Apabila disebut raya korban semua orang akan terkenang semula sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim bersama anaknya, Ismail.
Di corong-corong radio, tv, masjid, surau, para ustaz dan ustazah tak jemu mengimbas sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim bersama anaknya, Ismail. Ismail tidak membantah untuk dikorbankan. Sejarah manis itulah yang terus melekat di fikiran dan hati umat Islam dunia.
Definisi Dan Hukumnya:
Al-Udhiyah: Adalah haiwan ternakan yang disembelih pada hari ‘Idul Adha dan hari-hari TasyriQ dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah Subahanahu wa Ta’ala. Haiwan ternakan yang dibolehkan untuk korban adalah unta, lembu, kambing, atau biri-biri. (Abu Malik Kamal, Ensikolopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 115. Rujuk juga: ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 3, m/s. 566)
Hukum Berkorban:
Menurut Ibnu Taimiyah:
“Tidak wajib menyembelih korban, melainkan hanya bagi mereka yang mampu.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 23/162-164)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda
Sesiapa yang memiliki keluasan (rezeki) namun dia tidak berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami.” (Hadis Riwayat Ahmad (1/321))Manakala sebahagian ulama menyatakannya sebagai sunnah sahaja.
Namun, menurut pendapat yang lebih kuat dan tepat (rajih) hukumnya adalah wajib bagi setiap orang Islam yang berdaya (mampu) untuk berkorban. (Ali Hasan al-Halabi, Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya, m/s. 86)
Waktu Menyembelih Haiwan Korban:
Hari yang disyari’atkan untuk menyembelih haiwan korban adalah pada 10, 11, 12, dan 13 Dzulhijjah. Imam asy-Syafie rahimahullah berkata:
“Waktu menyembelih haiwan korban adalah ketika imam telah selesai solat Aidiladha… Apabila hari-hari Mina telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Dzulhijjah), tidak boleh lagi menyembelih korban.” (Imam asy-Syafi’i, Mukhtasar Kitab al-Umm fi al-Fiqh
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Supaya mereka menyaksikan pelbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara (miskin) dan fakir.” (Surah al-Hajj, 22: 28)