Tuesday, March 2, 2010

Sambutan Maulidur Rasul Al Qubra

~~~*******SuNNaH Rasulullah AsaS KeJaYaaN UmmaH********~~~

Sambutan Maulidur Rasul Al Qubra merupakan sambutan Maulid terbesar yang disambut dikalangan para pelajar Uniten.. Bagi sesiapa yang terlepas peluang untuk menghadiri sambutan ini pada tahun-tahun sudah, mari kita rancakkan lagi sambutan pada tahun ini yang diadakan di Surau An-Nur Kelompok Amanah.

Menariknya tentang sambutan ini, Kita akan didedahkan dengan suasana agama yang kondusif dan kemeriahan alunan Qasidah serta Ceramah agama yang mantap..Pada kali ini Ceramah akan disampaikan oleh Imam Besar Masjid Uniten Ustaz Shafie B. Hj Abdul Wahid..

Aktiviti:

1.Perarakan Maulidur Rasul

2.Bacaan Qasidah

3.Ceramah Agama

4.Jamuan Makan

Bermula Jam 6.30 ptg - 10.30 mlm 

Note: - Tiada kod pakaian yang ditetapkan tetapi kepada sesiapa yang mempunyai jubah, anda digalakkan untuk berjubah..Kepada yang ingin berserban..anda sangat-sangat dialu-alukan..
- Bagi pelajar perempuan anda diminta untuk memakai pakaian  yang sesuai dengan majlis atau berbaju kurung dan jangan lupa bawa telekung anda..

No comments: