Seorang hakim berkata : 6 sifat yang menunjukkan kebodohan iaitu:-
1.Marah tidak pada tempatnya 2.Bicara yang tidak berguna, kerana itu seorang yang berakal tidak berbicara kecuali jika penting dan berguna 3.Pemberian yang tidak pada tempatnya 4.Membuka rahsia kepada semua orang 5.Percaya kepada semua orang 6.Tidak membezakan antara kawan dan lawan kerana itu kita harus mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. Kawan untuk di taati dan musuh untuk di awasi dan musuh yang utama ialah syaitan, yang benar-benar harus di jauhi.

Luqman Alhakim
Luqman Alhakim menceritakan kisah seorang hamba yang disuruh oleh tuannya menyembelih kambing dan menyediakan hidangan dari bahagian kambing yang paling baik. Maka hamba tersebut menghidangkan hati dan lidah. Keesokkan hari nya, tuan tersebut menyuruh hamba menyembelih kambing lagi seekor dan menghidangkan bahagian yang paling busuk maka hamba tadi menghidangkan hati dan lidah.Tuan tersebut hairan meminta penjelasan dari hambanya.Hamba tersebut menjawab di dalam badan tidak ada yang lebih baik dari hati dan lidah dan bahagian yang paling busuk juga adalah hati dan lidah.

Khasiat wudhu' sebelum tidur (1) Rasulullahi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu') maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap Allahumagh fir li abdika fulani fa innahu bata thaahirah "(Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci) ". (HSR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a.)
Penjelasan : Seseorang yang berwudhu' sebelum tidur, maka ia tidur didalam keadaan suci dan apabila kemudian ia bangun, maka malaikat turut membacakan doa untuk memintakan ampun orang tersebut dari Allah SWT. Dengan hadits ini Rasulullah s.a.w. memberikan semangat kepada kita supaya berwudhu' sebelum tidur kerana Allah adalah Zat yang Maha Suci dan mencintai kesucian. Oleh kerana itu, orang yang berwudhu' sebelum tidur adalah orang-orang yang memenuhi panggilan Allah ini, iaitu menjaga kesucian.
(2) Baginda Rasulillah s.a.w. bersabda: "Syaithan mengikat tengkuk salah seorang diantara kamu ketika ia tidur dengan 3 ikatan. Kemudian syaithan itu meniup tiap-tiap ikatan dengan ucapan masih panjang waktu malam, kerana itu teruslah tidur. Apabila ternyata ia bangun lalu dia mengingati Allah, nescaya ikatannya itu akan terlepas. Jika ia berwudhu' maka akan terlepas satu lagi ikatan dan jika ia sholat, maka akan terlepas pulalah seluruh ikatan sehingga ia bangun dengan badan yang bersih serta semangat yang segar. Tetapi jika dia tidak bangun, maka perasaannya menjadi lemah lagi malas". (HSR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a)
Penjelasan : Setiap orang yang merebahkan dirinya untuk tidur, maka pada saat itu syaithan akan mengikat 3 simpul talinya pada diri yang bersangkutan . Apabila ternyata orang itu terus tidur sampai kewaktu pagi bererti syaithan itu berhasil, tetapi apabila ia bangun ditengah malam, kemudian dia ingat kepada Allah, maka ikatan syaithan tersebut terlepas dan apabila ia kemudian berwudhu' maka ikatan tali syaithan yang kedua terlepas. Dan jika ia kemudian berdiri untuk solat malam, maka lepaslah seluruh ikatan tali syaithan tersebut dan orang semacam ini akan menikmati kesegaran badan dan kesegaran rohani pada pagi harinya, sehingga rasa malas menjadi hilang. Semoga kita mendapat hidayah dari sabda yang mulia Baginda Rasulullah s.a.w. ...insya-Allah...
Sahabat Sejati : Pesanan Al-Qamah kepada Puteranya.
Al-qamah pernah memberikan wasiat kepada puteranya...dan ia berkata.. "Hai anakku, jikalau engkau merasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini, iaitu jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungimu,jikalau engkau sahabat dia, ia akan merupakan hiasan bagi dirimu dan jikalau engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia gemar pula mencukupi kekuranganmu"

No comments:
Post a Comment