Thursday, March 31, 2011

APaKaH

~~~* cinta terbaik hadir apabila kita berubah menjadi terbaik.

percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir. Saya doakan semoga kita bertemu cinta yang telah dijanjikan.


Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.
Moga aku menyintai mereka yang mendekatkan aku akan cintaNya... ameen...

Saturday, March 26, 2011

Hikayat Iblis

Dari Mu’adz bin Jabal r.a., dari Ibnu Abbas r.a:

Ketika kami sedang bersama Rasulullah Saw di kediaman salah seorang sahabat Anshar, tiba-tiba terdengar ketukan di pintu rumah. Kemudian terdengar suara orang dari luar rumah:
(Iblis Laknatullah): Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. Aku akan menyampaikan banyak hal kepada kalian.
(Nabi Saw): Itu Iblis laknatullah. Laknat Allah bersamanya.
Mengetahui bahawa itu Iblis, Umar ingin membunuhnya.
(Nabi Saw): Sabar, wahai Umar. Bukankah engkau mengetahui bahawa Allah memberinya kesempatan (bertaubat atau sesat) hingga hari kiamat ? Bukakan pintu untuknya. Aku telah mengetahui bahawa ia telah diperintahkan oleh Allah untuk datang ke sini. Fahamilah apa yang hendak ia katakan. Dengarkan dengan seksama.

Pintu lalu dibuka oleh Ibnu Abbas Ra. Seorang tua cacat satu mata berdiri di sana. Janggutnya hanya 7 helai, mirip rambut kuda. Bertaring, mirip taring babi. Bibirnya seperti bibir sapi.
(Iblis Laknatullah): Salam untukmu Muhammad. Salam untuk yang hadir.
(Nabi Saw): Salam hanya milik Allah SWT. Sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu?
(Iblis Laknatullah): Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa.
(Nabi Saw): Siapa yang memaksamu?
(Iblis Laknatullah): Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata kepadaku:
“Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad, merendahkan dirimu, sambil memberitahu kepadanya caramu menggoda manusia. Jawab dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, jika berdusta satu kali saja, maka Allah membuat dirimu menjadi debu yang ditiup angin.”
Sekarang aku ada di hadapanmu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sebuah kemalanganpun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh.

Orang Yang Dibenci Iblis

(Nabi Saw): Kalau kau benar jujur, manusia mana yang paling kau benci?
(Iblis Laknatullah): Kamu, kamu dan orang sepertimu (sambil menunjuk Nabi Saw dan sahabat) adalah mahkluk Allah yang paling kubenci.
(Nabi Saw): Siapa selanjutnya?
(Iblis Laknatullah): Pemuda bertakwa yang mengabdikan dirinya kepada Allah SWT.
(Nabi Saw): Siapa lagi?
(Iblis Laknatullah): Orang Alim (ilmuan) lagi wara’ (ikhlas hatinya kepada ajaran Islam).
(Nabi Saw): Siapa lagi?
(Iblis Laknatullah): Orang yang selalu bersuci (jiwa dan tubuhnya).
(Nabi Saw): Siapa lagi?
(Iblis Laknatullah): Seorang fakir sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain.
(Nabi Saw): Apa tanda kesabarannya?
(Iblis Laknatullah): Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, maka Allah SWT memberikan pahala kepadanya.
(Nabi Saw): Selanjutnya siapa lagi?
(Iblis Laknatullah): Orang kaya yang bersyukur.
(Nabi Saw): Apa tanda-tanda kesyukurannya?
(Iblis Laknatullah): Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya (yang halal), dan mengeluarkannya (dengan rela dan ikhlas) juga dari tempatnya.
(Nabi Saw): Menurutmu, seperti apa Abu Bakar?
(Iblis Laknatullah): Ia tidak pernah mahu menuruti ajakanku pada masa jahiliyah, apalagi ketika sudah masuk Islam.
(Nabi Saw): Kalau Umar bin Khattab?
(Iblis Laknatullah): Demi Allah, setiap berjumpa dengannya aku takut sekali. Aku pasti lari menghindarinya.
(Nabi Saw): Bagaimana dengan Usman bin Affan?
(Iblis Laknatullah): Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya.
(Nabi Saw): bagimana pula dengan Ali bin Abi Thalib?
(Iblis Laknatullah): Aku berharap kepalaku selamat (tidak lepas), menghindarinya, dan ia mahu melepaskanku. Tetapi ia tidak mahu melakukannya.(Ali bin Abi Thalib selalu berzikir terhadap Allah SWT).

Amalan yang Menyakiti Iblis

(Nabi Saw): Apa yang kau rasakan ketika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?
(Iblis Laknatullah): Aku merasa panas dingin dan gemetar.
(Nabi Saw): Kenapa?
(Iblis Laknatullah): Setiap hamba bersujud sekali kepada Allah, Allah meninggikan darjatnya satu tingkat.
(Nabi Saw): Jika seorang umatku shaum?
(Iblis Laknatullah): Tubuhku terasa terikat erat sampai ia berbuka.
(Nabi Saw): Jika ia berhaji?
(Iblis Laknatullah): Aku seperti orang gila.
(Nabi Saw): Jika ia membaca Al Qur’aan?
(Iblis Laknatullah): Aku merasa meleleh laksana timah yang dibakar di atas api.
(Nabi Saw): Jika ia bersedekah?
(Iblis Laknatullah): Orang tersebut seperti membelah tubuhku dengan gergaji.
(Nabi Saw): Mengapa bisa begitu?
(Iblis Laknatullah): Dalam sedekah itu ada 4 keuntungan baginya:
(1) keberkahan pada hartanya,
(2) hidupnya disukai (banyak orang),
(3) sedekah itu kelak menjadi hijab dirinya dengan api neraka, dan
(4) segala musibah terhalau dari dirinya.
(Nabi Saw): Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?
(Iblis Laknatullah): Suara dan derap kaki kuda ketika perang jihad di jalan Allah.
(Nabi Saw): Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?
(Iblis Laknatullah): Taubat orang yang bertaubat.
(Nabi Saw): Apa yang dapat membakar hatimu?
(Iblis Laknatullah): Istighfar yang dilantunkan siang dan malam.
(Nabi Saw): Apa yang dapat mencoreng wajahmu?
(Iblis Laknatullah): Sedekah yang dilakukan diam–diam.
(Nabi Saw): Apa yang dapat menusuk matamu?
(Iblis Laknatullah): Solat fajar (Subuh).
(Nabi Saw): Apa yang dapat memukul keras kepalamu?
(Iblis Laknatullah): Solat berjama'ah.
(Nabi Saw): Apa yang paling mengganggu fikiranmu?
(Iblis Laknatullah): Majlis (bertemunya) para ulama (merembukkan suatu kebaikan).

Kebiasaan Hidup dan yang Menjadi Teman Iblis

(Nabi Saw): Bagaimana cara makanmu?
(Iblis Laknatullah): Dengan jari-jari tangan kiriku.
(Nabi Saw): Di manakah kau menaungi anak–anakmu pada musim panas?
(Iblis Laknatullah): Di bawah kuku manusia yang kotor.
(Nabi Saw): Siapa temanmu?
(Iblis Laknatullah): Pemakan riba.
(Nabi Saw): Siapa sahabatmu?
(Iblis Laknatullah): Penzina.
(Nabi Saw): Siapa teman tidurmu?
(Iblis Laknatullah): Pemabuk.
(Nabi Saw): Siapa tetamumu?
(Iblis Laknatullah): Pencuri.
(Nabi Saw): Siapa utusanmu?
(Iblis Laknatullah): Tukang sihir.
(Nabi Saw): Apa yang membuatmu gembira?
(Iblis Laknatullah): Orang yang bersumpah palsu dan perceraian (suami isteri).
(Nabi Saw): Siapa kekasihmu?
(Iblis Laknatullah): Orang yang meninggalkan solat Juma’at.
(Nabi Saw): Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?
(Iblis Laknatullah): Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja.

Orang Ikhlas Membuat Iblis Tak Berdaya

(Rasulullah Saw lalu bersabda): Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.
(Iblis Laknatullah segera mencelah): Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari kiamat. Bagaimana kalian dapat bahagia, sementara aku dapat  masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tidak melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberikanku kesempatan hingga hari kiamat, aku akan menyesatkan mereka. Yang bodoh, yang pintar, yang dapat membaca dan yang buta huruf, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas.

(Nabi Saw): Siapa orang yang ikhlas menurutmu?
RENUNGKAN AYAT INI>>> 
(Iblis Laknatullah): Tidakkah kau tahu wahai Muhammad bahawa siapa saja yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas.
Jika kau lihat seseorang yang tidak suka dinar dan dirham, tidak suka pujian sanjungan, aku dapat pastikan ia orang ikhlas. Maka aku akan meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta, sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia,  dia lah yang sangat patuh padaku seperti adik-beradik kandungku.

Iblis Dibantu 70.000 Anaknya dan Syaitan dan Caranya Menggoda

(Iblis Laknatullah): Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku punya 70.000 anak. Setiap anak dibantu pula oleh  70.000 syaitan. Sebahagian aku tugaskan mengganggu ulama. Sebahagian menggangu anak muda. Sebahagian menganggu orang tua. Sebahagian mengganggu wanita tua. Sebahagian anakku kutugaskan kepada para zuhud (yang mencintai akhirat daripada dunia).

