Oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?
1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang,
anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa,
anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap
mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal
pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku
boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika
anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan
imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini
kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang
berlaku pada diri kita.”
2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur,
ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda
sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda
mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang
sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda.
Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan
seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali
pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan
gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun
ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang
sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya
terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang
rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan
rakan seiras.
3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun
menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada
daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang
sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk
gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada
orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan
imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh
berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang
sama akan dipulangkan kepadanya.
4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak
ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh
dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah
anda tidak akan marah. Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia
memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang
melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik,
diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api
yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika
dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama
orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.
5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa
tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi
sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang
ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa
yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut
dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal
emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu
lebih pandai mengawal emosi.
6) Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang
manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara
dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya.
Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat
tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk
dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak
ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak
ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.
Tuesday, December 11, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment