Saturday, March 27, 2010

GambaR - GamBaR PiLiHaN


*~~~InDaH BeRSaHABaT~~~*
*KeNaNgaN Di PeKaN, PaHaNG

*PaRa FeSiLiTaTOR Yg X BeTuL..ekeke

*Jamuan HaRi RayA
* GoToNG RoYoNG



*MeeTiNG nGn Tok PeNGHuLu.. :D

*KeNaNGan Di JakARta..
*LePaK SaNTai BeRSaMa DAk2 KeLaS
*BerSATU HaTi BeRSaMa

*Jom MeLoMPaT @ PuTraJaYA

* LaWaTaN MuHIBBaH..ehehe


~~** SeORaNG SeNiMaN JaLaNaN..CiTa2 Dulu Jd KeNYaTaaN..errrmm...

*~*MemBeR Lama..ahaha

Renungan Bersama

Rassulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup atau telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...
Berdasarkan Hadith Nabi SAW : " Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkandoa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ) - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati) - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT - Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) - Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya: - Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kitaDapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, 'O' atau 'A' LEVEL, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untukibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . .
Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita,waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang ataumalam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA ALLAH HU YA RAHMAN, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku,berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungilah mereka, Aminn yarabillial amin . ..."
(Doa ini untuk orang tua kamuyang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH HU YA RAHIM, ampuni lah segaladosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

KonGsi-KonGsi..

ahaha..mungkin ada yg tertanya..apa kena dgn gambo nie....ehehe....x do apa pon sebonornye...just sbg iklan...kui3...tp..try buka minda anda...apa kaitan berus gigi dan gigi insan nie...ehehe..fikir-fikirkan..ahaha
salam alaik....
lama x hapdet blog nie....kesibukan final exam menyebabkab blog nie diclash kan sebentar..ahaha....Alhamdulillah..final pon dah lepas...bleh la relax-relax skit...aii...x bleh relax lg...final pojek menanti kot...ooopssss!!!ahahaha..so skang, bangun pagi..buka pesbuk.asik-asik pesbuk..aiiiii...dah kena virus pesbuk agaknya..adeyhhh..bahaya jgk nie.bkn apo, mana la tau ada komen atau frez request.cheeewahhhh!.susah sgt nk jumpa member-member lama skang ni..so, madah yg terakhir, pesbuk la jadi mangsa. .dah abeh buka pesbuk..leh la wat pojek..siapkan simulation dan thesis...
Ermmm...x da idea la nk cita...pepagi cm nie terpandang plk buku merah kecik untuk kuliah mingguan.knpa merah..rahsia..ahaha..x salah klu sedikit untaian permata dari kata-kata org yg berilmu dikongsi bersama...pehhhh...ekeke.betul tue..."Sampaikan walau satu ayat.."At least sapo-sapo yg x berkesempatan untuk ke majlis ilmu tue, sedikit sebanyak dapat la jgk kan....
oK...perkara yg paling menyentuh hatiku pada malam tue pabila ustaz kata "memasukan kesukaan dalam hati manusia..."mungkin susah nk faham bila baca sendiri...tertanya-tanya jugak...maksud di sebalik sebaris ayat tue...maklumlah, kitab tue pon dah lama...dah abeh ustaz terang, baru la faham....owhhh begitu..
Begini..."memasukan kesukaan dalam hati manusia..." maksud nya, mungkin kawan kita ada masalah atau permintaan dlm hatinya..kita ni sbg kawan perlulah memberi pertolongan dahulu tanpa permintaan darinya..senang cakap..kita offer dulu la utk tolong dia...so sedikit sebanyak ringan sedikit beban yg ditanggung..contoh lagi kata ustaz..klu kawan kita nk balik kampung..dia memerlukan kenderaan utk ke bus station...kita tawarkan dulu untuk hantar dia ke sana...so x perlu la dia cari bus atau teksi ke tempat tue...kat cni kita dah boleh bayangkan bagaimana memasukkan kesukaan dalam hati manusia...mesti dia suka dan bersyukur dapat kawan macam kita...sebaliknya,begitu jgk kita kalu berada di tempat dia...contoh lebih dekat lagi, jika ada kawan-kawan yg kurang berjaya dalam pelajaranya..terdetik x dlm diri kita untuk membantu dia???oittt..tersentuh jgk tue..ada x selama nie terfikir benda tu dlm diri...errmm....tu baru dgn kawan-kawan...x masuk lagi perhubungan dengan adik-beradik, ibu bapa dan lebih penting hubungan dengan pencipta....kena la fikir..bagaimana nk masukkan kesukaan dlm perhubungan kita dalam meniti kehidupan ini....huhuhu...
Bab yg kedua...menuju ke alam perkahwinan...Ustaz kata, bila dah dapat anak, namakan anak itu dgn nama yg baik..kerana dgn nama yg baik, mudah-mudahan anak itu menjadi soleh dan solehah...atau pon boleh meminta pandangan para-para alim ulamak untuk menamakan anak tersebut..bkn apa..takot-takot..nama yg kita berikan, pada zahirnya cukup sedap telinga mendengarnya..tetapi maksud nama yg tiap-tiap hari kita panggil anak tue adalah sebaliknya..kesian anak tue...
Ibu bapa juga mesti mengingatkan anak-anak supaya ingatkan Allah..contohnya dgn bersembahyang dan berakhlak mulia...usah bimbang kalau anak itu kurang sedikit dalam pelajarannya krn masih boleh di didik...lebih buruk jadinya klu anak itu pandai, ttp tidak peduli akan ibubapanya...walaupon terdapat sedikit kekurangan, anak itu masih boleh berbakti kpd ibubapanya...itu yg lebih penting...Pesan ustaz, jadilah ibubapa yg menangis apabila anaknya tidak di didik dgn ilmu agama..bukannya menangis apabila gagal dalam pelajaran..kerana apa?kerana dgn ilmu agama shj hidup anak itu akan berjaya....
Pesanya lagi...isilah diri dgn ilmu perkahwinan jika mahu berkahwin...Usah lagi berkahwin, jika diri masih tidak mampu menjadi contoh kpd anak-anak yg bakal dilahirkan kelak...kerana dibimbangi, anak-anak yg dilahirkan dan membesar mencari contoh lain selain didikan ibubapanya....
cukup kot dgn dua perkara nie dahulu..InsyaAllah, klu ada masa..... akan datang, akan dimuatkan lagi dgn bagaimana mendapat hidup yg berkat, adab org yg berilmu dan menuntut ilmu,kasih kan rasul, hak segala makhluk, hukum hakam...dan banyak lagi yg serba sedikit boleh dikongsi bersama....
Andai terdapat sedikit ketidak jelasan atau terdapat kesalahan, boleh lah bertanya kpd yg lebih pakar...dsini hanya ringkasannya sahaja dan diri nie masih bertatih utk belajar...\\(*_*)//..hehehe...ilalliqaoo..
Alfaqir illarobbihi...Ibnu Idris

Monday, March 22, 2010

DaH AbeS 1 PapER

SaLam....
SyuKUr hari nie...dah selamat 1 paper..walopon ada gk yg x dapat jwb..tapi rasa puas menjawab yg laen..harap2 betul...ehehe...banyak mana usaha, banyak tu la yg dapat kan....so, syukur la...redha kan apa yg telah dibuat....at least, telah mencuba...

"Tidak meminta menjadi terbaik...tetapi ingin melakukan perkara yang terbaik...itu sahaja yang termampu...segala nya datang dariNya..Dia yang tentukan segalanya buat kita..."

Kita hanya perlu...UsaHa + Doa + TaWakkaL.....ini lebih penting....Bukan usaha kita atau banyak mana kita ulangkaji ilmu itu penentu masa depan...

Seperti tadi, semua itu dari Allah....Hanya dia sahaja yang Maha Mengetahui akan hambanya...oleh itu..teruskan yakin dengan ketentuan Allah..Jadikan Doa itu sebagai perantaraan...InsyaAllah, Allah kan Maha PeNGasih Dan PenyaYang...

"Study jgn X sTuDy...mana mungkin ada kejayaan tanpa usaha....Ia x akan datang bergolek selagi mana tanpa jerih dan perih..."

"Jangan Direnung Peritnya Sebuah Usaha..tetapi renunglah manisnya sebuah Kejayaan""

Saturday, March 20, 2010

Jiwa seorang hamba..


Allah SWT mengilhamkan kepada jiwa manusia dua jalan iaitu jalan kejahatan dan ketakwaan. Firman Allah,
''Dan (demi) jiwa dan penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.'' (QS Asy-Syams [91]: 7-10).

Jiwa itu laksananya air, jika sentiasa dirawat dan dibersihkan maka ia akan menjadi jernih dan mudah terbias melaluinya cahaya…Namun jika ia dibiarkan tercela tanpa rawatan, kotoran demi kotoran yang walau sedikit jumlahnya dari sehari ke sehari akan menghilangkan kesuciannya…hinggalah akhirnya ia menjadi hitam, pekat, dan likat sifatnya hingga sukar cahaya menembusinya…

Sesungguhnya jiwa itu gelap kerana noda dan dosa. Setiap satunya, besar mahupun kecilnya, membawa kepada dosa yang lainnya jika tiada usaha untuk menyucikannya… Kerana pekatnya kotoran dosa, jiwa itu sukar ditembusi cahaya dan petunjuk dari Yang Esa…Tanpa cahaya, terkaparlah manusia dalam kegelapan...jiwa keliru tentang arah dan tujuan…Jalan yang terbentang tidak mampu dibezakan lagi buruk dan baiknya… Jalan dosa dan noda dianggapnya tiada berdosa..sedangkan jalan kebaikan dirasanya sia-sia belaka…Hilanglah bahagia bertambahlah derita…

