Thursday, December 27, 2012

Tak SAbo Rasenya...haha

salam
Dah dua hari dok buat MHU untuk projek terbaru dengan Perodua....aisehhhhh...macam-macam nak kena ubah....bila nak siap nehhh....isk3...Mau bercuti pasnie....hahahaha...cuti-cuti malaysia.....balik kampung jumpa mata air......

Wednesday, December 26, 2012

Incoming new year...

Salam
time rehat..hari x balik umah..so bleh la dok tengok2 blog neh...bleh la nak hapdet apa yg patut...Semalam majlis ilmu bersama Datuk Seri Ir Nizar....Penyampaian begitu tersentuh tentang beriman, berhijrah dan berjihad.
Allah telah menjanjikan rahmat jika ketiga-tiga perkara tadi berada dalam diri kita....warabburrghofurr


Mengapa Allah selitkan ketiga-tiga unsur ini dalam kehidupan manusia?????Kerana tidak lain dan tidak bukan lagi untuk menjadikan Hamba-hambanya yang soleh...

Tuesday, December 18, 2012

Outstation Ke Kuantan

salam
Hari nie selamat sampai ke Kuantan , Pahang....Alhamdulillah...Nak sampai sini pon penuh berliku..ahahaha...Akhirnya sampai jgk....Stay 2 hari kat Hotel Sentral Kuantan....bleh tahan jgk bilik ....maceh2 .....hehehe
Esok ada join check  di Isuzu, Kuantan..harap pass semua sample harness....Allahhummaaaminnn...

Tuesday, December 11, 2012

Kegagalan di tempat kerja

1. Terlalu banyak gangguan
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, antara gangguan yang sering berlaku di tempat kerja ialah mesyuarat yang tak dirancang, panggilan telefon, suasana bising dan sebagainya.
2. Anda tidak mempunyai sumber yang lengkap.
Seumpama tukang masak yang memerlukan sudip dan kelengkapan memasak yang lain, begitu jugalah dengan pekerja yang memerlukan maklumat dan kelengkapan kerja seperti komputer dan data-data yang diperlukan untuk menghasilkan kerja yang memuaskan dan tepat pada masanya.
3.  Anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan.
Menurut Clayton Warholm, seorang pakar di dalam komunikasi di tempat kerja, terdapat dua punca pekerja tidak mahir dalam melakukan kerja mereka. Samada tugasan yang diberikan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh ketua ( tidak tahu apa hendak dibuat) ataupun pekerja itu tidak dilatih dengan baik ( anda tidak tahu bagaimana untuk melakukannya).
4. Anda mempunyai  terlalu banyak tugasan
Sesetengah orang mempunyai terlalu banyak kerja yang tidak mungkin dapat disiapkan walaupun terpaksa bekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Perkara ini biasa berlaku dalam mana-mana organisasi yang mempunyai pekerja yang sedikit. Akibatnya, kekecewaan akan berlaku apabila anda tidak dapat menyiapkan tugas kerana tidak mungkin akan dapat melakukannya.
5.  Anda tiada kemahiran menguruskan masa.
Pekerja yang mempunyai kemahiran ini melakukan apa yang paling penting tetapi sebaliknya  pula bagi yang lemah pengurusan masanya melakukan apa yang dilihatnya senang dan menyeronokkan.
6. Anda seorang yang suka bertangguh.
Kenapa harus menunggu esok jika perkara itu boleh dilakukan hari ini? Anda mungkin menangguhkan sesuatu kerja itu kerana anda khuatir hasil kerja anda itu tidak memuaskan hati. Sebagai contoh, sekiranya anda takutkan kegagalan dan khuatir akan menghasilkan kerja yang kurang bagus, maka anda akan membuka peluang untuk anda mengelak daripada melakukan apa-apa. Walaupun anda sebolehnya inginkan kesempurnaan dalam setiap hasil tugas yang anda lakukan, tetapi bos ataupun client anda lebih melihat kepada kerja yang kurang sempurna daripada anda tidak melakukan langsung kerja tersebut.
7. Anda rasa tidak dihargai
Sekiranya anda merasakan diri anda tidak dihargai ataupun anda memperolehi gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang anda lakukan, maka anda mungkin tidak dapat memberikan 100%  komitmen dalam kerjaya yang anda ceburi. Secara sedar ataupun tidak kebanyakan pekerja cuba untuk menyeimbangkan antara ‘memberi dan diberi’ antara mereka dan majikan. Mereka akan melakukan kerja berdasarkan kepuasan hati mereka terhadap majikan. Pekerja yang merasakan mereka tidak dihargai akan menjadi kurang berusaha, kerap mengambil cuti, cuai dan sebagainya.
8. Keutamaan syarikat yang bertukar-tukar.
Anda sedang menyiapkan projek A, tetapi tiba-tiba majikan anda mengarahkan supaya anda meninggalkan seketika projek A tersebut dan memberikan tumpuan kepada projek B. Apabila perkara ini berlaku, anda akan berfikir bahawa anda tidak menyelesaikan tugas anda, tetapi majikan anda berfikir sebaliknya. Setengah orang adalah flexible dan senang untuk serasi dengan arahan yang baru dan teruja untuk melakukan tugas yang baru tetapi ada juga sesetengah orang yang akan merasa kecewa apabila tidak dapat menyiapkan sesuatu projek. Jika anda adalah orang yang kedua seperti disebutkan tadi dan bekerja di dalam industri yang sepanjang masa akan berlaku perubahan, maka anda perlu mempertimbangkan untuk menukar kerjaya anda.
9. Anda ‘Burned out’
Merujuk kepada website American Psychological Association, burnout ialah keletihan emosi yang disebabkan oleh tekanan yang teruk di tempat kerja. Ia mungkin kerana suasana tempat kerja yang negatif seperti pekerjanya sering bermusuh antara satu sama lain, tertekan dengan deadline yang ketat, jangkaan dan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu perkara, kerisauan dan melakukan kerja yang tidak sepadan dengan kemampuan. Kesemua ini adalah antara sebab dan punca berlakunya tekanan jantung dan sakit-sakit yang lain.
10. Ganjaran bagi tugasan yang telah anda siapkan.
Anda mungkin seorang yang hebat kerana dapat menyiapkan tugas sebelum ataupun tepat pada masanya. Namun peliknya, kebanyakan organisasi menghadiahkan pekerja yang rajin dan bekerja keras itu dengan tambahan kerja yang lebih banyak menggantikan bonus atau faedah yang lain. Sekiranya perkara ini berlaku di dalam organisasi anda, tidak mustahil anda akan merasakan tidak termotivasi untuk bekerja dengan lebih keras.

Info untuk semua

Oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?
1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”
2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.
3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.
4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah. Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.
5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.
6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Miss my Family

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya. Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.  
Sepemergian mereka hanya doa dari anak-anak yang soleh dan solehah yang mengiringi mereka....

mEH TENGOK Nie

salam
Berhenti lunch sampai pukul 2 ptg. Jom sama -  sama kita hayati...

:: AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI IBLIS ::
Pertanyaan Rasulullah kepada iblis :

"Jika seorang umatku berpuasa?"
...
Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.

"Jika ia berhaji?"
Aku seperti orang gila.

"Jika ia membaca al-Quran?"
Aku merasa meleleh laksana timah di atas api.

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"
Taubat orang yang bertaubat.

"Apa yang dapat membakar hatimu?"
Istighfar di waktu siang dan malam.

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"
Sedekah yang diam-diam.

"Apa yang dapat menusuk matamu?"
Solat fajar.

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "
Solat berjamaah.

"Apa yang paling mengganggumu?"
Majlis para ulama

Allahuakbar....♥

Monday, December 10, 2012

Rindu

salam
Rindu sangat kampung halaman.....mau balikkkkkkk....

Monday, November 26, 2012

tak sabau

salam

rasanya x sabar nak tunggu 30 hari bulan nie...mau balik rumah....tak tau..rasa hati nie nak balik sgt2 jumpa family kat rumah...menghitung hari....

InsyaAllah...setiap nafasku yang terhembus, terkandung bunga2 doa kesejahteraan kita sekeluarga....Alhamdulillah....masih diberi kesempatan merasai nikmat dunia sementara...semoga Allah merahmati kita semua.....

okeY..masuk kejaaaaaaa....zasssssss

Sunday, November 25, 2012

Bersarang...

salam
Rasanya dah lama tak menghapdet blog neh...kesibukan kerja ....hari - hari bertimbun-timbun banyaknya keja...hahaha..sampai kadang2 nak larik balik kampung....Tapi apakan daya...tanggungjawab dok ada nehhhhh..mn leh larikkkkk....hahaha....

Mood: mencari pekerjaan baru........

Thursday, September 13, 2012

Raya 2012 Big family Trip

 Salam...Diharap para penziarah blog2 dalam keadaan sihat sentiasa...Rasanya masih belum terlambat nak berkongsi crita criti tengtang raya tahun nie...Macam orang lain jugak..kubur lah tempat pertama kami sekeluarga berziarah..Semoga para penghuninya sentiasa di dalam rahmat Allah....Selepas ziarah kubur...pastinya ke rumah2 sanak saudara....haaaaaaa..apa lagiiiii..raya sakan laaaaaa....lama dah tak berkumpul ramai2....riuh rendah jadinyaaaaa..hahaha....Dalam dok sembang2..tetiba idea sampai nak p mandi sungai ramai2...hahaha....semua plak setuju...perghhhh.....program jelajah raya menjadi......hehehe

 Emak dan maksu...taukey makanan...

 adik aku plak taukey merasa..testing makanan yang ada laa....hehehe

mandi sakan geng2 tue...isk3.....Layan2.....

Monday, September 10, 2012

Trip to Cameron Highland

 Jalan masuk ke Ladang Strawberi....Best2...Ada bau strawberi bila jalan2 kat dalam ladang neh...X caya?

   Selesai....jom pindah ke tempat lain plak...hehe

 mak dgn kakak...tgh wat apa tue???

 pokok bunga yg cun2..Mak tgh pilih tue...mn satu nak???ambik semua je la mak....hahaha

 Geng2 kaktus plak nie...suma comei2....

 Geng2 pokok bunga apa ntah...mcm2 ada...

 Ladang Teh..

 Ladang Kelapa sawit..anak2 pokok nehhh..ahaha

 Ladang Strawberi lagi...

Selesai untuk trip hari nieeee....next time pulak.....

SAYONARA.....SALAM PERMISI...

Wednesday, September 5, 2012

  salam...
haaaaa....jalan2 cari makan di Lumut, Perak..
Layan tempat nie....klu nak relax2 kan minda tue...leh ler nak cuba-cuba terjah ke tempat nie...hahaha....

 Kuda hitamku sakitttttt....tyre testing......

nie dah sihat.......hahaha...

Sunday, August 26, 2012

Dah Nak Balik

Salam...
Seminggu bercuti....ermmm cepat masa berlalu pergi...pejam celik dah abeh seminggu cuti raya..Esok dah mula keja....Jap lagi dah kena pack barang2....

Aishhhhh..malasnyaaaaaaaaa....
Waktu yg baik utk bertaubat di antaranya ialah pada satu per tiga malam yg terakhir, iaitu lebih kurang selepas pukul 3 hingga 5 pagi.. itulah yg dinamakan waktu mustajab.. 

Drpd Saidina Abu Bakar, Rasulullah bersabda: "Tidak ada seseorang pun yg berdosa satu dosa, lalu dia bangun dan membersihkan diri dan sembahyang, kemudian memohon keampunan Allah, kecuali Allah mengampuni akan dia, kemudian dia membaca ayat ini (Ali-Imran: 135) yg bermaksud: Dan org yg apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun terhadap dosa2 mereka dan siapa lagi yg dapat mengampuni dosa selain drpd Allah.. dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedangkan mereka mengetahui – Hadis Hasan

Monday, August 13, 2012

Mood raya


salam...
Dah nak raya rupanya..Rasanya belum puas nak berpuasa, tiba-tiba Ramadhan dah nak meninggalkan kita semua...start cuti 17hb..hari khamis dah bleh balik rumah dah....hati dah seronok nak cuti sampai plak projek baru..hampehhhhhhh...cam na nak raya dengan tenang nie...isk3....Projek Keta Kebal plak tue...haishhhhh.....

Saturday, August 4, 2012

SYukran YA ALLAH

Alhamdulillah....semoga doaku dimakbulkan oleh Allah....

Tuesday, July 31, 2012

Semakin Bertambah

Salam..
Seperti entry yg sebelum ini.....aiyakkkkkkk...banyak keja lagi mendatang.......Semakin bertambah..bkn bertambah gemuk naaaaa.....tadi dah buat dateline untuk new project....adeyhhhhhh.......semakin sempittttt waktunya....mcm tak cukup masa......waaaaaaaaaaaa.....So, kn prepare awal2.....sebelum terlambat dan tak sempat....lagi satu nak kn bahagi tugas skit2...nak bantai sorang2 mungkin sengsara diri sendiri...

AllahuAllah.....mengharapkan keberkatan masa....AllahummasolliaalaaaMuhammad....

~~~*Permudahkan untukku Ya Allah demi pencarian rezkiku......

Sunday, July 29, 2012

Banyak = Berganda - ganda

Salam...
Ermmm..hari nie dah nak balik Perak..adeyhhhhh...baru nak rasa dok umah relax2...dah kn masuk keja plak...aishhhh..mcm byk mengeluhhhhhhhhhh...yelaaa.....baru selesai satu keja...sampai plak projek baru......adoiiiiiii....bila bleh nak senang nieee????ahaha..kepala dah penuhhhhhh...serabut plak tuee..keja berderet-deretttt..cantikkk..hari2 byk keja masukkkkkkk....oittttt..pinjam tangan .........mcm nak lari malam pon adaaaa.....ahaha...yupppp..mcm nak lari malam pon ada.....bkn apa, kadang2 rasa mcm dah x bleh carry on.....Tp, secebis kesabaran di hujung jari dok ada lagi...masih bertahan laaa.....klu tak...zasssssss...tataaaaaa....hahaha

Tapi dah amanah Allah, kn motivate diri laaa.....walau setinggi gunung Everest pon kn la tanggung..mungkin ada hikmah disebalik tue....Hasbunallah huwaniaqmalwakillll......Bertahannnnnnnnnn...mungkin ada hikmah disebalik kesabaran tue....Kamonnnnn MaDDDDDDD......Allah lebih mengetahui....Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan

Mungkin hari nie susah..kedepan nanti menemui kesenangan.....

Kata2 manis hari nie:

Hal yg manis itu adalah ketika 2 insan saling merindu, namun tidak berkomunikasi, ttp keduanya saling mendoakan di dlm sujud masing2...

Dan tertutupnya mata ibu kamu, maka hilanglah satu keberkatan di sisi Allah iaitu doa seorang Ibu

"Kerana hamba yang tidak mahu berdoa untuk memohon sesuatu daripada ALLAH adalah hamba ALLAH yang SOMBONG.."

Rezeki di tangan Allah...Bukan di tangan manusia...

Saturday, July 28, 2012

7 Kelebihan Bersahur Di Bulan Ramadhan

1. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat


2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat
3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur


4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tudir sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas


5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar


6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur


7. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.

Sunday, July 1, 2012

Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"
"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

1. Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis. Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. 

Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah. 
Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. 
Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. 

Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah. 
Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq. Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal. Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

Begitu besarnya fadhilat bulan Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkannya.


Alhamdulillah



Salam...
Semoga dengan kehadiran kuda hitamku ini akan mengubah perjalanan hidupku...Tarikh 29 jun bersamaan hari Jumaat yaitu penghulu segala hari aku ditemukan dengannya..Setelah beberapa kuda yang survey..inilah tyang menjadi rezkiku.....Mudahkan langkahan kakiku ke majlis-majlis ilmu dan medan-medan dakwah....Dengan itu, semoga  menjadi hamba Mu yang bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan, menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ayah dan ibu serta keluarga dan sahabat...dan incoming suami yang soleh buat mana-mana bakal isteriku yang solehah..moga-moga kita ditemukan oleh Allah...InsyaAllah.. ..Sebaik baik perancangan hanyalah dari Allah..Semoga Allah mengurniakan guru-guru agama buat diri ini....AllahummaaaAmeinn

Sunday, June 24, 2012




Nabi bersabda :"Apabila datang kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya, maka kahwinila ia, jika tidak akan berlakulah fitnah di kerosakan di atas muka bumi" ( Riwayat Tirmidzi)
Selamat Pengantin baru buat rakan2...

Salam Semuaaaaaaa...

Cuti kali nie berbaloiiiiiiii...best gilerrrr kat Cameron.....
Allah maha besar......Sejuk sangat kat sana.....bayangkan kat malaysia nie...ada byk negeri...kat sini berbeza...cuaca tenang dan nyaman.....



Boleh petik sendiri buah strawberi.....ahaha..dah petik kena la bayor ....ahaha..sila jgn curik2 makan kat ladang tue...ehehe...

Thursday, June 21, 2012

salam..
SAfely arrive.Sykran Ya Allah..At my home...yeahhhhhh....tepat dan cepat Mara Linear ni..Bertolak dkt ipoh dlm koi 10 mlm....pkul 1 pagi dah sampai SP....Ayah ambik kat sana...hihihi...cuti 4 hari...yessssssss...


Comei adik nie...Anak kepada Syeikhuna Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki



Wednesday, June 20, 2012

PETUA IMAM SYAFIE



Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.

zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

Tuesday, June 19, 2012

salam

Dah seminggu balik koi 11 +++ malam..aishhhh.....Dah tanggungjawab..nak wat cam naaa...kerja owhh kerjaaaaa...

Sunday, June 17, 2012

Jom Tengok










Saturday, June 16, 2012

kaRJa

SALAM..
Yeahhhh..Working on SaTurDAY MorNinG......Carik Duit lebeYYYY...ahaha



Sunday, June 10, 2012

