- Fungsi
Point pengagihan tenaga elektrik voltan rendah.
Penyambung diantara transformer pembahagian dan pengguna atau beban.
Penunjuk arus beban.
Memudahkan pemotongan bekalan ketika terdapat kerosakan di unit-unit pengagihan. - Komponen-komponen
1) Unit Masuk
Tempat penyambungan diantara transformer bahagian sekunder ( V / R ) dan basbar.
2) Unit Keluar Berfius ( Outgoing Fuse Unit )
Tempat penyambungan diantara basbar dan kabel voltan rendah ke beban seperti tiang SAVR atau Papan Fius Pengguna.
3) Basbar
Tempat penyambungan diantara unit berfius masuk dan unit-unit keluar.
4) Penunjuk Arus ( TDI – Thermal Demand Indicator Meter )
Terdapat 3 penunjuk arus. Jangka ini digunakan untuk menunjuk arus beban. Jangka ini mempunyai 2 jarum yang berlainan warna iaitu jarum hitam dan merah. Jarum merah menunjukkan kehendak maksima di setiap fasa. Jarum hitam menunjukkan bacaan ketika.
5) Alatubah Arus ( Current Transformer )
Berfungsi bagi merendahkan nilai arus pada basbar supaya dapat dibaca oleh penunjuk arus jenis Terma
6) Fius ‘Minor’ 6A
Terdapat 3 fius bagi kegunaan pelbagai bekalan 3 fasa.
7) Fius Cut Out dan Neutral Link 60A
Untuk kegunaan pelbagai bekalan kuasa tunggal bagi kegunaan dalam pencawang.
8) Pengasing Fasa ( Phase Barrier )
Dipasang diantara setiap fasa unit keluar berfius bagi mengelakkan litar pintas diantara fasa. Alat-alat yang terdapat di Peti Pembekal voltan rendah adalah sama dengan alat-alat yang terpasang dengan Papan Pembahagian voltan rendah, Cuma Peti Pembekal dilitup logam untuk kegunaan luar bangunan.
No comments:
Post a Comment