Air itu sifatnya suci lagi menyucikan…begitu jualah dengan jiwa hamba…Sesuci jiwa seorang hamba, amal dan anggota yang lainnya turut terkesan dengan kesuciannya…Bersih itu bukan hanya pada jiwanya, tetapi terserak pada pemakaiannya, persekitarannya, tutur katanya, pemikirannya, amalnya, dan perbuatannya…Kerana selari dalaman dan luarannya, terpancar darinya bahagia yang berbekas pula pada cahaya di wajahnya…

MasyaAllah…indah sungguh jika itu keadaannya jiwa seorang hamba…kerana kesuciannya…cahaya dan petunjuk Yang Esa meresap ke seluruh anggota dan aspek kehidupannya hingga muncul dalam dirinya bahagia dan tenang dalam ketaatan pada Penciptanya…Moga jiwa yang suci dan bersih itu milik kita…dan moga penyuciannya menjadi tugas seharian kita…Moga keindahan jiwa akan terpancar pada tutur kata dan amalan dan berbekas pada wajah dan anggota…Moga keindahan itu menyinari hidup kita selamanya…ameen..

Sabda Rasul


Rassulullah SAW pernah bersabda :
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kiramasih hidup atau telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW : " Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkandoa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidupmahupun yang sudah tiada ) - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati) - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT - Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) - Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezekiOleh Allah SWT.

Kesimpulannya: - Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma janganlupa Doakan ibu bapa kita setiap hari - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kitaDapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, 'O' atau 'A' LEVEL, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita,waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang ataumalam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA ALLAH HU YA RAHMAN, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku,berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungilah mereka, Aminn yarabillial amin . ..." (Doa ini untuk orang tua kamuyang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH HU YA RAHIM, ampuni lah segaladosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah.......

Puisi


Demi Allah, Betapa Bahagianya Dikumpulkan di Dalamnya
Dengan Pelbagai Macam Kenikmatan yang Boleh Dinikmati
Demi Allah, Betapa Enaknya Hidup di Mahligai-Mahligai dan di Taman-Tamannya
Berjalan-jalan di dalamnya dengan Senyum dan Tawa Riang
Demi Allah, Betapa Indahnya Lembah Tempat Mendapatkan azZiyadah (Tambahan)
Bagi Tetamu Khusus, Jika Anda termasuk di Antara Mereka

Mari Kita Berjalan Menuju ke Syurga-Syurga Ad'n
Kerana Ia adalah Tempat Tinggal Kita yang Pertama dan di dalamnya Terdapat Banyak Khemah-Khemah
Mari kita Menuju ke Lembah-lembah Syurga
Di dalamnya terdapat Mahligai yang Luas dan Tanahnya lebih Harum daripada Kasturi
Mari Kita Berjalan kepada Hari az-Ziyadah
Hari itu adalah Hari Berkunjung kepada Pemilik Arasy, Pemilik Segala KeAgungan dan KeMuliaan

Ketika Mereka sedang Menikmati Kebahagiaannya
Dan Rezeki Mengucur Dikurniakan kepada Mereka
Tiba-tiba Mereka Berada dalam Sinar yang Berkilauan
Dengannya Seantero Syurga Terang Benderang dan Tidak Terbayangkan Keindahannya

Tuhan Langit Menampakkan Diri kepada Mereka dengan Jelas
Dia Tersenyum di atas Langit dan Berfirman
"Salam Sejahtera Ke Atas Kalian"
Mereka Semua Mendengar Ucapan Salam-Nya ketika Dia mengucapkan Salam

Ia Berfirman, "Mintalah kepada-Ku Apa Saja yang Kalian Inginkan"
Kerana Semua yang Kalian Inginkan Ada Pada-Ku dan Aku-lah Pemberi Rahmat
Mereka mengatakan bahawa Kami Menginginkan Keredhaan-Mu
Kerana Engkaulah Pemilik Segala Keindahan dan Engkaulah Maha Pemberi Rahmat
Lalu Dia Mengabulkan Permintaan Mereka dan Mereka Semua Menyaksikan-Nya
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Mulia

Demi Allah, Betapa Bahagianya Para Kekasih
Ketika Allah Mengajak Mereka Berdialog dan Memberi Ucapan Selamat kepada Mereka
Demi Allah, Betapa Sejuknya Mata Melihat Wajah Allah dengan Jelas
Tidak ada Gunung yang Menutupinya dan Mata pun Tidak Bosan Memandang-Nya

