Saturday, November 15, 2008


salam semua......
huhuhhuhuhu........selamat bercuti bagi mereka yang sudah mula bercuti semester...gambo nie diambik time sebelum nak balik cuti ari tue..baru habis paper final la katakan...hehehehe..lokasinya,mungkin ada yang dah tau kan..kat mana lagi,Putrajaya la,,,,,,,memang best and cun tempat ni kan...so, kami pn try la berposing kt sini...hahahahaha....k2..lastly happy holiday kawan-kawan...jgn lupa,1.12.08 ni dah buka sem baru...InsyaAllah, kita jumpa lagi..

Friday, November 14, 2008

HAYATI SEDEKAH

Rasulullah saw bersabda: "Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) setengah butir tamar (kurma)". - (Bukhari dan Muslim)

Hayati Sedekah. . .

Firman Allah swt:"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka brgembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar." - Surah At-Taubah-ayat 111

Perjanjian Allah swt dari sedekah sipemberi:Keberkatan hidup seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki. Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Perniagaannya sentiasa dalam keuntungandan dia akan terhindar daripada penyakit bahaya. Usianya akan dipanjangkan oleh nikmat sedekah dan rezeki yang diperoleh.Keberkatan pada akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah akan diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa penyesalan dan kesedihan. Matinya bukanlah sebagai seorang yang tidak mensyukuri nikmat Allah swt bahkan akan dirahmatiNya kerana keikhlasan itu.

Rasulullah saw menegaskan dalam hadis yang bermaksud:"Apabila seseorang anak Adam mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara:Sedekah Jariah yang sentiasa mengalir pahalanya. Ilmu yang dimanfa'atkan orang lain. Doa anak yang salih. _ (Riwayat Muslim) Keberkatan ketika dibangkitkan pada hari kiamat kelak, orang yang suka bersedekah ini akan dipayung dan diteduhkan olehsedekahnya ketika hayat didunia. Ini pasti dapat mengelakan daripada ditimpa kepanasan dialam akhirat. Sedekah juga akan meringankan seseorang itu ketika dihisab Allah dan akan memberatkan timbangan kebajikannya.

Jangan anggap pemberian itu Hak Kita, sebenarnya didalam harta kita ada Hak Mereka.

Solat tak tinggal tapi...

Assalamualaikum wbt….
Saudara saudari yang dirahmati Allah,

Di akhirat kelak ketika dihisab, seluruh umat manusia akan dipersoalkan tentang segala perbuatan mereka di dunia. Amalan pertama yg akan dipersoalkan adalah berkaitan dengan solat. Jika sempurna solat seseorang, maka sempurnalah amalannya, dan terus sajalah ia ke syurga. Baiklah, sekarang kita sedar bahawa solat itu kunci(anak kunci) untuk ke syurga, dan memang ramai orang berpegang kuat kpd konsep ini. Buktinya? Lihat sajalah masyarakat sekeliling kita. Rata2 mereka beranggapan bahawa mereka sedang berada di landasan yg betul dalam mencari keredhaan Allah, kerana selama ini mereka tak pernah meninggalkan solat malah selalu ke masjid, puasa Ramadhan, pergi haji, zakat, dan sebagainya.
Ok…ok dat’s good. Baguslah kalau selalu pergi ke masjid, baca al-quran dan sebagainya. Tetapi, yang saya nak bangkitkan di sini ialah perbuatan atau tindakan mereka sesudah melakukan segala macam ibadat yg disebutkan tadi. Adakah hati mereka sentiasa tenang selepas solat, sentiasa mengingati Allah selepas berzikir, serta, sentiasa patuh pada perintah dan larangan Allah selepas selesai membaca al-quran? Adakah mereka sentiasa prihatin terhadap perkara2 maksiat yg sentiasa ada di sekeliling mereka? Dan adakah mereka sendiri terjebak dalam kemaksiatan yang mereka anggap terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan segala macam amalan yang telah mereka dilakukan?
Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan mnyesatkan mereka semuanya,” (al-Hijr:39)Inilah yang nak saya sampaikan sebenarnya; ramai orang melakukan amal kebajikan tetapi dalam masa yang sama, kemaksiatan masih menjadi teman. Tidakkah ini dinamakan sekular? Memisahkan antara agama dan dunia? Bila di tikar sembahyang ingat Allah, tetapi selesai saja solat, sibuk memikirkan hal dunia. Fikirlah, adakah solat yang sebegini layak untuk naik ke langit ke-7 dan diberi ganjaran pahala? Saya serahkan kepada kalian untuk menjawabnya.
Saudara dan saudariku yang dikasihi,
Solat yang diterima oleh Allah itu hanyalah solat yang sempurna. Bukan sahaja sempurna rukunnya (jasad), tetapi juga sempurna isinya (ruh). Tetapi untuk melakukan solat yang sebegitu rupa sebagaimana yang pernah dicontohkan Rasulullah SAW adalah mustahil. Walaubagaimanapun, untuk mencari kesempurnaan dalam solat itu masih wajib. Dan daripada solat yang khusyuk serta ikhlas tadi, maka terbitlah suatu nikmat yang tak dpt dijual beli iaitu keimanan dan ketaqwaan, yang mana hanya hadir dalam hati2 yang bersih. Dan hati-hati yang bersih ini akan dibawa ke mana2 seandainya para pemiliknya benar2 merasai dan menghargai nikmat itu. Maka sekiranya hati2 yang bersih ini dibawa ke mana2, mereka akan mudah untuk membezakan antara ma’ruf dan mungkar, dan seterusnya menghindari perbuatan mungkar akibat kebencian hati2 yang bersih ini terhadap kemungkaran itu. Malah, sehingga ke satu tahap, hati2 ini akan memberontak dan cuba untuk menghapuskan kemungkaran itu sama ada dengan tangan ataupun lidah pemiliknya.
“…Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar…”(al-‘ankabuut:45)
Namun, ramai orang yang masih bermaksiat kpd Allah SWT walaupun solatnya cukup lima waktu, malah ada antaranya yang ‘kaki’ masjid atau surau. Mengapa hal ini masih berlaku sedangkan ayat itu adalah ayat penyata? Adakah ayat Allah SWT tidak boleh dipakai ke atas setiap orang sehingga membolehkan mereka melakukan maksiat walaupun sudah bersolat? Jawapannya mudah saja saudara dan saudari, hal ini disebabkan oleh solat yang mereka dirikan itu tidak sempurna dan/atau tidak diterima Allah SWT. Mereka tidak solat atas dasar cinta kpd Allah, tetapi atas dasar rutin harian, budaya, ikut-ikutan ataupun malu kpd manusia sekeliling (jika tak solat).
Saudara dan saudariku yang dikasihi,
Saya menyeru kpd diri sendiri dan kpd kalian agar mempertingkatkan rasa cinta kita terhadap Allah SWT kerana Allah SWT sentiasa menunggu2 utk membalas cinta hamba-Nya. Dan cinta Allah itu sajalah cinta yg hakiki, tiada cinta yg lebih agung drp cinta Allah, termasuklah cinta Hang Tuah dgn Puteri Gunung Ledang. Selangkah kita kpd-Nya, sepuluh langkah Dia kpd kita, malah mungkin lebih drp itu. Sekali kita beramal, 10 kali ia digandakan tetapi bila sekali kita melakukan dosa, sekali saja yg dikira, malah diberi pula peluang untuk bertaubat. Subhanallah~
Sebegitu indah cinta Allah SWT ini, mengapa hendak kita lepaskan? Mampukan sebuah kereta Porche yg berjuta ringgit itu mampu memberi cinta sehebat itu? Mampukah satu set telefon bimbit Nokia yg harganya beribu ringgit itu memberi kepuasan abadi dlm kehidupan kita? Kalau jawapan kalian ‘Ya, Porche mmg menjadi idaman setiap jejaka dan saya sungguh bertuah kerana dpt membelinya dgn titik peluh saya sendiri !’; atau ‘Ya, handset dpt menceriakan kehidupan saya, dan saya sentiasa mahukan teknologi terkini !’, saya nasihatkan supaya berimanlah dgn ayat di bawah ini:
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa2apa yang diingini, iaitu; wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).” (ali-imran:14)
Ingatlah bahawa itu semua hanyalah permainan syaitan. Ingatlah juga tujuan kita hidup di bumi Allah SWT yang sementara ini. Kalaulah tidak untuk menegakkan syiar Islam agar Islam kembali diamalkan sepenuhnya di serata dunia, kalaulah tidak untuk meletakkan kembali Islam di kedudukan yang termulia, dan kalaulah tidak untuk mencari keredhaan Allah SWT, maka ternyatalah tujuan hidup kita sudah terpesong. Tak usah mengakulah Islam kalau jiwa dan tindakan kita seolah-olah merelakan Islam untuk tidak diamalkan sepenuhnya oleh orang Islam sendiri dan merelakan Islam dipandang hina oleh orang kafir.“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta.”(al-‘ankabuut: 2 & 3)
Sahabat dan sahabiah yg dikasihi,
Anggaplah semua yg ada di hadapan kita ini sebagai ujian drp Allah SWT. Maka berhati-hatilah sebelum melakukan sesuatu agar tidak disesatkan oleh syaitan si laknat. Mudah-mudahan kita mampu menangkis godaan syaitan yg tidak pernah berputus asa dalam menyebarkan fikrah (konsep pemikiran) sesatnya.Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (ta’at).” (al-a’raaf: 16 & 17)

