Thursday, February 2, 2012

Jadilah

"Kadang-kadang manusia mudah putus asa akan rahmat Allah sebelum melakukan sesuatu, kadang-kadang manusia terlalu mahukan yang terbaik tanpa berusaha yang terbaik, kadang-kadang manusia jahil dalam ilmunya tanpa berusaha memperbaikinya, ingatlah kebekatan dalan hidup ini perlukan hijrah ke arah yang makruf.

Segala hijrah yang kita lakukan ke arah yang baik pasti Allah berkati. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, 'Sebaik-baik manusia itu adalah yang bermanfaat'. Dan untuk menjadi orang yang bermanfaat, tidak semestinya kita perlu jadi orang yang berjaya, bekerjaya dan berpengaruh".

Moga kita terus menjalani hidup di muka bumi ini dengan perkara yang disukai Allah.

Jika yang diharapkan berlaku, maka bersyukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka maka bersabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku. Namun, apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah. Malah, kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nanti hasilnya, katakan pada diri, "Aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik."


Mutiara Indah

Salam Semua.....
Mari berkongsi mutiara indah....

Alhamdulillah diberi kesempatan menimba ilmu pada minggu lepas. Majlis ilmu disampaikan oleh Al fadil Ust. Khairuddin.

Sedikit renungan buat kita semua.
Antara isu yang diutarakan ialah Bab "MARAH"....Bila ditanya, semua mesti ada perasaan ini...Mengikut perbahasan dalam kitab tersebut, marah merupakan sifat mazmumah dan boleh memberi kekejian kpd diri sendiri. Apabila sifat ini menguasai diri, ia akan mendorong anggota fizikal bertindak. Contohnya memukul...Tau kew memukul? klu x bapa nak tau tue,memukul nie sama la spt seseorang melakukan tendangan power ranjer kpd kawannya...ahaha..Akibat perasaan marah menguasai dirinya, maka kwnnya mendapat satu tendangannnnnn..tak patut......apa punya turrrrrr...

Pesan Rasul: Orang yang kuat adalah org yg boleh menahan dirinya ketika marah....tadaaaaaaa...
So, skng nie...bukan pok cik gusti kuat orangnya...bukan org yang kaya org yg kuat....bukan org yg berbadan besar kuat orgnya..bukan pula org yg kechik pon kuat orgnya.....Tapi siapa??????
Arrr....orang yg boleh menahan maraahhhhhhhhhh.....ehehe
Kata Imam Nawawi pulak....jgn mengikut nafsu marah kamu....hendaklah kamu mengawalnya....

Sifat marah perlu ada....Tp kita perlu mengawalnya....
Lebih2 lagi kpd ibu bapa dan guru...Insan2 yg banyak berhubung dgn karenah anak2...Kadang kala timbul perasaan marah.
Ibu dan bapa kena control skit marahnya..Sebabnya kadang kala terlepas ckp yg bukan2 kpd anak2..Sedar atau tidak,percakapan itu adalah satu doa....
Para guru pon sama..percakapan kpd para pelajar merupakan satu doa buat anak didiknya.....Baik percakapannya, mk baiklah anak didiknya...

So, nak lahirkan generasi muda yg berwibawa, mk controllah perasaan Marah anda......ehehe

Im HoMe

SaFeLy ArrIVe aT HoMe.....
                                         HoMe Sweet hOmE....

BeramaL Selalu

kelebihan ayat 128, 129 surah at taubah:

Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :

1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan
2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan
4) Terhindar dari dukacita
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya

Sunday, January 29, 2012

Kemas Sini Sana

SaLam....
Sedang Mengemas Barang2...ahaha....Mau balik Perak Malam nehhhhh...
                         Bosssssssssssssssss...mau cuti minggu depannnnnnnnnnnn

Friday, January 27, 2012

Monday, January 23, 2012

Anggap sahaja

Anggap kejayaan dan kegagalan sebagai nikmat dari ALLAH. Dengan kejayaan, kita tidak menjadi lupa bahawa ramai lagi diluar sana mahu merasakan kemanisan buah AQIDAH yang sohih. Dengan kegagalan, kita bangkit bahawa ada kekurangan yang wajib kita "tampal" untuk bergelar "YB [Yang Berjaya]".

Biar derita di dunia, kerana lebih banyak derita, lalu dia bertaqwa, derita itulah peringatan hampirnya haruman kejayaanya di akhirat sana. Asal sahaja hadir dengan ikhlas.


Kata Imam Shafie: 
Siapa nak kesenangan dalam dunia..kena ada ilmu dalam diri...Dan barangsiapa  nak kesenangan di akhirat, kena ada ilmu dalam diri...