Wednesday, September 8, 2010

Malam Perpisahan

Salam semua..
Dua hari lepas, surau dkt umah nie buat satu majlis. Majlis Perpisahan dengan imam-imam muda Taraweh...sayu jgk rasanya bila nak berpisah...hampir sebulan bersama mendengar alunan bacaan Al Quran yang begitu baek oleh imam-imam muda nie..

Dalam kesibukan majlis berlangsung..mata nie terpandang wajah sorang adik kecil nie...rasa lain sangat..wajahnya sungguh berseri-seri....dengan jubah putih berserban...hebat bergaya....sekali pandang wajahnya..Ya Allah..cerah bersinar nur dari wajahnya....Jarang sekali nak jumpa adik2 kecil macam nie..Walaupun seusia yang terlalu muda dan setinggi paras pinggang orang dewasa.Kita yang dewasa nie pon susah nak ada nur di wajah mcm tue..Rupa-rupanya adik kecil nie seorang penghafaz Quran..dah 11 juzuk di dadanya..Allah hu Allah...Alangkah sejuk dan bahagianya mak dan ayahnya...

أَدِّبوا أولادَكم على ثلاثِ خِصَالٍ حبِّ نبيكم وحبِّ أهل بيته وقراءةِ القرآن فإن حملة القرآن فى ظل الله يوم القيامة يوم لا ظل إلا ظله مع أنبيائه وأصفيائه
“Didiklah anak-anak kamu dengan 3 perkara - Cinta kepada nabi, cinta kepada keluarga nabi dan membaca al-Quran kerana orang yang menjadi ahli al-Quran akan berada di bawah naungan Allah bersama para anbiya’dan para sufi ketika hari kiamat di mana pada ketika itu tiada naungan lain kecuali naungan Allah”


Ya Allah....Aku memohon padaMu Tabahkanlah hatiku, Kuatkanlah Semangatku, Berkatilah diriku ini,untuk ku terus menjalani liku-liku hidupYang penuh dengan ranjau dan onak duri ini.
Ya Allah...Aku pasrah dan redha Atas segala-galanya Kerana aku tahu ada hikmah yang tersembunyi Yang aku tidak ketahui.Moga suatu hari aku dapat mengecapi kebahagiaan,Seperti insan-insan lain yang merasa nikmat kebahagiaan..Amin.....

No comments: