Monday, October 20, 2014

Dunia semakin tua


Salam buat semua....Semoga semua di dalam redha Allah sentiasa.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana memilih diri ini menghadiri diantara taman-taman syurga. Kuliah malam tadi disampaikan Ust Jafri Abu Bakar..
Diantara butir-butir mutiara yang masih berlegar-legar di fikiran ialah ketika Ust mengatakan Dunia semakin tua ataupun sudah di akhir zaman ....Jika hari ini kita masih bersenang lenang, tahukah kamu dunia akan digoncang dengan dasyatnya?

Buat perkongsian saudaraku semua, antara salah satu dunia akan kiamat kelak berlakunya matahari naik di sebelah barat....

Sebelum berlakunya perkara sedemikian, terdapat 2 perkara yang salah satunya akan berlaku dahulu sebelum terbitnya matahari di sebelah barat. Antaranya ialah:
1- Malam akan berpanjangan kira-kira sebanyak 3 malam. Manusia akan merasakan sesuatu yang amat pelik. Riuh rendah jadinya. Mana perginya siang? Beribu persoalan yang tidak mampu dijawab. Hanya mereka yang mengetahui perlu menggunakan peluang itu sepenuhnya.
2- Menurut hadis dari Abu Hurairah, Malam akan berpanjangan kira-kira sebanyak 2 malam. ( Rujuk kitab Ibnu Kathsir - Tanda-tanda kiamat)

Selepas peristiwa ini, Allah izinkan Matahari terbit di sebelah barat. Ketika saat selepas kejadian itu, semua perkara yang baik hendak dilakukan umat manusia, tiada satupun Allah akan terima. Sia-sia belaka amalan baik tersebut! Satupun tidak akan dikira......Bayangkan peristiwa ini berlaku esok....

Mengapa saya mengatakan ''hanya mereka yang mengetahui perlu menggunakan peluang itu sepenuhnya?"
Pesan Ust tadi, seandainya kita menempuh peristiwa malam yang berpanjangan itu, gunalah sebaik-baiknya memohon kehadrat ilahi.  Kita diantara hambanya yang bertuah mengetahui peristiwa ini seandainya ia berlaku. Jangan menunggu dan terpengaruh dengan kacau bilau dunia di saat malam berpanjangan. Ambilah peluang yang Allah kurniakan untuk melakukan amalan sebaik mungkin. Seandainya pemanjangan malam yang berlaku itu tidak digunakan dengan sebaiknya, apabila naiknya matahari di sebelah Barat, tiada lagi amalan yang akan diterima..Oleh itu, gunakan sepenuhnya malam itu seandainya ia berlaku!

Sirru alabarakatillah!

Alfaqir Ilarobbihi,
Ibnu Idris


No comments: