SaLaM......
Barang2 dah siap di packing.......Besok pagi hari melaporkan diri di tempat baru....Semoga Allah memudahkan dan dikurniakan rezeki yg halal dlm segala pencarian rezeki di bumimu.....
Sunday, October 30, 2011
Saturday, October 29, 2011
7 Sunnah Hebat
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Friday, October 28, 2011
KaTa
pinjam kata-kata nie dari pesbuk pok cik aYie KakaShi..minat sgt bunyinya....
setiap org akan ada peluang yang terbaik dlm hidup. cuma perlu bsabar :)
Thursday, October 27, 2011
KuBUR
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-
1.Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2.Hasan (anak Fatima r.a)
3.Husin (anak Faimah r.a)
4.Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1.Hendaklah ia menjaga solatnya
2.Hendaklah dia bersedekah
3.Hendaklah dia membaca al-Quran
4.Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1.Jangan berdusta
2.Jangan mengkhianat
3.Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4.Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al- Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.
Wednesday, October 26, 2011
SeMoga DaLaM ResTu DaN RaHmaT Allah
KeTiKa KeingInaN iTu MuLa WuJuD
tUmBUh sEgAr mEnAmpAr DiRi
TeraSa DaLaM SeTiaP NafaS YaNg TeRHembUs
SeaKan -aKaN taK MuDaH paDaM
IngaTaN MULa MeNGusIK RaSa
TeRaSa AmaT JauH Di SaNa
MaTa DaN SuaRA Tak MamPu MeNyiNggaH LaGi
BerDeGup SenTiasa PabiLa MenGaLir SuKMa
BiaRPuN HanYA SePeRTi SeTIKa KiTa TerJUmPa
BeGiTu BerMaKNa SeBUaH PerTeMUan iTu
YaNG TaK PeNaH DiRaNCaNg
ItU TaKDir
MeRiSik BuKaN TerGaMBAR uTk BerTeNTaNG
TeTaPi UtK MenGorAk LaNGKaH PeRTaMa
MeNCaRI KeReDHAaN AllaH DeNgan CaRa YaNG HaLaL
iTu LeBiH BaIk JiKa kiTa MemaHaMINya
MaSiH TiDaK KeSaMPaIAN
KaDaNg KaLa TaK MamPu UtK MeNoLaK RasA YaNg SaMPaI MenERPa
LaNTas ItuLaH Aku CuBa MeLaRiKan DirI
KeRaNa YaKin aKan KekURaNgaN DiMiLiKi
TaK MaMPu MeLaFaz DeNgan KaTa
BiaRPun HaMpiR MeKaR MeNgHaRUm WaNgi
WaLaUPun JaUH MeNYIsIH
TeTaP JUa TePaTri DaLam JiWa
Di DaLam HaTi aDa CinTa
Di DaLaM CInTa aDa Dia
MoGa DiSaTUKan DeNgan JaNJI ALLAH..
aDUKa
2 OkToBeR 2011
TaMan MURni , PeRaK TeNgaH
PERAK DARUL RIDZUAN
Sungguh BERUNTUNG seorang LELAKI memiliki CINTA PERTAMA seorang WANITA..dan sungguh beruntung seorang WANITA memiliki CINTA TERAKHIR seorang LELAKI..(✿◠‿◠)
~**Cukup Dengan Hanya membiarkan rasa itu berbicara di hati**~
Sunday, October 23, 2011
Icc ConVentiOn
SaLam....Dua hari bertapa di sunway.........byk jgk ilmu yang dapat lepas habis presentation....
Alhamdulillah syukur segala penat lelah akhirnya berbaloi dengan kilauan emas bersama 3 bintang..Syukur...
Model pasu bunga~~
Model Dinding..saper2 nak lps nie,sila contact Pok cik kassim..ahaha
~~*SaBo Menanti keputusan...konon2 nyaaaaaa..hihi
okeY .....mau tidurrrrrrr....sudah pkul 2 pagi daaaaaaaaaaaa...besok mau bertolak ke Perak plak...zasssssssss
Sunday, October 16, 2011
TiaDa
Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat". (al-Hijr:56).......
.kesimp ulannya,jgn jadi org yg berputus asa...jadilah org yg cekal,tabah,sabar dlm menempuhi cabaran...itulah tarbiyah dari Allah dlm mendidik hamba-hambaNYA spya dpt yg muslim yg brkualiti...
.kesimp
kemaNa shj yg kT peRgi mslh ttp ada bsm kt..
kte xbLeh Lari dri mslh...apa yg mmpu kt buat adlh cb slesaikn mslh yg kt hdpi...insyaallah pst Allah akn tnjukkn jLn..brdOaLah kpdNya...jgn jDi seOrg yg 'PENGECUT'!!! y hny tau Lari & Lari & trus Lari dri mslh....kRn Allah bri kt akal utk brfkir dn sntiasa brsabar dgn stiap ujian..krn "Allah sntiasa ad brsama org2 y sabar"..(sma2 muhasabah diri)Saturday, October 15, 2011
Air Wuduk
Apa itu Wuduk?
Berwuduk merupakan syarat wajib untuk mendirikan solat yang disebut dengan mengambil wuduk atau dalam bahasa Melayu, mengambil air sembahyang.Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk.
Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh kenapa mesti telinga. Banyak rahsia dalam kandungan wuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wuduk yang dapat diungkapkan ialah:
Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Apa keistimewaan air wuduk?
- Air wuduk dapat menyejukkan hujung-hujung urat saraf pusat, jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Wuduk dengan air sejuk, juga membantu merangsang dan mengefektifkan sistem kerja saraf. Rangsangan tadi, akan memberi kesan positif pada prestasi saraf pusat yang berada di otak. Tidak hairanlah jika selepas wuduk kita selalu merasakan suasana segar, yang tak dirasakan sebelum wuduk.
- Air wuduk dapat mengurangkan ketegangan jiwa, stress, mengurangkan rasa sedih, rasa khuatir dan rasa marah
Dengan keistimewaan inilah kenapa Rasulullah SAW selalu menganjurkan kita untuk segera berwuduk jika kita sedang marah dan beremosi.
- Air wuduk dapat melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh dengan baik
Ketika air mengalir pada anggota wuduk, maka secara automatik pembuluh darah bertindak-balas untuk bekerja lebih cepat mengalirkan darah ke seluruh tubuh sebagai untuk menormalkan suhu tubuh, kerana bertemu suhu panas dalam tubuh dengan air sejuk air wuduk. Samasa itu juga darah mengalir ke kawasan muka, kedua tangan dan tapak kaki dengan sangat lancar.
- Air wuduk dapat menyedut darah-darah kotor dan membuangnya keluar tubuh melalui bulu-bulu halus yang tumbuh di sekitar kulit.
Ketika aliran darah mengalir ke seluruh tubuh, termasuk pada bahagian kulit, maka kelenjar peluh langsung bekerja menyedut darah-darah kotor dan membuangnya keluar tubuh melalui bulu-bulu halus yang tumbuh dni sekitar kulit.Walau tidak nampak pada pandangan mata, mungkin inilah rahsianya kenapa kita disunahkan membasuh tiga kali pada setiap anggota wuduk. Kelihatan kulit sekitar wajah dan lain anggota wuduk nampak cantik dan putih berseri sehingga penuaan boleh dihindarkan.
- Air wuduk dapat menyegarkan berbagai organ yang ada di wajah dan menjadi cerah.
Berkumur juga akan menyegarkan. Membasuh wajah dan kedua tangan sampai siku, serta kedua kaki memberikan manfaat untuk menghilangkan debu-debu dan pelbagai bakteria, apalagi dengan membersihkan badan dari peluh dan kotoran lainnya yang keluar melalui kulit.
Jangan Buat Nie
24 perkara jangan dilakukan
Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya ada juga perkara yang mendatangkan keburukan kepada kita.
Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.
1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (*kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan*)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S.W.T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S.W.T itu lebih Mengetahui.
Zikir
Zikir Murah Rezeki Dari Imam Ghazali
Imam Ghazali mengajarkan suatu amalan untuk dibaca setiap hari. Menurutnya orang yang mengamalkan amalan ini akan dimudahkan segala urusannya dan dilapangkan rezekinya, serta dihindarkan dari segala macam kesulitan. Amalan ini dibaca untuk setiap hari yang berbeza sebanyak 1000 kali.
Hari Isnin
baca “Lahaula walaa quwwata illaa billahil ‘aliyyil ‘adhiim”, ertinya “Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatanTuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar”
Hari Selasa
baca “Allaahuma shalli ‘alaa sayyidina Muhammad wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wasallim”, ertinya “ Ya Allah berilah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan para sahabatnya dan juga keselamatan.”
Hari Rabu
baca “Astaghfirullahal adhiim”, artinya “Saya meminta ampun kepada Tuhan yang maha besar”.
Hari Khamis
baca “Subhaanallahil ‘aliyyil ‘adhimi wabihamdihi”, artinya “ Maha suci Allah SWT dari segala sifat kekurangan Tuhan yang maha tinggi dan maha besar.”
Hari Jumaat
baca “Ya Allah “
Hari Sabtu
baca “Laailaaha illallaah“, ertinya “Tiada tuhan selain Allah.”
Hari Ahad
baca “Ya hayyu Ya Qayyuum”, ertinya “Wahai yang maha hidup dan berdiri sendiri.
Meh Tengok Nie
8 Tips Lahirkan anak soleh
Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak. Dengan demikian, terjalin hubungan harmoni dalam keluarga, lahirlah anak yang taat kepada dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak salih yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara.
Islam adalah agama yang sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek kehidupan, termasuk hak anak yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa. Antara hak anak dalam Islam iaitu hendaklah mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang salihah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.
Pertama, hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.
Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.
Kedua, hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.
Ketiga, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.
Keempat, hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut.
Kelima, memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.
Keenam, memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.
Ketujuh, memberi pendidikan agama yang cukup. Kelapan, menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.
Demikianlah antara hak-hak anak. Wallahua’lam
SeLawaT
Rasulullah SAW pun selalu bergurau.Baginda sering mengajak isteri dan para sahabatnya bersenda gurau untuk mengambil hati serta membuat mereka gembira. Namun usikan beliau tidak berlebihan, tetap ada batasnya.
Bila ketawa, baginda tidak melampaui batas tetapi hanya sekadar tersenyum. Begitu pula dalam bergurau, beliau tidak berkata kecuali yang benar.
Abu Hurairah RA pun menceritakan, para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai, Rasullullah! Apakah engkau juga bersendau gurau bersama kami?” Maka Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya, “Betul, hanya saja aku selalu berkata benar.” (HR. Imam Ahmad. Sanadnya Sahih)
Di syurga tiada orang tua
Rasulullah SAW pernah bergurau dengan nenek-nenek tua yang datang dan berkata, “Doakan aku kepada Allah agar Allah memasukkan aku ke syurga .”
Maka Nabi SAW berkata kepadanya, “Wahai Ummu Fulan! Sesungguhnya syurga itu tidak dimasuki orang yang sudah tua .”
Maka wanita tua itu pun menangis.
Kemudian Rasulullah SAW memahamkannya, bahawa ketika dia masuk syurga, tidak akan masuk syurga sebagai orang yang sudah tua, tetapi berubah menjadi muda belia dan cantik.
Lalu Nabi SAW membaca firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (wanita-wanita syurga) itu dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al Waqi’ah: 35-37)
Siapa lebih kuat makan.
Satu ketika, Rasulullah SAW dan para sahabat sedang makan buah kurma, biji- bijinya mereka sisihkan di tempatnya masing- masing. Beberapa saat kemudian, Ali menyedari bahawa dia memakan terlalu banyak kurma.
Biji- biji kurma sisa mereka berkumpul lebih banyak di sisi Ali dibandingkan di sisi Rasulullah SAW. Maka Ali pun secara diam- diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah.
Kemudian Ali ra dengan tersipu-sipu mengatakan, “ Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang berkumpul di tempatmu.”
Nabi pun tersenyum dan menjawab, “Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau, memakan kurma berikut biji-bijinya”. (HR. Bukhori)
Siapa yang mahu beli budak ini??
Seorang sahabat bernama Zahir, dia agak lemah daya fikirannya. Namun Rasulullah mencintainya, begitu juga Zahir. Zahir ini sering menyendiri menghabiskan hari-harinya di gurun pasir. Sehingga, kata Rasulullah, “Zahir ini adalah lelaki padang pasir, dan kita semua tinggal di kotanya”.
Suatu hari ketika Rasulullah sedang ke pasar, dia melihat Zahir sedang berdiri melihat barang-barang dagangan.
Tiba-tiba Rasulullah memeluk Zahir dari belakang dengan erat. Zahir: “Heii……siapa ini?? lepaskan aku!!!”, Zahir memberontak dan menoleh ke belakang, ternyata yang memeluknya Rasulullah.
Zahir pun segera menyandarkan tubuhnya dan lebih mengeratkan pelukan Rasulullah. Rasulullah berkata: “Wahai umat manusia, siapa yang mau membeli budak ini??”
Zahir: “Ya Rasulullah, aku ini tidak bernilai di pandangan mereka”
Rasulullah: “Tapi di pandangan Allah, engkau sungguh bernilai Zahir. Mau dibeli Allah atau dibeli manusia?” Zahir pun makin mengeratkan tubuhnya dan merasa damai di pelukan Rasulullah. (Riwayat Imam Ahmad dari Anas RA)
Moralnya, Rasulullah SAW, adalah orang yang suka menebarkan kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupan manusia. Walapun beliau menghadapi berbagai kesusahan yang bermacam-macm, namun beliau juga bergurau dalam batasan tidak bercakap sesuatu kecuali yang benar.
Selawat serta salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.
JaLaN SeKiTaR IpOH
SaLaM SemUa....
Dah tranfer keja kat PeraK...So,meh kita jalan2 kat sini....
Dah tranfer keja kat PeraK...So,meh kita jalan2 kat sini....
kenangan kita ~~*
hensemmmmmm..ekeke
mesyuarat tergempar!!!
Sesi posing-memosing
oyeahhhhh.....bleh pegang kotttttt....
Dah Sampai
Im BaCK!...
hihihi..setelah 2 minggu berada di PeRaK.....
~~~*HoMe SweeT HoMe.....
SaTaPaN HaTI
" Aku mengamati semua sahabat, dan tidak bertemu sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar..."
~ Khalifah ‘Umar Al-Khattab ~
hihihi..setelah 2 minggu berada di PeRaK.....
~~~*HoMe SweeT HoMe.....
SaTaPaN HaTI
" Aku mengamati semua sahabat, dan tidak bertemu sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar..."
~ Khalifah ‘Umar Al-Khattab ~
Thursday, October 13, 2011
9 Siti patut dijadikan contoh
9 Siti patut dijadikan contoh
1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?
1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?
Wednesday, October 12, 2011
KaLBu
C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.
...
K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman
S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa
H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.
...
K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman
S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa
H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti
Monday, October 10, 2011
Tetiba
Salam.....
Hai dah berapa hari tak menjenguk ke blog nehh...
kesibukan masa dan keterbatasan waktu....ermmm....malam nie curik2 ke cc....ermmmm..dapat jugak melepaskan rindu...ehehe...
weekend nie telah terisi dengan jalan-jalan cari makan di ipoh, perak....hihihi....akhirnyaaaaaa...
TaDaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Temanmu yang sebenarnya ialah orang yang ada bersamamu dan orang yang menyusahkan dirinya supaya ia bermanfaat kepadamu..Di waktu membimbangkan,ia berkata terus terang kepadamu..dia pecah berantakan..supaya kamu terkumpul selalu.
~ Sayyidina Ali ra ~
Bersyukur karena banyak sahabat-sahabat yang selalu mengingatkan.
Monday, October 3, 2011
BerLePas
MooD: PaCkiNG BaraNG-BaRaNG.....
Mau Berlepas ke PeraK Pagi Nie....
SeBab:KilaNg Dah berpindah ke sana..Dia punya taukey sudah beli kilang besar punya di sana..............waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......apasai beli kat sana??????Lain kali Beli la kat London.....
Semoga Allah memudahkan semuanya....
Mau Berlepas ke PeraK Pagi Nie....
SeBab:KilaNg Dah berpindah ke sana..Dia punya taukey sudah beli kilang besar punya di sana..............waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......apasai beli kat sana??????Lain kali Beli la kat London.....
Semoga Allah memudahkan semuanya....
TarGeT ~~*
Saturday, October 1, 2011
kenapa??
Apabila bangun tidur, tanya kepada diri sendiri:
"Kenapa ALLAH masih hidupkan aku pada hari ini?"
Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali:
"Kerana dosaku terlalu banyak. ALLAH masih izinkan (beri masa) aku untuk bertaubat."
"Kenapa ALLAH masih hidupkan aku pada hari ini?"
Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali:
"Kerana dosaku terlalu banyak. ALLAH masih izinkan (beri masa) aku untuk bertaubat."
Selamat pagi MaLaYSia
Jom
DaH PaGiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Tunggu apa LaGi............................
TariK SeLiMuTtttttttttt............
..JOM TiDUR...
Weh tidurrrr..Besok banyak benda nak kena settle.......zaaasssss........zZzzZzZ~~*
Tunggu apa LaGi............................
TariK SeLiMuTtttttttttt............
..JOM TiDUR...
sYuKur
alhamdulillah...
Lafaz setinggi-tinggi syukur padaMu Tuhan......Doa ku dimakbulkan olehmu...Allah hurabbiii......semoga perjalanan selepas ini dan liku-liku hidup akan dimudahkan olehmu..Doa dan pengharapan hanya padamu..Ini adalah peluang..usaha bersungguh-sungguh...aku hanya merancang...Engkau yang menentukan....
Subscribe to:
Posts (Atom)