Tuesday, September 29, 2009

Lama X UpDate..

SaLam....
Dah LaMa SgT x upDaTe BloG nie..Dh Nk SamPai 2 BLn..hehehe..Pagi Ni NtaH mcM mana leh TerGeRak HaTi Nk Buka..kekeke..BosAn sGt Kot...BosaN - BoSaN, tGk Je GaMBo nie..hehehee..isK3...cM nK jD KanAk-KaNaK ReBiNa pLak...


RinDu~~*Nur ALySHa IrDina (CaHaYa PeNgHoRmaTaNku)

Friday, July 17, 2009

Sultan Muhammad Al Fateh

Buat Tatapan Rakan-rakan seperjuangan sekalian. Cerita mengisahkan seorang anak muda yg telah membawa seribu makna dlm memperjuangkan agama.Yang dimana boleh dikatan sebagai pejuang muda yg berjaya merubah arena pemerintahan walaupun di dlm usia yg muda..Dapatlah dikatakan bahawa sejarah telah membuktikan bahawa zaman kegemilangan Islam telah dibantu oleh anak-anak muda yg sanggup berkorban harta mahupun nyawa sekalipun.Cuma bagi mereka, hanya mahu melihat kebangkitan insan yg mahukan agama dan dapat menikmati nikmat beragama.Bagaimana pula anak-anak muda pada zaman ini.

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Monday, June 22, 2009

UNTAIAN PERMATA

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"

"Sesungguhnya beruntunglah bagi mereka yang sentiasa menyedari akan hakikat kehidupan ini. Sememangnya ia tempat berlabuh seketika dikala destinai pelayaran masih belum kesampaian. Seringkali kita terleka di singgahsana persinggahan kerana terpaku asyiknya keindahan, sehingga kita lupa bahawa kita perlu meneruskan pelayaran. Kita alpa dengan keperluan bekalan yang kita bawa, kita telah gadaikan segalanya, hatta kita tidak lagi punyai apa-apa . Bagaimanakah keadaaan kita tanpa bekal di sana? Manfaatlah masa yang kian sempit ini sebaik mungkin agar ia mampu memberi kita ruang kebahagian di sana..."


"Ya ALLAH..Sinarilah wajahku dengan Nurmu pada ketika Engkau menyinari wajah auliaMu. Janganlah hendaknya menghitungkan wajahku dengan kegelapan pada ketika Engkau menghitamkan mukanya musuh-musuhMu"

- Ameen Ya Rabb -

Thursday, June 18, 2009

Petua Pelajar Cemerlang

Petua Pelajar Cemerlang Dato Dr Fadzilah Kamsah


PELAJAR CEMERLANG AKAN:


Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

a). kita ingat 10% apa yang dibaca

b). kita ingat 20% apa yang didengar

c). kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat

d). kita ingat 70% apa yang dicakapkan

e). kita ingat 90% setelah dipraktikkan


1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan

2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah )

3. Belajar dalam persekitaran kondusif

a). pastikan cahaya adalah terang

b). kurangkan gangguan bunyi

c). tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar

d). tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran

e). kerusi dan meja menghadap kiblat

f). jangan lupa untuk senyum


4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan


5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku /nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan


6. Tahu teknik merangsang memori:

a). memasukkan maklumat dalan memori ( registration )

b). menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )

c). mengingat kembali ( recall )

d). menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )


7. Sentiasa awal dan mendahului

a). persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yangpositif pada guru

b). pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya

c). belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan


8. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar


9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru


10. Mempunyai teknik membaca yang betul

a). duduk dengan tegak & bernafas dengan betul

b). membrika tumpuan sepanuhnya

c). menggunakan jari telunjuk untuk membaca

d). menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan


11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh &malas


12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji,dan sebelum menghadapi peperiksaan


13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih


14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji


15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biologiclclock ).


16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur,selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,selepas baca al-quran / zikir selepas riadah dan selepas berdoa


17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa80% selepas belajar )


18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan


19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sbelum peperiksaan.


20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.


21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa


22. Tahu petua mengulang kaji

a). cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita

b). siapkan semua ?bekalan? dengan sempurna

c). duduk tegak dikerusi yang selesa

d). baca doa penerang hati

e). baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul

f). fikir dan ingat kembali isi utama

g). catat / lakar

h). semak semula ketepatan maklumat

i). ulang sebut atau ceritakan pada orang lain

j). buat rumusan

k). jawab soalan

l). tampal maklumat yang rumit di dinding

m). baca doa tanda kesyukuran selepas belajar


23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca suratkhabar, melawat rakan dan sebagainya


24. Tahu petua-petua agar tidak lupa

a). jangan makan kepala ikan

b). jangan makan organ dalaman

c). jangan minum semasa makan

Monday, June 15, 2009

teKa-Teki

Jom kita hayati teka - teki di bawah.satu teka-teki yg diambil dari seorang sahabat,..MOga-moga terselit seribu erti buat diri kita semua dan sedikit sebanyak menjadi iktibar khasnya buat diri sendiri dan secara amnya buat pembaca-pembaca sekalian.....InsyaAllah...


Pada suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya


Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?Murid 1 = " Orang tua "Murid 2 = " Guru "Murid 3 = " Teman "Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.

Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati

( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"Murid 1 = " Negeri Cina "Murid 2 = " Bulan "Murid 3 = " Matahari "Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"Murid 1 = " Gunung "Murid 2 = " Matahari "Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU

(Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia "Murid 1 = " Baja "Murid 2 = " Besi "Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"Murid 1 = " Kapas"Murid 2 = " Angin "Murid 3 = " Debu "Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini "Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.

Saturday, June 6, 2009

Minggu-minggu Lepasnya keja

salam semua...ari ni nk cita tentang benda-benda yg dh wat minggu - minggu lepas..jom kita tgk,pa benda la nk cita.
ni tgh pasang spike cable...ni utk kita test cable tu sama ada cable tu masih hidup atau mati...x pn,kita nk kompomkn cable tu mati..jadi,,gunalah benda ni..
ni dh complete pasang..ada pam cable,cable cutting dgn earth. pasang dlu 3 benda ni..

ni nk pasang balik jumper dkt H-pole..kena naik kt atas H-pole tu la..(sory gambo trbalik!!)

ni plak,gambo LV board yg dh kena curik..try tgk,...hilang suma benda...

ni pn sama jgk...dh berlobang LV Board cover tu...Pa benda yg dicurik???apa lg klu bukan Bus Bar..benda ni mahal klu jual kt kedai...haa..jgn la dok curik benda nie...silap plan,membawa maut la jawabnye.

pandangan hadapan...kena ganti yg baru la klu dh jd cam nie..
ni dh complete kita tuko baru...dh selesai suma...masukkan link dgn fius kt LV Board tue..tp kena la ingat,hati2 jgk...jgn sentuh Bus Bar tu...dh da supply...
time nk wat switching...yg laen suma kena duduk kt luar pencawang...jg keselamatan...