Salam semua..
Rasanya belum puas merasa bulan puasa tahun nie..rasa mcm cepat sgt masa berlalu..mulanya bulan puasa rasa lama sgt..dah masuk pertengahan nie dah rasa cepat..dan yang last skali masuk di penghujungnya lagi rasa cepat sgt-sgt.....pejam celik dah nak abeh bulan puasa...
Sesekali rasa bimbang jugak dalam hati nie...adakah keberkatan masa itu telah tiada ataupun sibuk dengan duniawi sampai tak ada masa untuk ukhrawi...So, kena duduk dan fikir sejenak....Adakah betul ataupun salah perjalanan hidup nie...
Ya Allah
Hatiku bimbang sekali
Terasa kepahitan yang amat sangat
Seandainya diri ini tidak mampu untuk meraih rahmatMu
Tika permulaan RamadhanMu tiba
Gementar lubuk hati kecil ini
Sekiranya rahmat permulaan Ramadhan tidak disedari
Lalu membiarkan ia berlalu pergi
Tanpa sedar akan kepentingannya
Adakah puasaku kali ini berjaya meraih rahmatMu itu?
Aku bimbang sedalam-dalamnya Ya Allah..
Ya Allah
Hatiku sekali lagi tertanya-tanya
Adakah pengampunanMu tika pertengahan RamadahanMu tiba
Adakah layaknya puasaku ini meraih pengampunanMu itu
Ataupun hanya aku berangan kosong
Mengharap keuntungan tanpa kesyumulan ibadat
Gementar lubuk hati kecil ini
Andainya diri ini tidak tersenarai dan terpilih
Di dalam perjanjian pengampunanMu itu
Adakah puasaku kali ini berjaya meraih pengampunanMu itu?
Aku masih tertanya-tanya dan bimbang sedalamnya Ya Allah...
Ya Allah
Hatiku tergerak dengan persoalan
Semakin hari semakin berbunga kembang
Bak tumbuh selepas hujan rahmatMu
Adakah diri ini layak mencium syurgaMu
Ataupun telah terlepas perjanjian pengakhiran RamadhanMu
Makin tertanya-tanya lagipersoalan itu
Sehingga kebimbangan menguasai kotak pemikiran
Kerana Rasulmu pernah berkata
Celakalah seseorang itu seandainya kedatangan Ramadhan itu tiada erti baginya
Semakin menebal kebimbangan itu
Bimbang akan terjerumus ke kecelakaan itu
Tiada erti puasa ini sekadar lapar dan dahaga....
aDUKa
Al-Faqir ilarobbihi
Taman Indah,Sungai Petani.
Mengharapkan pengakhiran Ramadhan kali ini sedikit sebanyak mengubah perjalanan kehidupan sekiranya permulaan dan pertengahan Ramadhan masih kabur....Semoga tarbiyah madrasah Ramadhan kali ini membawa perubahan buat kita semua khasnya diriku sendiri.InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment