Saudara saudari yang dirahmati Allah,
Di akhirat kelak ketika dihisab, seluruh umat manusia akan dipersoalkan tentang segala perbuatan mereka di dunia. Amalan pertama yg akan dipersoalkan adalah berkaitan dengan solat. Jika sempurna solat seseorang, maka sempurnalah amalannya, dan terus sajalah ia ke syurga. Baiklah, sekarang kita sedar bahawa solat itu kunci(anak kunci) untuk ke syurga, dan memang ramai orang berpegang kuat kpd konsep ini. Buktinya? Lihat sajalah masyarakat sekeliling kita. Rata2 mereka beranggapan bahawa mereka sedang berada di landasan yg betul dalam mencari keredhaan Allah, kerana selama ini mereka tak pernah meninggalkan solat malah selalu ke masjid, puasa Ramadhan, pergi haji, zakat, dan sebagainya.
Ok…ok dat’s good. Baguslah kalau selalu pergi ke masjid, baca al-quran dan sebagainya. Tetapi, yang saya nak bangkitkan di sini ialah perbuatan atau tindakan mereka sesudah melakukan segala macam ibadat yg disebutkan tadi. Adakah hati mereka sentiasa tenang selepas solat, sentiasa mengingati Allah selepas berzikir, serta, sentiasa patuh pada perintah dan larangan Allah selepas selesai membaca al-quran? Adakah mereka sentiasa prihatin terhadap perkara2 maksiat yg sentiasa ada di sekeliling mereka? Dan adakah mereka sendiri terjebak dalam kemaksiatan yang mereka anggap terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan segala macam amalan yang telah mereka dilakukan?
Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan mnyesatkan mereka semuanya,” (al-Hijr:39)Inilah yang nak saya sampaikan sebenarnya; ramai orang melakukan amal kebajikan tetapi dalam masa yang sama, kemaksiatan masih menjadi teman. Tidakkah ini dinamakan sekular? Memisahkan antara agama dan dunia? Bila di tikar sembahyang ingat Allah, tetapi selesai saja solat, sibuk memikirkan hal dunia. Fikirlah, adakah solat yang sebegini layak untuk naik ke langit ke-7 dan diberi ganjaran pahala? Saya serahkan kepada kalian untuk menjawabnya.
Saudara dan saudariku yang dikasihi,
Solat yang diterima oleh Allah itu hanyalah solat yang sempurna. Bukan sahaja sempurna rukunnya (jasad), tetapi juga sempurna isinya (ruh). Tetapi untuk melakukan solat yang sebegitu rupa sebagaimana yang pernah dicontohkan Rasulullah SAW adalah mustahil. Walaubagaimanapun, untuk mencari kesempurnaan dalam solat itu masih wajib. Dan daripada solat yang khusyuk serta ikhlas tadi, maka terbitlah suatu nikmat yang tak dpt dijual beli iaitu keimanan dan ketaqwaan, yang mana hanya hadir dalam hati2 yang bersih. Dan hati-hati yang bersih ini akan dibawa ke mana2 seandainya para pemiliknya benar2 merasai dan menghargai nikmat itu. Maka sekiranya hati2 yang bersih ini dibawa ke mana2, mereka akan mudah untuk membezakan antara ma’ruf dan mungkar, dan seterusnya menghindari perbuatan mungkar akibat kebencian hati2 yang bersih ini terhadap kemungkaran itu. Malah, sehingga ke satu tahap, hati2 ini akan memberontak dan cuba untuk menghapuskan kemungkaran itu sama ada dengan tangan ataupun lidah pemiliknya.
“…Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar…”(al-‘ankabuut:45)
Namun, ramai orang yang masih bermaksiat kpd Allah SWT walaupun solatnya cukup lima waktu, malah ada antaranya yang ‘kaki’ masjid atau surau. Mengapa hal ini masih berlaku sedangkan ayat itu adalah ayat penyata? Adakah ayat Allah SWT tidak boleh dipakai ke atas setiap orang sehingga membolehkan mereka melakukan maksiat walaupun sudah bersolat? Jawapannya mudah saja saudara dan saudari, hal ini disebabkan oleh solat yang mereka dirikan itu tidak sempurna dan/atau tidak diterima Allah SWT. Mereka tidak solat atas dasar cinta kpd Allah, tetapi atas dasar rutin harian, budaya, ikut-ikutan ataupun malu kpd manusia sekeliling (jika tak solat).
Saudara dan saudariku yang dikasihi,
Saya menyeru kpd diri sendiri dan kpd kalian agar mempertingkatkan rasa cinta kita terhadap Allah SWT kerana Allah SWT sentiasa menunggu2 utk membalas cinta hamba-Nya. Dan cinta Allah itu sajalah cinta yg hakiki, tiada cinta yg lebih agung drp cinta Allah, termasuklah cinta Hang Tuah dgn Puteri Gunung Ledang. Selangkah kita kpd-Nya, sepuluh langkah Dia kpd kita, malah mungkin lebih drp itu. Sekali kita beramal, 10 kali ia digandakan tetapi bila sekali kita melakukan dosa, sekali saja yg dikira, malah diberi pula peluang untuk bertaubat. Subhanallah~
Sebegitu indah cinta Allah SWT ini, mengapa hendak kita lepaskan? Mampukan sebuah kereta Porche yg berjuta ringgit itu mampu memberi cinta sehebat itu? Mampukah satu set telefon bimbit Nokia yg harganya beribu ringgit itu memberi kepuasan abadi dlm kehidupan kita? Kalau jawapan kalian ‘Ya, Porche mmg menjadi idaman setiap jejaka dan saya sungguh bertuah kerana dpt membelinya dgn titik peluh saya sendiri !’; atau ‘Ya, handset dpt menceriakan kehidupan saya, dan saya sentiasa mahukan teknologi terkini !’, saya nasihatkan supaya berimanlah dgn ayat di bawah ini:
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa2apa yang diingini, iaitu; wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).” (ali-imran:14)
Ingatlah bahawa itu semua hanyalah permainan syaitan. Ingatlah juga tujuan kita hidup di bumi Allah SWT yang sementara ini. Kalaulah tidak untuk menegakkan syiar Islam agar Islam kembali diamalkan sepenuhnya di serata dunia, kalaulah tidak untuk meletakkan kembali Islam di kedudukan yang termulia, dan kalaulah tidak untuk mencari keredhaan Allah SWT, maka ternyatalah tujuan hidup kita sudah terpesong. Tak usah mengakulah Islam kalau jiwa dan tindakan kita seolah-olah merelakan Islam untuk tidak diamalkan sepenuhnya oleh orang Islam sendiri dan merelakan Islam dipandang hina oleh orang kafir.“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta.”(al-‘ankabuut: 2 & 3)
Sahabat dan sahabiah yg dikasihi,
Anggaplah semua yg ada di hadapan kita ini sebagai ujian drp Allah SWT. Maka berhati-hatilah sebelum melakukan sesuatu agar tidak disesatkan oleh syaitan si laknat. Mudah-mudahan kita mampu menangkis godaan syaitan yg tidak pernah berputus asa dalam menyebarkan fikrah (konsep pemikiran) sesatnya.Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (ta’at).” (al-a’raaf: 16 & 17)
No comments:
Post a Comment