Duhai Pandangan yang Membuat Wajah Berseri-seri
Segalanya Aman Setelah itu dan Sang Kekasih pun Terhibur
Duhai Betapa Nikmatnya Memandang kepada-Nya
Apabila Dia Datang dan Betapa Indah Suara-Nya Apabila Dia Berbicara

Anda lihat Pesona Wajah-Nya Ketikamana Dia Memperlihatkan Diri kepada Anda
Seluruh Organ Tubuh Terasa Senang dan Mendapatkan Kenikmatan Dengannya
Dan Mata Terasa Amat Takjub ketika Wajah-Nya Kelihatan

Wahai Orang yang Menjual Semua ini dengan Harga yang Murah dan Tergesa-gesa
Sepertinya Anda Tidak Tahu, Nanti Anda Pasti Tahu
Jika Anda Tidak Tahu, Maka ini adalah Kerugian Besar
Sekalipun Anda telahpun Tahu, Maka Sesungguhnya Kerugian itu Lebih Besar lagi.

[ 'Puisi Tentang Syurga' yang diolah daripada Kitab 'Hadil Arwaah ila Biladil Afraah' (Tamasya ke Syurga), karangan Al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah ]

Saturday, March 13, 2010

SeKiTaR SamBUTaN MaULiDuRRasUL

Salam semua...
Alhamdulillah sambutan pada kali ini berjaya dgn sempurnanya....Tahniah kepada sesiapa sahaja yg telah berganding bahu dan berpenat lelah bagi melihat program ini berjalan dgn jayanya..Semoga semua amalan baik yg menjurus kpd menunjukkan rasa cinta kita kpd Baginda Rasulullah SAW mendapat sebesar-besar keredhaan, rahmat dan keberkatan drp Allah SWT....Mudah-mudahan kehadiran kita pada majlis ini menjadi saksi kelak bahawa kita semua mencintai Baginda Rasulullah SAW...Serba sedikit gambar-gambar kenangan ketika program berjalan....


Sesi Bacaan Qasidah selepas maghrib...



Para hadirin kusyuk mendengar tazkirah dari Ust. Shafie


Jamuan Makan selepas selesai program...


Para VIP menjamu selera......My sifu ++ UsT. Nizam/chef besar jamuan utk hadirin..

Geng - GenG dapur...ehehe..chef merasa makanan...*_*
mai beli..mai beli....
amboi Azril...senyum beso nampak.....makan jangan x makan...
sambil makan, hadirin dihiburkan dgn nyanyian nasyid....


kusyuk bebono adik-adik tu makan....hahaha...
Bacaan Qasidah yang menyentuh hatiku......


++2 Qasidah pilihan++
wahai saudaraku/saudariku....
Sesuatu perkara akan menjadi agama apabila kita melakukannya dgn mentaati perintah Allah SWT dan melaksanakannya dgn cara yg telah ditunjukan oleh Rasulullah SAW. Oleh sebab itu, sunnah Rasulullah SAW terlalu penting utk dijaga dan diamalkan dlm segala lapangan kehidupan seperti mana firman Allah SWT yg bermaksud:
"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yg baik sekali utk sesiapa yg ingin mengharapkan keredhaan Allah SWT dan mendapat kesejahteraan pada hari kemudian " (Al-Ahzab:21)

Wednesday, March 3, 2010

ProjeK aKHiR



Tuesday, March 2, 2010

Sambutan Maulidur Rasul Al Qubra

~~~*******SuNNaH Rasulullah AsaS KeJaYaaN UmmaH********~~~

Sambutan Maulidur Rasul Al Qubra merupakan sambutan Maulid terbesar yang disambut dikalangan para pelajar Uniten.. Bagi sesiapa yang terlepas peluang untuk menghadiri sambutan ini pada tahun-tahun sudah, mari kita rancakkan lagi sambutan pada tahun ini yang diadakan di Surau An-Nur Kelompok Amanah.

Menariknya tentang sambutan ini, Kita akan didedahkan dengan suasana agama yang kondusif dan kemeriahan alunan Qasidah serta Ceramah agama yang mantap..Pada kali ini Ceramah akan disampaikan oleh Imam Besar Masjid Uniten Ustaz Shafie B. Hj Abdul Wahid..

Aktiviti:

1.Perarakan Maulidur Rasul

2.Bacaan Qasidah

3.Ceramah Agama

4.Jamuan Makan

Bermula Jam 6.30 ptg - 10.30 mlm 

Note: - Tiada kod pakaian yang ditetapkan tetapi kepada sesiapa yang mempunyai jubah, anda digalakkan untuk berjubah..Kepada yang ingin berserban..anda sangat-sangat dialu-alukan..
- Bagi pelajar perempuan anda diminta untuk memakai pakaian  yang sesuai dengan majlis atau berbaju kurung dan jangan lupa bawa telekung anda..