Keluasan Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga
ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya:
"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."


Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai"

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat"..

Lelaki yang bakal ke neraka

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim
masuk syurga..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB.

Peliknya umatku...

Peliknya umatku…
Menangis teresak-esak sebab penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia. Air mata sungguh murah melimpah apabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sangat umatku yang sudi melinangkan air matanya sebagai taubat kepada yang Esa? Berapa sangat umatku yang menangisi kematian seorang ulama’ dan solehin?


Peliknya umatku...
Sms berpuluh-puluh ringgit dengan senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. Jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. Tapi, jari jemari begitu berat untuk mengambil seringgit untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid. Tangan begitu kaku untuk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umatku...
Gembira dia sebab anak pandai menyanyi dan pandai main piano. Sedih sekali dia apabila anaknya tidak dapat masuk Akademi Fantasia dan Malaysian Idol. Namun, tidak ramai umatku yang sedih jika zuriatnya buta al-Quran. Tidak ramai umatku yang resah jika anaknya tidak tahu sujud kepada yang Esa.

Peliknya umatku...
Sanggup bersesak-sesak, berhimpit-himpit di padang konsert hiburan. Sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan. Sedihnya, program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak mendapat sambutan meriah dari umatku. Mereka tidak sanggup untuk berdiri dalam saf walaupun untuk 5 minit sahaja.

Peliknya umatku...
Setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran, tidak cukup peringkat kebangsaan, dibuatnya peringkat antarabangsa. Tapi, dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan. Mana rasa tak elok untuk nafsu, baca dah la.

Peliknya umatku...
Setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 malam pada hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai. Tak kira lelaki perempuan, detik saat jam 12, saat yang ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. Sedihnya, tidak ramai yang mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid.

Peliknya umatku...
Setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara-suara sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.

C.I.N.T.A.

Cinta lelaki selalunya manis
Cinta lelaki sukar meminta maaf
Cinta lelaki mudah diagih-agihkan
Cinta lelaki susah dipamerkan
Cinta wanita selalunya pahit
Cinta wanita selalunya kudus
Setia dan romantis
Cinta wanita pandai memujuk
Cinta wanita sanggup terseksa
Jika terdera
Bila dipujuk mudah lupa
Cinta Sejati tidak bertambah dengan kebaikan
Cinta Sejati tidak bertambah dengan kekayaan
Cinta Sejati tidak berkurang dengan keburukan
Cinta Sejati tidak berkurang dengan kemiskinan
Cinta Sejati tak pernah terancam
Cinta Sejati tak pernah curiga

Tapi
Selalu berwaspada
Selalu bersangka baik
Selalu bermaaf-maafan
Tanpa perlu dipohon
Cinta Sejati tanpa bersyarat
Kalau bersyarat tak kekal lama
Cinta Sejati tidak pohon dibalas
Kerana
Semua itu tak kekal lama
Cinta Sejati pertimbangan adil
Cinta Sejati mendidik anak berjiwa nabi
Cinta Sejati semakin tua semakin sayang
Apa rahsia Cinta Sejati?
Agama dijunjung
Syariat disanjung
Pasaknya iman
Ketetapan hanya pada Tuhan Rabbul Izzati