Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.
Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat
rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai
kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal
pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan
berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan.
Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan
Malaysia cawangan Kuala Terengganu
sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz
mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan
ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.
Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama
dan belajar dirumah guru berkenaan.
Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama
kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan
apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada
pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di
Patani.
Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya
juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa
blog.
Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga
Tingkatan 6.
Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12
tahun.
Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf
Tapai.
Nama :Ustaz Azhar Bin Idrus
Tarikh Lahir:12 Februari 1964
Berasal:Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu
Hobi :Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.
Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12
tahun
Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan
Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di
surau ladang, kampungnya
Isteri :
1. Rogayah Binti sulong (43 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (27 Tahun)
Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (22 tahun)
2.Nur Farhah (20 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (19 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (17 tahun)
5.Ikhwan Najmi (15 tahun)
6.Khairul Mukmin (8 tahun)
7.Rasydan (7 tahun)
8.Daniel (5 bulan )
Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat
disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula
memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara
bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang
disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat
mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang
Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT.
Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan
pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page
miliknya,
Ustaz
Azhar Idrus ( Original )
Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya
para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang. Sering sahaja kata-kata
UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang
disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat. Kepada yang
aktif bersifat begini, hentikanlah. Ianya jelas tidak akan mendatangkan
kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa
orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman.