Salam buat semua....Semoga semua di dalam redha Allah
sentiasa.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana memilih diri ini
menghadiri diantara taman-taman syurga. Kuliah malam tadi disampaikan Ust Jafri
Abu Bakar..
Diantara butir-butir mutiara yang masih berlegar-legar di
fikiran ialah ketika Ust mengatakan Dunia semakin tua ataupun sudah di akhir
zaman ....Jika hari ini kita masih bersenang lenang, tahukah kamu dunia akan
digoncang dengan dasyatnya?
Buat perkongsian saudaraku semua, antara salah satu dunia
akan kiamat kelak berlakunya matahari naik di sebelah barat....
Sebelum berlakunya perkara sedemikian, terdapat 2 perkara
yang salah satunya akan berlaku dahulu sebelum terbitnya matahari di sebelah
barat. Antaranya ialah:
1- Malam akan berpanjangan kira-kira sebanyak 3 malam.
Manusia akan merasakan sesuatu yang amat pelik. Riuh rendah jadinya. Mana
perginya siang? Beribu persoalan yang tidak mampu dijawab. Hanya mereka yang
mengetahui perlu menggunakan peluang itu sepenuhnya.
2- Menurut hadis dari Abu Hurairah, Malam akan berpanjangan
kira-kira sebanyak 2 malam. ( Rujuk kitab Ibnu Kathsir - Tanda-tanda kiamat)
Selepas peristiwa ini, Allah izinkan Matahari terbit di
sebelah barat. Ketika saat selepas kejadian itu, semua perkara yang baik hendak
dilakukan umat manusia, tiada satupun Allah akan terima. Sia-sia belaka amalan
baik tersebut! Satupun tidak akan dikira......Bayangkan peristiwa ini berlaku
esok....
Mengapa saya mengatakan ''hanya mereka yang mengetahui perlu
menggunakan peluang itu sepenuhnya?"
Pesan Ust tadi, seandainya kita menempuh peristiwa malam
yang berpanjangan itu, gunalah sebaik-baiknya memohon kehadrat ilahi.
Kita diantara hambanya yang bertuah mengetahui peristiwa ini seandainya
ia berlaku. Jangan menunggu dan terpengaruh dengan kacau bilau dunia di saat
malam berpanjangan. Ambilah peluang yang Allah kurniakan untuk melakukan amalan
sebaik mungkin. Seandainya pemanjangan malam yang berlaku itu tidak digunakan
dengan sebaiknya, apabila naiknya matahari di sebelah Barat, tiada lagi amalan
yang akan diterima..Oleh itu, gunakan sepenuhnya malam itu seandainya ia
berlaku!
Sirru alabarakatillah!
Alfaqir Ilarobbihi,
Ibnu Idris