Daripada
Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Rasulullah s.a.w telah
menceritakan kepada kami – dan dia adalah orang yang benar lagi dibenarkan -:
“Sesungguhnya
setiap kamu dihimpunkan kejadiannya di dalam rahim ibunya selama 40 hari
sebagai mani, kemudian dia menjadi ketulan darah seperti tempoh tersebut juga
(40 hari), kemudian dia menjadi ketulan daging seperti tempoh tersebut (40
hari). Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, maka dia meniupkan ruh padanya.
Lalu dia (malaikat) disuruh oleh Allah supaya menulis 4 perkara :
(1) rezekinya,
(2) ajalnya, (3) amalannya, dan (4) celaka atau bahagianya.
Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain-Nya! Sesungguhnya di
kalangan kamu ada yang akan beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tidak
ada di antaranya dengan syurga kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya,
lantas dia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu diapun memasuki (neraka). Di
kalangan kamu ada yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada di
antaranya dengan neraka kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya, lantas dia
beramal dengan amalan ahli syurga, lalu diapun memasukinya (syurga).
Tarikh 2 Februari 2013 datang lagi menandakan setahun
lagi usiaku bertambah ke 27 tahun..Tua sudah..hehehe.. Alhamdulillah syukur
kepada Maha Pencipta masih memanjangkan usia diri dengan kesihatan dan
kesejahteraan hidup. Semoga dengan usia yang dipinjamkan ini, akan terus
berbakti dan menambah saham ke alam abadi nanti.
Rasulullah bersabda Hadith Riwayat Tarmizi ” ada 4 perkara
yang akan ditanya oleh Allah di Hari Akhirat ialah tentang Masa, Harta, Diri
dan Usia”
Masa - Kemana kamu gunakan masa yang diberikan
sepanjang kamu hidup ?
Harta - Kemana wang kamu belanjakan di dunia ini ?
Diri - Bagaimana kamu urus diri kamu sepanjang hidup
ini ?
Usia – Apakah yang kamu lakukan semasa hidup didunia
ini ?
Umur semakin pendek, bukan semakin bertambah panjang
No comments:
Post a Comment