~~~*Si JuBaH HiTam....(*_*)....Miss YoU...KFC???...kuang...kuang...kuang.....

Wednesday, June 6, 2012

Bicara

Salam....
Semoga Allah merahmati setiap keputusan yang dibuat..Manusia hanya merancang..Allah jualah sebaik-baik perancangan...Alhamdulillah syukur padaMu Tuhan dengan segala nikmat yang diberi....Terima kasih ayah dan mak...sesungguhnya setiap jasa kalian tak dapat nak dibalas dengan wang ringgit hatta dengan kata-kata sekalipun...Terima kasih buat keluarga, setiap bantuan dan dorongan yang diberikan amat-amat aku hargai dan tidak tergambar dengan ucapan....hanya kiriman doa dariku agar kalian semua sentiasa berada dalam redha Allah sentiasa..Itulah matlamat kita semua....
Kata Allah dalam al-quran yang selalu kita baca, bilamana kita redha kpd Allah dan Allah redha kpd kita...maka habuannya adalah kejayaan hakiki..yaitu SYURGA Nya....InsyaAllah janji Allah itu benar......Semoga kita semua dikalangan hamba-hambanya yang soleh dan solehah....
✿~ Solat 5 waktu jangan lengahkan..
✿~ Rajin baca Al Quran..
✿~ Selalu dengar tazkirah..
✿~ Selalu berzikir..
✿~ Elakkan dari percakapan yang tidak bermanfaat..

InsyaAllah, semua ini dapat MENGUBAT hati kita..

Friday, May 25, 2012

Yeayyy....balikkkkkk


Salam semua... hihi...
mood balik kampung....
hari ni balik kampung. yepiii...

pesanan: kepada yang balik kampung, hati2 masa balik kampung, pasti kan jiwa selamat masa balik kampung, ingat lah org tersayang.... (^^,) macam nak raya la plakkkkk....ahaha

Tuesday, May 15, 2012

Lambaian


Salam...
Semalam ada terbaca post di pesbuk tentang sorang nie ketika dia di Mekah mengerjakan umrah....Amat tertarik sekali dengan post dia.....berlaku satu perkara ajaib kpdnya..Keajaiban di bumi ambiya bumi suci...



Ermmm...aku juga nak kongsi cita yang berlaku ketika aku di bumi Mekah....Ya Allah....Ketika tu, Ya  Allah amat terasa amat besar kuasaMu ya Allah...Kau pilih aku sebagai hambamu utk kebesaranMu..aku amat terasa....

Alkisahnya bermula begini...ketika aku cuba mencium hajarul aswad....beberapa kali mencuba..sedikitpon x dapat menciumnya....
~~Keadaan hampir sama ketika hendak mencium Hajarul aswad~~

Setelah berhari-hari di kota Mekah...akhirnya masa akan tiba utk meninggalkannya...Tetapi misi penting tak dapat lagi...pada malam terakhir di kota Mekah...aku berazam..pagi nie mesti cium jgk hajarul aswad tue.multazam dah tengok...pancur emas dah berdoa...makam ibrahim dah lihat..tp yg satu nie lagi yg belommmm..setelah selesai ibadat....aku pon berzikir sebentar...selesainya..diteruskan lagi dengan solat taubat dan diakhiri dengan solat hajat.....Berdoa supaya hajatku utk mencium hajarul aswad tercapai....Bercucuran air mata dan doa ke hadrat Allah supaya impian sblm meninggalkan Mekah tercapai...Munajat dan terus munajat..Hanya Allah shj yg tau..pohon dan terus pohon..Bertapa kedilnya diri ketika itu...Kalau diri terasa kuat, ada lagi yg lebih kuat...klu diri amat hebat...ada lagi yg lebih hebat....klu diri amat lemah...ada lagi yg lebih lemah...semua pergantungan harap kpd yg 1..tiada lg yg lain...setelah selesai semuanya..aku lihat jam di tangan...dah hampir 3.30 pagi....
Dengan semangat pengharapan hanya pada Allah shj...aku pon melangkah kaki menuju ke kawasan hajarul aswad.....Susah sgt nak masuk ke kawasan itu...ku gagahi juga...tertolak ke belakang..ku kedepan..kembali kebelakang....usaha dan tetap usaha..hanya ni saja peluang.....

Akhirnya dengan izin Allah...aku dapat ke kawasan Hajarul Aswad....Ya Allah...ketika itu tak tergambar perasaan ditunaikan Allah...Aku pon mencium Hajarul Aswad....Ya Allah........

Wangiannya tiada di duniaaaaaaa........Ya Allah...Syukur sangat....Aku pon melangkah kaki ke Hotel penginapan.....

Sampai hari ni masih boleh terasa kesyukuran itu....setelah berjuang berhari-hari..pada hari itu Allah makbulkan....Alhamdulillah.....

Akan ku simpan kenangan ini sampai hujung usia ini...Ya Allah...ku mohon agar aku dipilih lagi menjadi tetamuMu di sana...Bercucuran air mata ketika meninggalkan Kota suci Mekah....
Terasa kerinduan yang amat sangat dengan kehidupan di sana....Semoga Allah menjemputku lagi ke sana...

Dah keja..dah ada income....InsyaAllah akan ke sana..Allah mudahkan jalanku ke sana......

Alfaqir ilarobbihi
Muhammad Che Idris
Perak Darul Ridzuan







Ntah apo-apo

Salam....
Curi-curi online di office...bkn curikkkkkk..time rehat nie....huahuahua.....

~~~~~* Miss My FamiLy........

Sunday, May 13, 2012

Alhamdulillah

Syukur sgt2 berjaya menkhatam Al-quran setelah 1 tahun lebih bekerja....Targetnya setahun..ni dah lebihhhh..ermmm..x po2...Target selepas ini  ---------> khatam slps hari raya puasa..InsyaAllah

Selamat Hari Ibu

salam Semua...
Hari nie, kita bleh tgk di laman2 FB atau sewaktu dengannya Menyambut hari ibu...Bagi kita...bukan hari ni saja utk sambut..tetapi setiap hari.....setiap saat ...lazimkan doa2 buat ibu bapa selepas solat..kerana mereka dengan izin Allah, kita dapat melihat dunia ini.....Semoga Allah merahmati keluargaku....InsyaAllah.....

Saturday, May 12, 2012

selamat hari ibu....

Monday, April 30, 2012

Kembali Lagi..

Salam...
Ermmm agak lama membiarkan blog nie tak dihapdet...Arrr..hari nie mau hapdet ok...


Crita nya bermula time nak balik bercuti ke sp....Kilang off for 1 week...yeahhhhhhhh..cantik2...Bukan apa,ganti balik cuti yang tertangguh....so dapat cuti seminggu.......ahaha

Suma orang kat office dok sembang pasai tiket la..tumpang keta orang laaa....tu semua nak balik kampung punya hal...ehehe...Aku time tue?????wat relex jaaaaa.....relax laaaa.....tiket bas berlambakkkk lagi kottt...apa nak takotkan......chewahhhhhhhh..ahaha.....Suma dok pakat tanyaaaaa...
:::::::wehhh hang mau balik ngan apa???????....ehehe...jenuh menjawabnyaaaa.......Tp time tu aku cool ja kot....taktau lagi nak nek apa aku jawab..hihihi....seslamber giler aku jawab...sambil dok wat MHU pagi tu.....ehehe..Dalam hati betenang2....ahaha...Banyak lagi bas....ahaha...Rasa2 cm nak nek bas kali nie...

Bila mas nak time lunch..tergerak plak hati nk tengok tiket online......Buka la transnasional...search punya search..tak da bas ke SP mlm jumaat tue..ok..takpa...Buka pulak Mara Linear...haaaaa...haahhhhh..banyak lagi seat dok ada......relax2...So, try la nk bli online...tekan2...fail...bapa kali try ntah..pon dok fail jgk...Ok fine...

Tetiba Kak Fairus nampak plak..dia plk try....still x bleh...Sambung plak dkt basri....StilLL tak boleYYY...haahhhhhh...cantik2.....Suma pakat x bleh nieeee......adessssss..Takpa2...banyak lagi tiket..Last skali, Nak jadi crita, En zaini mintak tolong adik dia tolong belikan.....huyooo..settleeee....

Malam tu dia ambik kat umah sewa terus ke ipoh.....Sampai awai jgk...Sempat la nak sembahyang ngn makan..cantik2..Good time....Selesai dah makan..mau p sembahyang...Sambil jalan nk ke surau, tertengok tiket td...woittttttttttttttttttt.......Salah tarikhhhhhhhhhhhh.....nah haiiiiiii....nak wat cam na nie....ok2..rilex2...adusssss.....ahaha....

Pa lagi, terus ke kaunter Mara Linear laa....Sampai kat ctue...

Orang tiket salah tarikh : Kak, tanya skit....member saya salah beli tiket laaaa...saya nk naik malam    
                                     nie...bukan  malam esok...boley tukar tiket lg kew???
Kak Kerani                  : Jap yerp..kak check seat dlu...Alamak dik....dah penuh laaaaa......
Orang tiket salah tarikh : haaaaaaaaa...======> terkejut beruk la aku bila dia kata seat dah penuh...cm na
                                      nie..tak kan nak balik umah sewa balik...jem2....
Pikir punya pikir, aku pon jual balik tiket tu kat kaunter...jadilah dapt 10 hengget..dari tak dapat langsung...harga tiket pon tak mahal 16.90 je pon....ehehe...rugi skit..x po2..janji leh balik sp.... So start la berjoging2 dekat semua kaunter...

Orang cari tiket balik SP : Bang...Tiket ke SP ada?
Kaunter Tiket                  : Dah habis dik.....
Skali lagi......laaaaaa habis plakkkkkk.....aku nak balik naik apa nieee?????
Carik2 punya carik...ada rezeki jgk.....


Orang cari tiket balik SP : Bang...Tiket ke SP ada?
Kaunter Tiket                  : ada2..ni yg last seat.....
Cantik2....rezeki2..alhamdulillah...ahahaha...My Home..Im Cominggggggggg...hihi...






Cuba Try..apa yang jadi...

Cuba try tgk kalimah tue....sila cuba yerppp.

Thursday, April 12, 2012

Merindui

Salam....
Dah lama tak menghapdet blog neh...kesibukan kerja yang agak banyak setinggi gunung Everest..tambah-tambah lagi ekses internet yang tak da kat umah....ahaha...So tak dapat la nak mengintai blog nie...
Isu semasa?ermmmm.ada bayakkkkk...tapi wat masa skang nie tak leh nak kongsi lg..To be continue....zasss

Sunday, April 1, 2012

Andai Hari ini

Hari ini ku mati,
Perlahan...
... Tubuhku ditutup tanah.
Perlahan...
Semua pergi meninggalkanku...

Masih terdengar jelas langkah² terakhir mereka,
Aku sendirian,
Di tempat gelap yg tak pernah terbayang,
Sendiri,
Menunggu pertanyaan malaikat...

Belahan hati,
Belahan jiwa pun pergi.
Apa lagi sekedar kawan dekat atau orang lain.
Aku bukan siapa² lagi bagi mereka...

Sanak keluarga menangis,
Sangat pedih,
Aku pun demikian,
Tak kalah sedih...

Tetapi aku tetap sendiri,
Disini, menunggu perhitungan.
Menyesal sudah tak mungkin.
 Taubat tak lagi dianggap,
Dan maaf pun tak bakal didengar,
Aku benar² harus sendiri...

Ya ALLAH jika Engkau beri aku 1 lagi kesempatan,
jika Engkau pinjamkan lagi beberapa hari milikMU,
Untuk aku perbaiki diriku,
Aku ingin memohon maaf pada mereka...

Yg selama ini telah merasakan zalimku,
 Yg selama ini sengsara kerana aku,
 Tersakiti kerana aku...

Aku akan kembalikan jika ada harta kotor ini yg telah kukumpulkan,
Yg bahkan kumakan,
Yaa ALLAH Beri lagi aku beberapa hari milik-Mu,
Untuk berbakti kepada ayah & ibu tercinta...

Teringat kata² kasar & keras yg menyakitkn hati mereka,
Maafkan aku ayah & ibu, mengapa tak kusadari betapa besar kasih sayangmu,

Beri juga ya ALLAH aku waktu untuk berkumpul dgn keluargaku,
Menyenangkan saudara²ku..
Untuk sungguh² beramal soleh.

Aku sungguh ingin bersujud dihadapan-Mu lebih lama lagi..
Begitu menyesal diri ini.
Kesenangan yg pernah kuraih dulu,
Tak ada artinya sama sekali...

Mengapa kusia²kan waktu hidup yg hanya sekali itu...?
Andai aku bisa putar ulang waktu itu...

Aku dimakamkan hari ini
Dan ketika semua menjadi tak termaafkan
Dan ketika semua menjadi terlambat
Dan ketika aku harus sendiri...
Untuk waktu yg tak terbayangkan sampai yaumul hisab & dikumpulkan di Padang Masyar...

Ya RABB sampaikan salamku utk sahabatku yg selalu mengingatkanku akan hari terakhirku di dunia.

Merosakan Otak

Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.

Antara 10 Tabiat Rosakkan Otak
1. Tidak mengambil sarapan pag
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.