Saturday, March 20, 2010

Puisi


Demi Allah, Betapa Bahagianya Dikumpulkan di Dalamnya
Dengan Pelbagai Macam Kenikmatan yang Boleh Dinikmati
Demi Allah, Betapa Enaknya Hidup di Mahligai-Mahligai dan di Taman-Tamannya
Berjalan-jalan di dalamnya dengan Senyum dan Tawa Riang
Demi Allah, Betapa Indahnya Lembah Tempat Mendapatkan azZiyadah (Tambahan)
Bagi Tetamu Khusus, Jika Anda termasuk di Antara Mereka

Mari Kita Berjalan Menuju ke Syurga-Syurga Ad'n
Kerana Ia adalah Tempat Tinggal Kita yang Pertama dan di dalamnya Terdapat Banyak Khemah-Khemah
Mari kita Menuju ke Lembah-lembah Syurga
Di dalamnya terdapat Mahligai yang Luas dan Tanahnya lebih Harum daripada Kasturi
Mari Kita Berjalan kepada Hari az-Ziyadah
Hari itu adalah Hari Berkunjung kepada Pemilik Arasy, Pemilik Segala KeAgungan dan KeMuliaan

Ketika Mereka sedang Menikmati Kebahagiaannya
Dan Rezeki Mengucur Dikurniakan kepada Mereka
Tiba-tiba Mereka Berada dalam Sinar yang Berkilauan
Dengannya Seantero Syurga Terang Benderang dan Tidak Terbayangkan Keindahannya

Tuhan Langit Menampakkan Diri kepada Mereka dengan Jelas
Dia Tersenyum di atas Langit dan Berfirman
"Salam Sejahtera Ke Atas Kalian"
Mereka Semua Mendengar Ucapan Salam-Nya ketika Dia mengucapkan Salam

Ia Berfirman, "Mintalah kepada-Ku Apa Saja yang Kalian Inginkan"
Kerana Semua yang Kalian Inginkan Ada Pada-Ku dan Aku-lah Pemberi Rahmat
Mereka mengatakan bahawa Kami Menginginkan Keredhaan-Mu
Kerana Engkaulah Pemilik Segala Keindahan dan Engkaulah Maha Pemberi Rahmat
Lalu Dia Mengabulkan Permintaan Mereka dan Mereka Semua Menyaksikan-Nya
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Mulia

Demi Allah, Betapa Bahagianya Para Kekasih
Ketika Allah Mengajak Mereka Berdialog dan Memberi Ucapan Selamat kepada Mereka
Demi Allah, Betapa Sejuknya Mata Melihat Wajah Allah dengan Jelas
Tidak ada Gunung yang Menutupinya dan Mata pun Tidak Bosan Memandang-Nya

Duhai Pandangan yang Membuat Wajah Berseri-seri
Segalanya Aman Setelah itu dan Sang Kekasih pun Terhibur
Duhai Betapa Nikmatnya Memandang kepada-Nya
Apabila Dia Datang dan Betapa Indah Suara-Nya Apabila Dia Berbicara

Anda lihat Pesona Wajah-Nya Ketikamana Dia Memperlihatkan Diri kepada Anda
Seluruh Organ Tubuh Terasa Senang dan Mendapatkan Kenikmatan Dengannya
Dan Mata Terasa Amat Takjub ketika Wajah-Nya Kelihatan

Wahai Orang yang Menjual Semua ini dengan Harga yang Murah dan Tergesa-gesa
Sepertinya Anda Tidak Tahu, Nanti Anda Pasti Tahu
Jika Anda Tidak Tahu, Maka ini adalah Kerugian Besar
Sekalipun Anda telahpun Tahu, Maka Sesungguhnya Kerugian itu Lebih Besar lagi.

[ 'Puisi Tentang Syurga' yang diolah daripada Kitab 'Hadil Arwaah ila Biladil Afraah' (Tamasya ke Syurga), karangan Al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah ]

No comments: