Salam Semua
Secebis cerita utk dikongsi bersama....dipetik dari kitab akidah ahli sunnah waljamaah...Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah menghadiri majlis ilmu tersebut....Semoga Keberkatan Masa yg ada terus menerus dalam hidup.
Ceriita yang begitu tersentuh hati apb ust berkata tentang kisah panglima perang yaitu Saidina Ali bersama isterinya Siti Fatimah...
Kisahnya bermula apb S.Fatimah berkata kpd S.Ali tentang anak mereka yg kelaparan. Lalu disuruhnya S.Ali membeli susu..Akan tetapi, hanya 6 dirham sahaja pd ketika itu berada di dlm simpanan S.Fatimah...Berpesanlah S.Fatimah kpd S.Ali supaya menggunakan duit itu sebaiknya...hanya sebanyak tu shj mereka ada....MasyaAllah, kehidupan anak pemimpin yg terkenal yg berbeza dgn kehidupan kita...
Diambilnya 6 dirham itu lalu berlalulah S.Ali ke kedai utk membeli susu. Di pertengahan jalan menuju ke kedai, S.Ali berjumpa dengan seorang yg miskin. Orang miskin itu memberitahu S.Ali bhw dia sudah 3 hari tidak makan.Berfikir sejenak S.Ali........
""Dia dah 3 hari tak makan""
""Aku????tiap2 hari merasai nikmat Allah"""
Dengan rasa ikhlas hati, S.Ali sedekahkan kesemua 6 dirham itu kpd org miskin tersebut...Maka berjalan pulang S.Ali ke rumah...Setibanya S.Ali ke rumah disambut riang oleh S.Fatimah mengharapkan dapat menghilangkan kelaparan anak2 mereka...Namun semuanya berubah.....Hanya tangan kosong....
S.Ali segera menerangkan kembali kejadian di tengah2 jalan...kesemua duit itu disedekahkan kpd org miskin td...Lalu S.Ali terpandang mutiara - mutiara jernih mula membasahi pipi isterinya yg tercinta itu....
Agak2 si pembaca.......apakah reaksinya isterinya????
Rupa-rupanya....tangisan isterinya menunjukan rasa bangga yg teramat sgt terhadap suaminya....bangga krn apa????
Tidak lain dan tidak bukan krn suaminya bukan bersikap pentingkan diri sendiri...Ttp masih memikirkan soal-soal insan2 lain yg kurang berkemampuan....
Begitu indah peribadi Siti Fatimah..moga menjadi contoh tauladan kpd para muslimah yg ada..InsyaAllah
Wahhhh..hebat sungguh akhlak si isteri....klu kita,dah la susah..pastu kena tlg org lain plk...ermmm..dua kali pikir jgk...mesti nk tlg diri sendiri dlu..baru tlg org lain....
Berbeza sungguh akhlak kita zaman kini berbanding dgn zaman para sahabat.....
Setelah itu....S.Fatimah menyuruh S.Ali berjumapa bapa mereka yaitu Rasulullah,utk meminjam duit.....Di hati S.Ali, terasa berat sgt utk urusan peminjaman duit menyara keluarganya...setelah melihat keadaan anaknya..S.Ali gagahi jua utk peminjaman tersebut.....
Berlalulah dia ke rumah Rasulullah...Setibanya di suatu simpang, ada pula saudagar menjual unta..Dia menyapa S.Ali dan menawarkan untanya utk dijual kpd S.Ali...Sebanyak 100 dirham unta itu hendak dijual kpd S.Ali...Melihat keadaan unta tersebut, terdetik di hati S.Ali utk memilikinya..ttp dia tidak ada duit yg mencukupi....Diterangnya S. Ali kpd saudagar unta tersebut bhw dia tak ada duit utk membeli unta tersebut ttp tetap berhajat memilikinya..Tanpa disedarinya,saudagar itu memberi tawaran kpd S.Ali supaya membayar 100 dirham itu secara hutang..Jika dia mempunyai duit, barulah membayarnya...Setelah keduanya mencapai kata sepakat, unta tersebut diserahkan kpd S.Ali...
Berlalulah S.Ali meneruskan perjalanan ke rumah rasulullah bersama unta yg baru dibelinya secara hutang...Di pertengahan jalan, berjumpa pula S.Ali dgn seorang lelaki...Dia begitu tertarik dengan unta yg dipegang oleh S. Ali....Dia menyatakan hajatnya utk membeli unta tersebut....
Kali ini, unta tersebut ditawarkan sebanyak 300 dirham.....
Berfikir lagi S.Ali.......""aku dah beli unta nie 100 dirham..hutang plk tue...ni dh dpt tawaran 300 dirham secara tunai.bayar hutang 100 dirham,masih ada 200 dirham lg...wahhhh..memang berbaloi....""
Maka berlakulah urusan jual beli di pertengahan jalan tersebut....Kini S. Ali mempunyai 200 dirham...
S.Ali tetap meneruskan langkahnya ke rumah Rasul....Setibanya S.Ali di muka pintu rumah rasul, terus disapa oleh rasul...Berkatalah Rasul kpd S.Ali...
""wahai Ali,mahukah engkau menceritakan kejadian yg berlaku pd hari ini kpdku ataupun aku yg akan menerangkan kpdmu?""
S.Ali Menjawab:""Engkau jua lebih mengetahui..terangkan kpdku..""
Rasul:""Tahukah kamu Ali, ketiga -tiga lelaki yg kamu terjumpa td adalah malaikat...mereka ingin mengujimu..ternyata kamu insan yg berjaya...dan berhak mendapat ganjaranya...""
Allahurabbbi......ketiga-tiga lelaki td adalah malaikat....berkat sedekah yg kecil dihadiahkan dengan jumlah yg besar.....
Kesimpulanya...Harta yg dikurniakan Allah hendaklah disedekahkan walaupun dlm jumlah yg sedikit...Gunakan harta kekayaan yg ada utk mencari pahala..Dan carilah harta utk merasai nikmat dunia dan kebahagian di akhirat
ada lagi kisah2 menarik menanti anda..Sabo yerppp....Kita brjumpa lagi di masa yg sesuai...Kembali ke Sri Pentas..hihi