Tuesday, September 2, 2014

PARA LELAKI


Teguran Ustaz Azhar Idrus kepada PARA LELAKI yang memilih wanita kerana CANTIK.
1. Tak haram kahwin sebab nak cantik.
2. Nikah kerana dia beragama, itu terbaik. Sebab kalau kerana agama, insya-Allah, hitam kita tidak akan nampak hitam. Gemuk kita tidak akan nampak gemuk. Kita akan nampak terbaik.
Isteri yang baik walaupun dia hitam, pendek, gemuk, hidung tak mancung, tak lawa, akan menjadi lawa bila beragama.
Bila dia beragama dia akan manis tutur kata, baik perangainya, tidak memaksa-maksa suami membeli apa yang tidak mampu, nasihat yang baik kepada suami. Sepatah perkataannya melegakan hati kita. Pergi dan balik kerja salam cium tangan suami, sambut dengan baik. Perilakunya baik dan menyenangkan hati. Seronok tak kalau macam tu?
3. Di mahkamah syariah dan pejabat agama, kebanyakan yang bercerai adalah yang cantik-cantik. Kebanyakannya perangai jahat, mulut jahat. Bila suami keluar, hantar mesej nak gaduh. Bila suami balik, diamkan diri. Bila suami beri duit, ok. Bila tak bagi duit, gaduh. Adu masalah pada orang tu dan orang ini. Compare suami dengan orang tu dan orang ini. Sentiasa tak puas hati dengan suami.
4. Jangan kerana cantik. Biar kerana agama. Bila beragama, cantik tu akan datang dengan sendiri.
Fikir.
Yang lawa hanya sementara.
Yang beragama, sampai ke tua dan membawa ke Syurga.

No comments: