Sunday, June 2, 2013

Halwa pagi ahad

Assalamualaikum...jom kita tengok sabda nabi ....

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

10 golongan yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Tuesday, May 28, 2013

Kita hanya merancang

Assalamualaikum....
Kadang2 terasa bebanan nie tak mampu ditanggung....hari- hari bertambah....So...how you tackle this problem??? Hari - hari mengadap 8D's..yang tak tahan tue....hahaha....
So...byk doa supaya dimudahkan urusan...kita hanya merancang..Allah yang menentukan...

Al faqir ila robbihi
Ibnu Idris

Thursday, May 23, 2013

Jika itu

Assalamualaikum sahabat semua.....
Sebelum merehatkan badan....jom skit muhasabah diri....Kadang kala kita inginkan cuaca baik di pagi hari...Allah bagi kita hujan rahmat membasahi bumi.....

Mungkin rasanya susah memenuhi kehendak hati.....Jangan terkena penyakit hati yang mati...Banyakkan bertilawah...Kata nabi: bekunya air mata disebabkan hati yang mati...disebabkan banyaknya dosa...bertimbun-timbun tanpa ada haluan kekurangannya....

Didik diri dengan sabar....Sabar ketika dilanda musibah...Seluruh umat manusia akan diuji...Allah jadikan hidup dan mati untuk ujian Allah....

Sentiasa menjadi hamba Allah yang bersyukur dengan nikmatnya.....

Sunday, May 19, 2013

jalan-jalan~~~*

Sunday, March 24, 2013

Dah Register!



Alhamdulillah..hari nie baru sempat nak daftar....Sekian lama niat di hati.....

Thursday, March 14, 2013

Sirih pulang keganggang


 Berhak memilih...keduanya akan sampai juga ke destinasi dengan izin Allah....

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah.....pada ketika ini Allah memakbulkan permintaan hati ini...sekian lama menanti...syukur teramat sangat dengan kurniaanNya....Moga-moga segala gerak kerja selepas ini akan dipermudahkan olehMu Allah....

Ku mohon juga doa dari mak dan ayah....sememangnya mak dan ayah selalu berdoa...tidak lain dan tidak bukan..untuk kebaikan dan kesenangan dunia dan akhirat...

Ku harapkan, dengan rezeki yang engkau anugerahkan akan memanduku ke jalan yg Engkau redhai.....Seterusnya dikurniakan segala permudahan ketika pencarian rezeki ini..Moga-moga dengan segala keputusan yang telah ku ambil ini adalah satu titik ke arah menjadi hambaMu yang dinaungi dengan rahmatMu.

PerancanganMu adalah sebaik-baiknya....manusia hanya merancang..Engkau yang menentukannya...

Al faqir ilarobbihi,
Ibnu Idris
Kampung Gajah, Perak.

Semalaman di Teluk Intan

 Tumpang bergambo sat....
 arrr....mai beli..mai beli ....


 sapa-sapa nak kilat tayar keta bgtau...servis mantop punya....

Panduan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).


4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.


5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13


Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Saturday, March 9, 2013

Qasidah Ya Badrotim mp4

moga mendidik hati di pagi sabtu ini......

Monday, March 4, 2013

Sama tapi tak serupa

 Salam...Gambar lebih kurang sama.....Tapi ada skit lainnya...Jalan-jalan melihat ciptaan Allah....



 Mai makan buah durian.......





Jalan-Jalan Di Klang


My Family at Crystal Crown HoTel....Mana yang lain???????hehehe....

Wednesday, February 13, 2013

UAI


::Perjalanan Hidup Ustaz Azhar Idrus::

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”.
Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.
Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.
Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.
Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.

Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Nama :Ustaz Azhar Bin Idrus
Tarikh Lahir:12 Februari 1964
Berasal:Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu
Hobi :Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.
Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun
Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya
Isteri :
1. Rogayah Binti sulong (43 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (27 Tahun)
Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (22 tahun)
2.Nur Farhah (20 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (19 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (17 tahun)
5.Ikhwan Najmi (15 tahun)
6.Khairul Mukmin (8 tahun)
7.Rasydan (7 tahun)
8.Daniel (5 bulan )

Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT.
Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang. Sering sahaja kata-kata UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat. Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah. Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman.

Saturday, February 2, 2013

Dah Tua Skitttt



Daripada Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kami – dan dia adalah orang yang benar lagi dibenarkan -:

“Sesungguhnya setiap kamu dihimpunkan kejadiannya di dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai mani, kemudian dia menjadi ketulan darah seperti tempoh tersebut juga (40 hari), kemudian dia menjadi ketulan daging seperti tempoh tersebut (40 hari). Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, maka dia meniupkan ruh padanya. Lalu dia (malaikat) disuruh oleh Allah supaya menulis 4 perkara :

(1)   rezekinya, (2) ajalnya, (3) amalannya, dan (4) celaka atau bahagianya.

Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain-Nya! Sesungguhnya di kalangan kamu ada yang akan beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada di antaranya dengan syurga kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu diapun memasuki (neraka). Di kalangan kamu ada yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada di antaranya dengan neraka kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli syurga, lalu diapun memasukinya (syurga).




Tarikh 2 Februari 2013 datang lagi menandakan setahun lagi usiaku bertambah ke 27 tahun..Tua sudah..hehehe.. Alhamdulillah syukur kepada Maha Pencipta masih memanjangkan usia diri dengan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Semoga dengan usia yang dipinjamkan ini, akan terus berbakti dan menambah saham ke alam abadi nanti. 



Rasulullah bersabda Hadith Riwayat Tarmizi ” ada 4 perkara yang akan ditanya oleh Allah di Hari Akhirat ialah tentang Masa, Harta, Diri dan Usia”

Masa - Kemana kamu gunakan masa yang diberikan sepanjang kamu hidup ?
Harta - Kemana wang kamu belanjakan di dunia ini ?
Diri - Bagaimana kamu urus diri kamu sepanjang hidup ini ?
Usia – Apakah yang kamu lakukan semasa hidup didunia ini ?
Umur semakin pendek, bukan semakin bertambah panjang

 Selamat Hari Lahir buat Muhammad B. Che Idris

Sedang umur itu satu amanah



                                                                 assalamualaikum w.b.t
alhamddulillah syukur padaMu Allah.....Dengan limpah kurniaMu, aku masih bernafas merasai nikmat duniaMu sehingga hari ini...Umur meningkat ke usia 27 tahun....


umur ini satu amanah..
tika umur yg semakin meningkat...

tertanya aku pd diri sendiri..
apa yg telah kuperbuatkan utk bekalan di sana nanti..
apa yg telah aku lakukan utk agama..
apa yg telah aku lakukan pd keluarga..
adakah aku telah sampaikan walaupun satu ayat dari dakwah Rasul
adakah aku telah memberi peringatan,
bagaimana amal ibadah yg aku lakukan..
bagi meniti tititan sirat..

Terima Kasih emak dan ayah
emak yang menanggung kepayahan ketika aku di usia kandungan
ayah yang berpenat lelah dibasah keringat
membesar dan menjaga diri ini
kepayahan ibu dan ayah membesar dan mendidik tanpa mampu diukur
mereka melakukan tanpa syarat
hanya kasih dan sayang dan segala pengorbanan
terima kasih emak dan ayah

""""sedang umur ini satu amanah.."""""

mohon doa sahabat2 agar diri tetap istiqomah, menjadi anak yg soleh..hamba yg soleh, dan moga perjalanan hidup ini akan lebih bermakna dengan mencari redha Ilahi. Jom sama2 melangkah mendekatiNya.  


Alfaqir ilaarobbihii
Ibnu   Idris,
Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan
2 februari 2013

Friday, February 1, 2013

Selamat Pagi

Sobahul khoir.....

Dah masuk bulan Februari.....Di saiidul ayyam...penghulu segala hari....Alhamdulillah...masih diberi kesempatan oleh Allah merasai nikmat kehidupan.....Besok menentukan segalanya...2 februari 2013..bertambah lagi usia ini......masih bernafas atau tidak...Di subuh ini....Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi SAW dan kuiringi kuntuman doa buat emak dan ayah, ahli keluarga serta sahabat semua...Kalian adalah penyeri hidup ini.....

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), 
(Al-Jumu'ah 62:9)

Monday, January 28, 2013

Koleksi 59



Thursday, January 24, 2013

Lantunan Kemerduan Qasidah



Semperna Sambutan Maulidurrasul.....Kami merinduimu ya Rasulullah.....

Wednesday, January 23, 2013

cuti




 menunggu hari hari cuti.....





Betul atau tidak


Rahsia yang tersirat di sebalik tanda tangan:
1. Satu Garis Di Bawah Tanda Tangan
Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat agak kedekut mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.
2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka boleh dikatakan berjiwa romantik. Mudah menukar kekasih (perempuan) seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.
3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan
Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.
4. Tiada Garisan atau Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka ini selalunya lebih gemar hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mahu mendengar pendapat orang lain.Mereka ini boleh dikategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyi sifat agak kedekut.
5. Tiada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolka  nama mereka. Golongan ini cuba untuk kelihatan bergaya,suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik apabila sentiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.
6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berfikir. Mereka ini tidak tetap pendirian, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti angin yang mengubah haluan. Golongan ini tidak pernah berfikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Selalunya, orang lain boleh memenangi atau mengambil hati mereka dengan hanya memuji.
7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung
Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingakan diri dan sedia berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang di sayangi. Tapi apabila terlalu banyak sangat perkara yang mereka sedang fikirkan, ini menyebabkan mereka akan cepat melenting.
8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama
Mereka sangat baik hati dan boleh menyesuaikan diri dengan apa saja suasana dan sesiapa sahaja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.

Monday, January 21, 2013

Janji

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air di wajahnya.” (Riwayat Abu Daud)

itu semua aturanNya, maka berdoalah: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenamg hati(kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang(mahu) bertaqwa” (Surah al-Furqan, ayat 74)

janji Allah:
“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula).” (Surah al-Nur, ayat 26)

Bosan

Assalamualaikum......

Firman ALLAH s.w.t :
"Katakanlah olehmu (Wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman, hendaklah mereka menyekat pandangan mereka daripada memandang yang haram." [Surah An-Nur Ayat : 30]

Tak sabo nak balik rumah...yeahhhhhhh..cuti 4 hari.....enjoY2.....

Sunday, January 13, 2013

JODOH

PILIHLAH JODOH DENGAN DUA CARA

-- Pertama, jadilah orang yang baik. Insya Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik.

-- Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.

+++

Prinsip jodoh itu :

Berikanlah yang terbaik untuk Allah maka Allah akan berikan yang terbaik untukmu... Cintailah Allah sungguh-sungguh (QS. 3:31)... maka Allah akan kirimkan orang yang mencintaimu karena Allah... Sayangilah Allah dengan segenap jiwa ragamu... Maka akan Allah kirimkan orang yang menyayangimu segenap jiwa raganya... (QS. 24:26)...

Semoga anda menemui jodoh yang beriman dan beramal soleh :)

Thursday, January 10, 2013

Semoga dipermudahkan


Ada exam 16 haribulan nie...Harap-harap harapan mak ayah kali ni menjadi....InsyaAllah...Semoga Allah memilihku diantara mereka-mereka yang merasai nikmatnya.


Monday, January 7, 2013

Selamat Pengantin baru Sahabat







Thursday, January 3, 2013

sharing

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.”