Sunday, June 26, 2011

Ermmm..

Salam Semua...
Ermmm...agak lama tak hapdet belog nehhhh..isk3..So..apa mau cita???..xdapa citaaaa...ahahaha..
Hari nehh mau mandi dulu..ahaha..pastu mau p maybank..curik duit skett..gaji dah masok kotttt....hihihi..tadaaaaa..pastu p pejabat pos...renew lesen..dah bapa hari expired..ahaha...tak renew satgi...dapat surat cinta plk...haishhhh...pas abeh renew..mau p celcom..bayo duit tepon...pastu bayo bil berukband..pastu p tukar tarikh tiket...pastu balik makan nasik kat umah..sekian..ehehe..ok SayOnaRa

SOLaT

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

BinTang

★•★★•★★•★★•★★•★★•★

Cinta yang halal...
Berapa banyak dari kita yang mengharapkannya
Sehingga bukan lagi untuk menghalalkan segala cara
Karena cinta mengajari kita mengerti dan memahami
Tentang arti sebuah keikhlasan

Biarlah...
ku mencintaimu dalam diam
semua akan indah pada waktunya
Tentang cinta yang halal
Tentang kedewasaan cinta nya, cintaku dan cintamu
Diatas jalan yang halal
dan berakhir dengan keberkahannya...
Amin...

Salam ukhuwah fillah

Thursday, June 16, 2011

Tita Jemari

“ALLAH SWT tidak memberikan semua yang kita inginkan, tetapi DIA memberi apa yang kita perlukan.”

Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk ayah ibumu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu pada suamimu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk anak-anakmu?
Pasti jawapanku 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu untuk saudara seakidahmu?
Pasti jawapanku, 100%.

Andai mereka bertanya, lalu berapa pula peratus cintamu untuk dirimu sendiri?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai mereka keliru lantas tertanya-tanya, masakan begitu?
Bukankah setelah dibahagi, cinta itu pasti berkurang peratusannya?
Pasti jawapanku, beserta senyum malu-malu,
Ada satu di dunia ini, walau dibahagi seberapa banyakpun, ia tetapkan sama..
Tidak berkurang walau sedikitpun,
Itulah CINTA…

Anugerah paling berharga dari Yang Maha Esa.

Dari 'Aisyah r.a, dia berkata : "Aku biasa minum dari cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulutku, lalu baginda minum, kemudian aku mengambil cawan, lalu aku menghirup isinya, kemudian baginda mengambilnya dariku, lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat aku meletakkan mulutku, lalu baginda pun menghirupnya." ( Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Sa'id bin
Manshur)
Sayang seorang suami, cinta seorang isteri.

Wednesday, June 15, 2011

Projek Hari Minggu

Salam Buat semua...
Cuti hujung minggu ni terisi dengan satu projek yang agak Mega..bukan mega sale!.......eehehe...dah lama tertangguh dan banyak kali dah menghapi kegagalan..Kali nie jadi jgk.hihi..Apakah projek itu???Jom kita terjah....ahahaha...

Banyak kali dah nak try bela ikan guppy neh...comei kot ikan nie....dah la rajin swimming...memang best kot tgk dia main2...bapa kali dah try...beli mahal2..letak dalam akuarium...tak sampai sebulan....adeyhhh..suma pengsannnnn..tak bangun2 plak tue....aseimennn....nak buat camna...rugi pon rugi lahhhh..

Kali nie nekad jgk nak bela....Pagi2 dah siap...prepare semua benda..mau jadi jgk...setuju tak setuju...kena kawen jgk...aikkk...memang xda kaitan...ahaha...

oittttt...balik keja penat2...pastu layan ikan2 nie swimming kuak lentang...memang layaan bebbbb..wa cakap lue...memang hilang la kepenatan tahan gaban tue..gaban pon tak penah penat cam neh....hanya mereka2 yg sewaktu dgnnya shj..ekeke..

Bermula dgn perembatan pasu beso mak kat depan umah...dah siap cuci ngn sabun kodomo cipan..pastu cari area2 menarik...dah dapat tue parking terusssss...target area tu mesti la kat bucu2 dinding...baru nampak cun skettt..kelas gitue!...

Haaaaaaa....nak nampak cantik manis skit...kena la tambah pelakon2 tambahan...pokok2 ke..batu belah batu bertangkup ke...pasir berdengung skett..baru la ikan2 tadi jatuh hati nak duduk tempat baru neh...
Nak jimat duit...curik ja kat tepi2 jalan...pelakon tambahan nie semua kena kebas kat air terjun Tupah...ahaha..jimat dan meyakinkan.. ori 100% ..ehehe...

Dah selesai dekorasi..apa lagiiiiii..lepaskan ikan2 tadi....haaaa..ni nak cari pokok kiambang plak..baguna pokok neh...leh le nanti ikan2 nie nyorok bawah pokok tue time cuaca panas..lagi satu,bila dah induk nie menetas anak2 yg baru...selamat skit....selalunya induk jantan akan makan  anak2 kecik td...baru tgk dunia..dah masuk balik dalam peruttttttt....isk2...naseb badan..nak prevent benda nie berlaku,letak la pokok kiambang td...anak2 ikan td leh la jgk nyorok kat bwh pokok kiambang td...selamat dr kena baham....hihihi


 Kalau la mampu..kompom nak buat kolam mini cam neh...huiiii...baru layan skett...kalu jd,dgn tuan2 ikan guppy pon bleh mandi....
 Laaaaaaa...rupanya berbahasa jgk ikan baru nehhhh..tau la jgk terima kaseh.....isk3....leh ucap tq2 plak...okey ikan guppy oren ,slepas ini anda akan mendapat hadiah kepci sebesar buah jagung...ahahah


Riang gembira toi ikan2 guppy nehhhh....

Tuesday, June 14, 2011

Lama DaH

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Salam....arrr...dah lama tak hapdet blog nehhh.....

Tetiba terjumpa artikel nie..
Tahukah anda???




Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dan air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." 

Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu."Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu."Bagaimana pula dengan kita. Pernahkah kita menangis apabila terbuat dosa? Sesungguhnya airmata taubat dari seseorang manusia itu boleh menyelamatkannya dari bakaran api Neraka.

Sama-sama kita renung dan beramal~~~*

Thursday, June 2, 2011

Petang Nie

SaLam....
Selamat Pagiiiiiiiiiiiiiiiiii.....waaaaaaaaaaaa..petang nie ada interview..SeKian Terima Kasih...ehehehe