Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Sedikit ringkasan utk dikongsi bersama dari kuliah mingguan dari Kitab Raudhatusalikin karangan Syeikh Abdul Samad...
- Berdoa kpd Allah supaya dikurniakan seorang guru supaya dapat membantu ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat..kata ustaz, kita seringkali berdoa supaya dikurniakan kesihatan, kegembiraan, pasangan hidup yg soleh dan solehah ataupun sebagainya..ttp sering terlupa akan perjalanan hidup sebagai hamba Allah yg memerlukan bimbingan guru...dengan itu, perlulah juga kita berdoa supaya dikurniakan oleh Allah seorang guru supaya dapat membimbing perjalanan hidup...
- Menjaga adab - adab ketika menuntut ilmu dan adab berguru.
- Berkhidmat kpd guru, ibu bapa, jiran dan rakan - rakan...
- Haruslah mengejar agama, pasti nanti mendapat dunia dan akhirat..
- Jadikan amalan membaca Al-Quran sebagai amalan selepas 5 waktu sembahyang.
- Apabila bekerja kelak dan ada kemampuan haruslah utk menolong agama, pergi haji atau umrah ataupun perkara kebaikan..
- Amalan sembahyang sunat selepas mengangkat wuduk...amalan ini dilakukan oleh Bilal bin Rabah sehingga Rasul SAW terdengar tapak kakinya berjalan di dlm syurga ketika peristiwa Israk dan Mikraj..
- Berdoa supaya mendapat keberkatan masa..
- Mengumpul wirid-wirid, dan amalan membaca Qasidah dan Maulid supaya mendapat ketenanagn hati..
- Istiqomah dalam melakukan sesuatu perkara.
No comments:
Post a Comment