Saturday, January 10, 2009

Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.

Anjuran: Aman Palestin
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari.
Tempat : stadium melawati Shah Alam

Objektif:
1- Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2- Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3- Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

Sunday, January 4, 2009

Sifat Nafsu


Firman Allah yang bermaksud “Hai nafsu muthma’innah, kembalilah kepada Allah dengan hati yang puas lagi diredhai” Al Fajr: 27-28


Pendapat ahli tafsir tentang ‘hai nafsu muthma’innah’:


Ibnu Abbas berkata; erti hai jiwa yang percaya
Qatadah berkata; ia adalah jiwa yang beriman, jiwa yang tenang dengan apa yang dijanjikan Allah
Al Hassan berkata; yang merasa tenang dengan apa yang difirmankan Allah dan percaya dengan firmanNya
Mujahid berkata; ia adalah jiwa yang kembali dan tunduk kepada Allah dan yakin bahawa Allah adalah Tuhannya, ia merasa tenang dengan perintahNya dan mentaatiNya serta yakin pasti berjumpa denganNya.

Hakikat muthma’innah(ketenangan) ialah diam dan menetap yakni ia benar benar menetapi Allah dengan mentaati perintahNya.

Nafsu ammarah bis suu’

Allah SWT menggambarkan nafsu ‘ammarah’ (banyak memerintah) dengan kejahatan, tidak mengatakan ‘amirah’ (yang memerintah) kerana begitu banyak kejahatan kejahatan yang diperintah oleh nafsu, itulah kebiasaan dan adat nafsu, kecuali jika Allah merahmati dan menjadikannya bersih sehingga memerintah pemilik nafsu pada kebaikan. Itu kerana rahmat Allah bukan kerana nafsu.
Pada hakikatnya nafsu banyak memerintah pada kejahatan, sebab pada dasarnya ia diciptakan dalam keadaan bodoh dan zalim, kecuali kerana rahmat Allah. Justeru itu Rasulullah saw sentiasa memohon perlindungan Allah dari kejahatan nafsu.

Nafsu lawwama

Dari perkataan ‘talawwum’ (berubah rubah dan ragu ragu) atau dari perkataan ‘al lawwum’ (tercela)
Pendapat Salafus solih diantaranya:
Said bin Jubair berkata; ‘aku bertanya kepada Ibnu Abbas.. apakah al lawwamah? Beliau menjawab; iaitu nafsu yang tercela
Mujahid berkata; ia adalah nafsu yang sangat menyesali apa yang telah berlalu dan mencela diri sendiri
Qatadah berkata; ia adalah nafsu yang hanyut dalam kemaksiatan
Ikrimah berkata; ia adalah nafsu yang mencela pada kebaikan dan keburukan
Atha’ bin Abbas berkata; setiap nafsu mencela dirinya pada hari kiamat. Orang yang berbuat baik mencela nafsunya mengapa ia tidak menambah kebaikan dan orang yang berbuat kejahatan mencela nafsunya mengapa ia tidak berhenti dari kemaksiatannya
Al Hasan berkata; sesungguhnya seorang mukmin itu demi Allah tidak anda dapati kecuali dia mencela nafsunya pada setiap keadaan. Ia selalu merasa kurang dengan apa yang ia kerjakan sehingga ia menyesali dan mencela nafsunya. Ada pun orang yang hanyut dan tenggelam dalam maksiat ia tetap melenggang terus dengan tidak mencela dirinya.
Itu adalah sebahagian dari ungkapan ulama’ yang berpendapat ‘al lawwamah’ berasal dari perkataan ‘al laum’.
Ada pun mereka yang berpendapa bahawa ‘al lawwamah’ berasal dari perkataan ‘talawwum’ kerana nafsu itu selalu ragu ragu dan sering berubah rubah dan ia tidak tetap dalam satu keadaan.
Pendapat pertama lebih kuat kerana ‘talawwum’ (selalu berubah rubah dan ragu ragu) merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dari ‘al laum’ (tercela)

Bagaimana kita menjaga hati dari dikuasai oleh nafsu ammarah bis suu’?

Kita mestilah sentiasa memuhasabah atau membuat perhitungan ke atas nafsu
Kita mestilah sentiasa menjadikan nafsu sebagai musuh, kerana kehancuran hati adalah dengan memandang remeh dan mengikut hawa nafsu.


Imam Ahmad meriwayatkan dari Umar bin al Khatab berkata:
“Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihisab, timbanglah amal kamu sebelum amal kamu ditimbang, kerana kamu akan lebih mudah menghadapi perhitungan kelak, jika sekarang kerana kamu menghisab diri kamu dan berhiaslah kamu untuk menghadapi hari yang paling agung”.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Pada hari itu kamu dihadapkan kepada Tuhanmu, tiada sesuatu pun dari keadaan yang tersembunyi dari Allah” al Haqqah:18
”Dan adalah keadaan hawa nafsu itu melampaui batas” al Kahfi:28


Ertinya ia mensia siakan dan tertipu oleh nafsunya namun demikian ia tetap menjaga harta bendanya dan melalaikan agamanya.


Al Hasan berkata: ‘Sesungguhnya seorang hamba masih akan tetap baik selama dia memiliki penasihat dari dalam dirinya sendiri, serta menjadikan muhasabah sebagai capaiannya’.

Umar al Khatab menulis surat pegawainya;
“Hisablah dirimu ketika kamu dalam keadaan senang, sebelum datangnya hisab di waktu susah, kerana sesiapa yang menghisabkan dirinya di waktu senang sebelum dating hisab di waktu susah, maka ia akan rela dan suka dengan hisabnya. Sedangkan siapa yang lalai dan sibuk dengan hawa nafsunya maka ia akan menyesal dan rugi”.

Cahaya


Inilah realiti belia kita hari ini. Apa yang digambarkan selalunya baik, bagus di dalam telivisyen, tetapi tidak seperti yang sebenar. Ketika zaman nabi, perkara ini telah berlaku lebih dari 300 tahun, 300 tahun di dalam kejahilan dan kefasadan. Akhirnya Allah menghantar Muhammad untuk mengubah seluruh dunia.


Seorang manusia kerdil mengubah dunia?Mampukah dia? Namun kini telah terbukti Muhammad mampu.Namun perkara jahiliyyah seakan kembali, sama seperti era Muhammad. Siapakah yang akan mengubahnya? Akan adakah lagi nabi selepas Muhammad? Wahai belia, Kitalah yang sepatutnya menyambung risalah yang dibawa oleh Muhammad. Kitalah orang yang sepatutnya melakukan apa yang telah Muhammad lakukan. Kitalah sepatutnya memberikan cahaya kepada belia lain yang sememangnya menantikannya. Kitalah yang harus bangkit melawan era jahilliyah seperti Muhammad melawannya. Kalau bukan kita siapa?Kalau bukan kita yang bangkit, siapakah lagi?Bila lagi kita mahu bangkit menyeru dan memberi cahaya sinar kepada mereka?10 tahun lagi? Tunggu dah bekerja? Tunggu dah kaya?100 tahun lagi? Tunggu dah mati? Tunggu selepas datang azab kubur?Kalau bukan sekarang kita bangkit, bilakah lagi?


Untuk belia yang sudah jauh menyimpang,Jangan berputus asa pada rahmat dan hidayah Allah. Pintu taubat sentiasa terbuka, cahaya mentari sentiasa ada. Pasti akan datang seribu lagi cahaya sebagai peringatan memberi hidayah.“Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya, seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita iu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi,( iaitu ) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahayaNya bagi orang yang dikehendakiNya, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia.


Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”(24:35)


Wahai belia,Jika engkau dongak ke langit dan tidak dapat melihat sebarang cahaya, janganlah rasa kecewa kerana di sebalik awan nun jauh di sana masih lagi ada cahaya, yang akan menyinarimu di setiap waktu.

Thursday, January 1, 2009

MENJELANG TAHUN BARU 2009


SeLamaT tiNGGaL 2008


Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan mengasihi mereka yang memohon keampunannya. (Hadith Riwayat Al-Hakim dan Ibnu ‘Adi)


Masa yang singkat sebelum tibanya tahun baru ini perlulah dimanfaatkan sepenuhnya. Kita sebenarnya memerlukan masa untuk merancang mengenai kehidupan kita yang seterusnya. Ambillah peluang pada malam tahun baru untuk merancang prestasi hidup kita untuk tahun yang berikutnya. Siapa yang pernah terfikir untuk berbuat demikian, melainkan mereka yang sentiasa inginkan peningkatan dalam diri dan menjadi seorang yang berjaya di dalam hidupnya di dunia dan di akhirat. Ingat, peruntukkan dalam sehari untuk melatih diri merancang perjalanan dan menetapkan matlamat kita.


Muslim yang sejati adalah mereka yang menyelamatkan Muslim yang lain dari lidah dan tangannya itu: Manakala mereka yang berhijrah ialah mereka yang meninggalkan semua larangan Allah. (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

EKSPLORASI GUNUNG SENYUM


EKSPLORASI GUNUNG SENYUM
TARIKH : 9 - 11 JANUARI 2009
TEMPAT : HUTAN LIPUR GUNUNG SENYUM, TEMERLOH, PAHANG

Program ini berkonsepkan penjelahan sekitar hutan lipur merangkumi aktiviti mendaki gunung senyum, meneroka gua di Jebak Puyuh, sesi 'ice-breaking' dan berkhemah.


(RM 35)

BAJU-T, TAG PROGRAM, SIJIL, MAKANAN, PENGANGKUTAN
.

Tentatif Ringkas


Jumaat (9/1/09) - Bertolak lepas sembahyang jumaat
- malam suai kenal dan istirehat
Sabtu (10/1/09) - Mendaki Gunung Senyum. (pagi - petang)
- malam - istirehat dan pengurusan diri
Ahad (11/1/09) - Meneroka Gua di Jebak Puyuh. (pagi)
- Bertolak ke Uniten. (petang)

Sila maklumkan size baju anda kepada pihak urusetia
Sebarang pertanyaan, sila hubungi: . Yusra (0124555411) Najib (0177000756)
Azmil (0124486632) Mad (0125991269)