Monday, December 14, 2009

PereMPuaN

Ketika ditanya mengenai perempuan yang disifatkan baik,Rasulullah SAW bersabda brmaksud:
"Perempuan yang mengembirakan suaminya apabila dipandang, mematuhi suaminya apabila disuruh dan tidak membantah suaminya sama ada tentang diri atau harta."

Rasulullah SAW menjelaskan ciri-ciri yg menjadi asas dlm memilih isteri iaitu ciri beragamalah yang perlu diutamakan dalam membuat pemilihan.Setiap insan ingin memiliki isteri atau suami yg boleh membahagiakan rumahtangga. Dalam perkara ini, Rasulullah SAW bersabda dlm satu hadithnya yg masyur bermaksud:
"Perempuan itu dikahwini krn empat perkara:Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya.Maka yg lebih utamakanlah yg beragama, nescaya kamu mendapat kebahagian"

Dalam satu hadis yang lain, baginda bersabda yang bermaksud:
"sebaik-baik isteri ialah yang tercantik rupa parasnya dan ringan maharnya.."

Rasulullah SAW juga mengingatkan tentang keburukan mengutamakan kecantikan, harta dan kedudukan atau keturunan semata-mata.Antara hadis baginda yang bermaksud:

"Sesiapa yang mengahwini seserang perempuan semata-mata kerana kemuliaanny,Allah tidak memberinya apa-apa pertambahan kecuali kehinaan.Sesiapa yang mengahwininya krn harta, Allah tidak akan menambahkan kpdnya kecuali kemiskinan.
Sesiapa yg mengahwininya krn kedudukan keluarganya,Allah tidak akan menambahkan kpdnya kecuali kehinaan. Tetapi barang siapa yg mengahwini perempuan bukan dengan tujuan yang lain melainkan untuk mengawal dan menjaga pandangan atau penglihatannya dan menjaga kehormatannya atau dgn tujuan menghubungkan silaturrahi, Allah akan memberkati kedua-dua lelaki dan perempuan"(HR.Ibn Hibban)
Di samping itu, ia menjadi aset yang paling besar kpd umat Islam sebagai penyambung kepimpinan dan penguasaan di dunia ini. Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"kamu kahwinilah perempuan yang penyayang dan boleh melahirkan anak yang ramai krn aku bangga dgn umatku yg ramai di hari akhirat kelak"

Di samping itu, baginda bersabda bermaksud:
"Sesetengah daripada berkat seseorang perempuan iaitu segera dipersuamikan dan segera melahirkan anak dan murah mas kawinnya"
Rasulullah mengingatkan kita di dalam sabdanya yang bermaksud:
"Barangsiapa beriman kpd Allah dan Hari Kemudian, maka janganlah sekali-kali menyendiri dgn seorang perempuan yg tidak disertai oleh mahramnya, krn nanti yg menjadi orang ketiganya adalah syaitan"
Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud:
"Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dgn perempuan yg tidak halal baginya, krn org ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali jika ada mahramnya"


1 comment:

(✿◠‿◠) said...

salam...saya suka artikel ini.... =)