Ada anakku yang suka melalui telinga manusia yang menyebabkan orang itu tertidur pada solat berjama'ah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjama'ah.
Ada anakku yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama. Mereka lalu tertidur dan pahalanya terhapus.
Ada anakku yang senang berada di lidah manusia. Agar mencaci hina, tipu dan menguntumkan fitnah dll.
Jika seseorang melakukan kebajikan, kemudian ia sebarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.
Pada setiap wanita yang berjalan di luar rumah, anakku dan syaitan pendampingnya duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar orang-orang memandanginya. Syaitan berkata kepada perempuan itu agar mengulurkan tangannya. Perempuan itu mengeluarkan tangannya, lalu syaitan menghiasi kukunya. Anak–anakku meyusup dan berubah bentuk dari satu bentuk ke bentuk lain, dari satu pintu ke pintu lainnya, untuk menggoda manusia sampai mereka terhempas dari rasa ikhlas mereka. Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa keikhlasan, namun mereka tidak merasa.
Tahukah kamu, Muhammad, bahawa ada seorang rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh dari penyakitnya seketika. Tetapi aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

”Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku? Akulah mahluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Siapa saja yang bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.
Tahukah kau Muhammad, aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar–benar menasihatinya? Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gossip) dan Namimah (adu domba) adalah kesenanganku. Kesaksian palsu adalah kegembiraanku. Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa, walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab siapa saja yang membiasakan dengan kata–kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat, maka semua anak–anaknya itu adalah anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kata itu: Cerai.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka melewat-lewatkan waktu solatnya. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya bahawa waktu masih panjang, kamu masih sibuk. Lalu ia manundanya sampai akhirnya ia melaksanakan solat di luar waktu. Solatnya itu akan dipukulkannya kemukanya.Jika ia berhasil mengalahkanku, kubiarkan ia solat.

Namun kubisikkan ke telinganya: ‘lihat kiri dan kananmu’, iapun menoleh. Kuusap pula dengan tanganku dan kucium keningnya seraya membisikkan ket telinganya: ’solatmu tidak sah’
Bukankah kamu tahu Muhammad, bahawa orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul mukanya nanti. Jika ia bersolat sendirian, kusuruh dia bergegas. Solatnya pun seperti ayam yang mematuk beras.Jika ia berhasil mengalahkanku lalu ia solat berjama'ah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam melakukannya.

Kamu tahu bahawa melakukan hal seperti itu dapat membatalkan solatnya dan kelak wajahnya akan diubah menjadi wajah keledai?
Jika ia berhasil mengalahkanku, kutiup hidungnya hingga ia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya, syaitan akan masuk ke dalam dirinya. Di dalam sana akan kubuat ia bertambah serakah dan gila dunia. Ini akan membuat dirinya semakin taat kepadaku.
Kebahagiaan apa yang engkau dapatkan, sementara aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Kukatakan padanya: ‘kamu tidak wajib solat.

Solat hanya wajib untuk orang yang kaya dan sihat sahaja. Orang sakit dan miskin tidak perlu solat. Jika kehidupanmu telah berubah baru kamu wajib solat’. Jika ini terjadi, ia mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan solat, maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan. Wahai Muhammad, demi yang menciptakanku jika aku berdusta maka Allah akan menjadikan aku debu.

Bagaimana mungkin engkau dapat bergembira dan bangga dengan umatmu sementara 1/6  dari mereka kukeluarkan dari islam ?

Sepuluh Permintaan Iblis kepada Allah SWT

(Nabi Saw): Berapa hal yang kau pinta dari Tuhanmu?
(Iblis Laknatullah): Ada 10 macam.
(Nabi Saw): Apa saja itu?

(Iblis Laknatullah):
  • Pertama
Aku minta agar Allah membiarkanku berbahagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. “Berbahagilah dengan manusia dalam harta dan anak. dan janjikanlah mereka. (Tetapi) tidaklah janji syaitan kecuali itu semua tipuannya” (QS Al-Isra :64)
Aku akan makan dari harta yang tidak dizakatkan.
Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba.
Kumakan juga dari makanan yang tidak dibacakan atas nama Allah.
  • Kedua
Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan (bersetubuh) dengan isterinya tanpa berlindung kepada Allah. Syaitan akan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.
  • Ketiga
Aku minta agar dapat ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan yang berjalan bukan untuk tujuan yang halal.
  • Keempat
Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi berada didalam rumah dan ianya sebagai rumahku. Kerana Malaikat Allah tidak akan masuk kerumah orang yang mempunyai bilik mandi didalam rumah. Dan rumah itulah istanaku.
  • Kelima
Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku. Kerana disitu banyak penipuan dan sentuhan sesama bukan muhrim dan disitulah tempat yang aku sukai.
  • Keenam
Aku minta agar Allah menjadikan syair (dari penyair) sebagai Qur’aanku dan muzik serta pentas suaraku. Agar mereka
mengikutku menyanyi bersama-sama.
  • Ketujuh
Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.
  • Kedelapan
Aku minta agar Allah memberikanku saudara, yaitu orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat. Allah berfirman,“Orang -orang membazirkan hartanya adalah saudara–saudara syaitan. ” (QS Al-Isra : 27).
  • Kesembilan
Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku dapat melihat manusia sementara mereka tidak dapat melihatku (dengan izin Allah SWT, hanya sebahagian saja di antara mereka yang dapat melihatku iaitu Guru Yang Mursyid dan para ulamak yang solihin).
  • Kesepuluh
Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, “silakan”, dan aku bangga dengan kemampuan tersebut hingga hari kiamat. Sebagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Penutup

Iblis berkata:
“Wahai muhammad, aku tak dapat  menyesatkan orang. Aku hanya bisa membisikkan dan menggoda. Jika aku dapat menyesatkan, tak akan tertinggal walau seorangpun! Sebagaimana dirimu, kamu tidak dapat memberi hidayah sedikitpun. Engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau dapat memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Bahkan engkau hanya dapat menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara hidupnya. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Sementara orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah Saw lalu membaca ayat:
“Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati Allah” (QS Hud :118 – 119)
“Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab : 38)

Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan tinta pena telah lama kering. Mahasuci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin mahluk mahluk celaka dan pemimpin penduduk neraka jahanam. Aku ini si celaka yang terusir. Inilah yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan demi Allah  aku tak berbohong. Hanya umatmu saja yang berbohong kerana keBODOHAN mereka. Mereka andaikan mereka sudah cerdik akan tetapi mereka lebih dari seekor keldai kerana apa ? Wahai Muhammad... Kerana mereka sudah tahu aku akan membinasakan hidup mereka akan tetapi mereka lebih gemar mengikut ku dari mengikut mu.. Mereka ingatkan mereka sudah mengikut mu Muhammad. Akan tetapi mereka tidak nampak yang mereka adalah sebahagian anak-anak tiriku. Semoga mereka terus mengikutku.

Thursday, March 24, 2011

Harum Kelopak Merah


Andai sempat kusampaikan
kelopak-kelopak merah 
buat insan terpilih...
di dalam kerahsiaan diri itu

bukan sengaja ku genggam erat rasa hati
agar terus menjadi tanda
biarpun sejuta pertanyaan
biarpun bergelora seketika
Namun...
biarkan ia terus merahsiakan  

kau tetap mawar merah
dihiasi duri-duri memagar kehormatan
sehingga aku terpanggil
sehingga aku tercium wangian itu
hingga ingin mendekati.....

tapi bagiku....
kau harus tetap menjaga duri-duri penghalang itu
kerna yang demikian itu lebih baik bagimu
lebih baik dari segalanya


kita tetap dipisahkan
belum tiba masanya
belum tiba isinya
belum tiba segalanya
tetap setia pada kata
percaya pada kata Yang Maha Esa
jika ada.....
tetap ada...
itulah janjiNya

Tuesday, March 15, 2011

lama tak hapdet

salam....
Aishhhhhh..lama toi blog neh bersarang.....sampai beranak pinak dah labah-labah nie..ehehehe....Nak hapdet, tapiiiiii.....ahahahaha.....hatu malas dah ada dlm badan..makin dibuang,makin byk pulak..haiiiiii...nasib badan laaa......ahahaha...ermmmm..
x da apa yang nak tulis.....
Fikir.........fikir....fikir.....dan terus berfikir.......adusssssss....arrrr...... dah ada idea.....

Pengajaran utk hari ini:

# kalau da sesuatu kerja,plan betul2...faham apa yg nk kena buat..pastu baru ltk langkah-langkah nk settle benda tu..tgk klu ada future plan...kaji betul2...pastu baru buat...

# Tak salah belajar dari kesilapan...biarpun kesilapan itu berulang kali......semangat utk belajar x yah la nk mati sama sekali...biarpun ada cacat cela,caci maki kaaa...tp set kan diri tu sentiasa positif...bkn semua manuasia sempurna dan pandai...mesti ada juga kebodohannya....So....niat utk majukan diri mesti ada...kadang kala sgt pahit,di akhir nya akan merasai kemanisan jua...

# Jangan ada  miscommunication..sbb apa?sbbnya...klu dah ada miscom tue...kompom dari mula sampai ke habis kerja tu akan salah...

Sama-sama kita  menjadi lebih terbaik di hari -hari yg mendatang...Aiyakkkkkk...
~~~~*ok...cowwww