Wednesday, June 23, 2010

PeTanG iTu


Suasana itu ku abadikan di dalam sebuah puisi...Semoga berkekalan hendaknya...

Indah permai terasa di kalbu
Menyejukan mata - mata memandang
Tarikan dan hembusan nafas
Menyegarkan kembali
Lemah longlai sekujur tubuh
Terasa segar semula
Terasa asyik semula
Kerana suasana itu..


Tiupan angin sepoi -sepoi bahasa
Lembaian daun - daun kehijauan
Umpama memanggil diriku ke sini
Riuhan kicauan sang unggas bermain
Merancakkan suasana itu
Tenang seketika
Gembira seketika
Tersenyum seketika
Tatkala puas merasai suasana itu......


aDUKa, 18 Jun 2010, Merbok, KeDaH

No comments: