Saturday, October 15, 2011

Zikir


Zikir Murah Rezeki Dari Imam Ghazali



Imam Ghazali mengajarkan suatu amalan untuk dibaca setiap hari. Menurutnya orang yang mengamalkan amalan ini akan dimudahkan segala urusannya dan dilapangkan rezekinya, serta dihindarkan dari segala macam kesulitan. Amalan ini dibaca untuk setiap hari yang berbeza sebanyak 1000 kali.


Hari Isnin 
baca “Lahaula walaa quwwata illaa billahil ‘aliyyil  ‘adhiim”, ertinya “Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatanTuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar”

Hari Selasa 
baca “Allaahuma shalli ‘alaa sayyidina Muhammad wa ‘alaa  aalihi wa shahbihi wasallim”, ertinya “ Ya Allah berilah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan para sahabatnya dan juga keselamatan.”


Hari Rabu
baca “Astaghfirullahal adhiim”, artinya “Saya meminta ampun kepada Tuhan yang maha besar”.

Hari Khamis 
baca “Subhaanallahil ‘aliyyil  ‘adhimi  wabihamdihi”, artinya “ Maha suci Allah SWT dari segala sifat kekurangan Tuhan yang maha tinggi dan maha besar.”

Hari Jumaat 
baca “Ya Allah “

Hari Sabtu 
baca “Laailaaha illallaah“, ertinya “Tiada tuhan selain Allah.”

Hari Ahad 
baca “Ya hayyu Ya Qayyuum”, ertinya “Wahai yang maha hidup dan berdiri sendiri.

No comments: