ia berlaku!

Sirru alabarakatillah!

Alfaqir Ilarobbihi,
Ibnu Idris


Thursday, September 25, 2014

PINJAM 3 MINIT UTK BACA NI

Salam semua...Info rasanya mampu membuat kita berfikir sejenak...

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
- ustaz haslin baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din"


11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.

Monday, September 22, 2014

 Salam,
Buat mu jika terlihat coretan ku.....Hanya kepada Allah ku bermohon...jika ada, maka adalah dengan izinnya......


Saturday, September 20, 2014

Jangan

~ JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

~ JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

~ JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

~ JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

~ JANGAN ego untuk meminta maaf kalau memang Kita bersalah.

~ JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

~ JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

~ JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.



Thursday, September 18, 2014


Salam....Semoga sahabat semua di dalam redha Allah hendaknya...

Hari nie masa buat OT tadi untuk urgent cable, hati nie tiba-tiba sayu sangat tengok sorang nie..Bukan nak buka aib, tapi at least pengajaran buat diri sendiri..sanggup bawak kamus untuk belajar English...Tersentuh sangat tengok usaha dia nie..semasa jalan mesin, sempat lagi buka kamus..sangat dasyat kot..hehehe...yupppp...memang the best...semoga Allah memudahkan jalan baginya....memang la bahasa pengantara dekat kilang akan guna bahasa Inggeris...sebab dekat sini semua negara ada....jadi mau tak mau kena la jugak....  

Ibnu Idris,
Taman Indah, SP


Tuesday, September 16, 2014

Lebih Baik dari Dunia Dan Segala Isinya.

Jika seseorang diberikan sebuah syarikat dengan sahamnya, ia ada suatu yang baik.

Jika seseorang dikurniakan sebuah negeri dengan hasilnya, ia adalah suatu yang sangat baik

Jika seseorang diserahkan sebuah negara dan perbendaharaannya, maka ia adalah yang lebih baik daripada sebelumnya.

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda;

ركعتا الفجرِ خيرٌ من الدنيا وما فيها

"DUA RAKAAT (sunat sebelum) SUBUH LEBIH BAIK daripada DUNIA dan SEGALA ISINYA" [Shahih Muslim (725)]

Marilah bersama-sama merebut kurniaan besar yang dijanjikan Allah ta'ala ini.



Tuesday, September 2, 2014

PARA LELAKI


Teguran Ustaz Azhar Idrus kepada PARA LELAKI yang memilih wanita kerana CANTIK.
1. Tak haram kahwin sebab nak cantik.
2. Nikah kerana dia beragama, itu terbaik. Sebab kalau kerana agama, insya-Allah, hitam kita tidak akan nampak hitam. Gemuk kita tidak akan nampak gemuk. Kita akan nampak terbaik.
Isteri yang baik walaupun dia hitam, pendek, gemuk, hidung tak mancung, tak lawa, akan menjadi lawa bila beragama.
Bila dia beragama dia akan manis tutur kata, baik perangainya, tidak memaksa-maksa suami membeli apa yang tidak mampu, nasihat yang baik kepada suami. Sepatah perkataannya melegakan hati kita. Pergi dan balik kerja salam cium tangan suami, sambut dengan baik. Perilakunya baik dan menyenangkan hati. Seronok tak kalau macam tu?
3. Di mahkamah syariah dan pejabat agama, kebanyakan yang bercerai adalah yang cantik-cantik. Kebanyakannya perangai jahat, mulut jahat. Bila suami keluar, hantar mesej nak gaduh. Bila suami balik, diamkan diri. Bila suami beri duit, ok. Bila tak bagi duit, gaduh. Adu masalah pada orang tu dan orang ini. Compare suami dengan orang tu dan orang ini. Sentiasa tak puas hati dengan suami.
4. Jangan kerana cantik. Biar kerana agama. Bila beragama, cantik tu akan datang dengan sendiri.
Fikir.
Yang lawa hanya sementara.
Yang beragama, sampai ke tua dan membawa ke Syurga.

Jalan Ke Syurga


Assalamualaikum.....
Alhamdulillah malam nie dipilih oleh Allah menghadiri majlis ilmu di Masjid Merbok. Tajuknya cukup cantik sekali, jalan ke syurga. Disampai pulak oleh ustaz yang mantap.

Jalan ke syurga? nampak mudah..tetapi tak semudah yang disangka....Sedikit nota catatanku buat perkongsian kita semua.

Sebelum umat manusia menuju ke syurga atau neraka, semuanya akan menempuhi alam kematian. Rasul insan yang mulia pon di akhirnya Allah mengambilnya kembali. Kenapa Allah tak bagi syurga tu direct kepada nabi? Persoalan kepada kita......itu menunjukan bertapa tingginya pengertian Syurga itu. Kalau seorang rasul mulia pun tak dapat direct dari Allah, kita pula bagaimana?????Tepuk dada tanya iman.

Tidak lain lagi, semua perkara yang kita buat, kita lalui, semuanya akan ditanya oleh Allah. Adakah kita semua akan terselamat dari persoalan tersebut.....hanya diri kita sahaja yang mampu menjawabnya......

Jika kita nak ke syurga, bagaimana persediaan kita jke sana? Kalau hari kita nak adakan majlis kenduri misalnya, beberapa hari sebelumnya kita sudah bersedia....ya kannnn??? sudah pastinya kita akan bersedia terlebih dahulu......Jika sehari sahaja majlis dah buat persediaan, bagaimana pula di alam kekal abadi nanti???Kata nak ke syurga...tetapi langsung tak ada persediaan....

Ingat kata Nabi, barangsiapa yang Allah hendak dia menjadi baik, Allah jadikan dia faham agama.

Maka persediaan ke arah kematian itu ada beberapa perkara:

1- Akhidah yang mantap.
Bagaimana nak mantap? Tidak lain hanya mengenal Allah. 

2- Amal soleh.
Semuanya menjadi bekalan ke akhirat kelak.

3- Istiqhomah.
Setiap perkara kebaikan perlu ada sifat Istiqhomah. Berterusan melakukan kebaikan

4- ingat mati
Dengan ingatan terhadap mati, 


Thursday, August 14, 2014

Syukur....



 Syukur sgt 2 hari nie...segala dirancang Allah sempurnakan dengan jayanya walaupun pada mulanya dah rasa  mcm dah tak boleh nak jalan..

Semoga Allah sentiasa memakbulkan doa hambaMu ini....Aku hanya merancang,ttp Engkaulah yang menentukan segalanya...Biarpun pada hakikatnya benda itu adalah yang mustahil.....

Allahummaaameen....

Tuesday, August 12, 2014

Today mistake

Today mistake....wrong drawing issued ------> Result ::::: Wrong product.....astarfirullahalazim.....
How to tell my Boss......adeyhhhhh....

Every day he told, everything you received....please check and verify.....

Owhhhh...no answer.....no answer.....

How to do????Hopefully Allah always make my job decision on right way....

Please Allah..give me a guideline tomorrow.....Insyaallah

Next time...don't forget this 2 step .......check & verify....simple but perfect!

So....to release tension, me eat a lot of Nasi Arab Perda!!!!! oyehhhhh


Seribu Maknanya....


Salam semua....
Cukup terkesan dengan kata-kata dari anak muda ini...Bagaimana beliau boleh mengeluarkan kata-kata atau pemikiran seperti ini walaupun usianya masih muda? Tetapi pemikirannya melampaui segalanya. 

"" Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian""....Apakah maksud ayat ini? Tepuk dada tanyalah iman anda....Para guru pernah berkata, jika pada suatu ketika, Allah redha kepada kita dan kita redha kepada Allah, maka tidak lain lagi balasannya.... di sana nanti syurgalah jawabnya....Radhiyallah huanhuuu warodhuan.....

Niat yang ikhlas hanya kerana Allah... Setiap hari kita melafazkan kata-kata janji kepada Allah 5 kali setiap hari...Bagaimana yang dikatakan janji itu????
""Innasolati,wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamin....Inilah janjinya....semua perkara yang dilakukan ikhlas kepada Allah bukan untuk sesiapa dahulu....Kita dahulukan janji kita ini kepada pencipta langit dan bumi ini......

Jom sama-sama ikhlaskan perbuatan kita kerana Allah.

""Sesungguhnya solatku,ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam""

Sayonara~~~*Selamat malam semua....semoga kita dipilih oleh Allah hamba-hambaNya yang menghidupkan sepertiga malam.

Monday, May 26, 2014



Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.
Mari fikir-fikirkan.
"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.
Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya.
Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.
Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.
Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.
Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.
Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri".

Sunday, May 25, 2014

Tiada Noktah


Setia menanti
Dengan segenap kesabaran
walaupun katanya satu penyiksaan

Pasti kan ada jawapnya
esok, lusa atau tiada noktahnya...

Thursday, May 22, 2014

Lama tak hapdet....


Salam semua....bersawang nampaknya blog..sekian lama tak hapdet...hahaha....
Mau hapdet pon x da cita....Tapi x pa, sekurangnya dah aktif balik.....

OkeY...mai tolong clear sawang2 yang ada..~~*