Friday, January 8, 2010

PesaNan

Hawa...
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yg solehah buat kedua ibu bapamu,
Andai engkau sudah bersuami,
Jadila isteri yg meringankan beban suamimu,
Andai engkau masih seorang ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama Allah.

Hawa...
Andai engkau belum berkahwin,
Jangan kau risau jodohmu,
Ingatlah Hawa janji tuhan kita,
Wanita yg baik adalah untuk lelaki yg baik,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yg bukan muhrimmu kerana dikuatiri,
Dari mata jatuh ke hati,
Maka lahirlah senyuman,maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan,
takut lahirnya nafsu kejahatan yg menguasai diri.

Hawa...
Lelaki yg baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yg soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yg warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya,
Serta kemampuannya menggoncang iman lelaki,
Tetapi lelaki yg baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya,
Dan yg paling penting pegangan agamanya.

Hawa...
Lelaki yg baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yg bukan muhrimnya,
Kerana dia takut memberi kesempatan kpd syaitan untuk menggodanya,
Lelaki yg warak juga tidak mahu bermain cinta,
Kerana dia tahu apa matlamat sebuah sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa...
Jagalah pandanganmu,
Awasilah auratmu,
Peliharalah akhlakmu,
Kuatkan pendirianmu.

Andai Ditakdirkan tiada cinta drp adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta drp kedua ibu bapamu yg memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,
Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yg membahagiakan dirimu.

Hawa...
Cintalah Allah di kala susah dan senang,
Kerana kau akan mmperolehi cinta drp insan yg juga mencintai Allah,
Cintailah kedua ibu bapamu krn kau akan perolehi keredaan Allah,
Cintailah keluargamu krn kau tak akan jumpa cinta yg bahagia selain cinta keluarga.

Sumber:InTeRnET

1 comment:

Azlina Aziz said...

Like :D

baek mad leng ingat ;)