Monday, December 22, 2008
AIR FRESHENER BARU..
Saturday, December 20, 2008
SEHARIAN DI KUALA LUMPUR
Sunday, December 14, 2008
- program anjuran pelajar-pelajar uniten dan terbuka untuk semua pelajar ini merupakan siri seterusnya baktisiswa uniten tetapi akan digerakkan dalam bentuk pengisian yang berbeza dari baktisiswa yang terdahulu.- antara aktiviti yang akan dijalankan : keluarga angkat,bersama nelayan,bersama pesawah,lawatan pelancongan,lawatan rasmi,kenduri kampung,fasilitator,forum,bengkel akademik,bengkel bersama TNB,malam kebudayaan,gotong-royong, dll.
- pra-baksis akan dijalankan dalam semester 1, 2009.- semester 1, 2009 (after final exam)- sijil,baju koporat,pengangkutan disediakan.
- tempat: Kedah Darulaman
- pengambilan peserta dan ajk : coming soon
LIPUTAN/RAKAMAN: TV3, REMAJA, MEDIA CETAK
Thursday, December 11, 2008
MARI KITA RENUNGKAN
"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".
Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:
Sembahyang Subuh
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
Sembahyang Zohor
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam
Sembahyang Asar
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)
Sembahyang Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.
Sembahyang Isya'
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.
Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..
enam perkara di atas dunia
tiga perkara sewaktu hendak mati
tiga perkara sewaktu di dalam kubur
tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan
Enam perkara seksaan di atas dunia
Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya
Dikurangkan rezeki di dalam usahanya
Tiada dipelihara baginya agama Islam
Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya
Tiga perkara sewaktu hendak mati
Dimatikan dalam kehinaan
Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun
Tiga perkara sewaktu dalam kubur
Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata: "Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"
Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.
FIRST DAY L.A.B


Tuesday, December 9, 2008
SALAM AIDILADHA
Di corong-corong radio, tv, masjid, surau, para ustaz dan ustazah tak jemu mengimbas sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim bersama anaknya, Ismail. Ismail tidak membantah untuk dikorbankan. Sejarah manis itulah yang terus melekat di fikiran dan hati umat Islam dunia.
Al-Udhiyah: Adalah haiwan ternakan yang disembelih pada hari ‘Idul Adha dan hari-hari TasyriQ dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah Subahanahu wa Ta’ala. Haiwan ternakan yang dibolehkan untuk korban adalah unta, lembu, kambing, atau biri-biri. (Abu Malik Kamal, Ensikolopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 115. Rujuk juga: ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 3, m/s. 566)
Hukum Berkorban:
Menurut Ibnu Taimiyah:
“Tidak wajib menyembelih korban, melainkan hanya bagi mereka yang mampu.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 23/162-164)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda
Sesiapa yang memiliki keluasan (rezeki) namun dia tidak berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami.” (Hadis Riwayat Ahmad (1/321))Manakala sebahagian ulama menyatakannya sebagai sunnah sahaja.
Namun, menurut pendapat yang lebih kuat dan tepat (rajih) hukumnya adalah wajib bagi setiap orang Islam yang berdaya (mampu) untuk berkorban. (Ali Hasan al-Halabi, Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya, m/s. 86)
Waktu Menyembelih Haiwan Korban:
Hari yang disyari’atkan untuk menyembelih haiwan korban adalah pada 10, 11, 12, dan 13 Dzulhijjah. Imam asy-Syafie rahimahullah berkata:
“Waktu menyembelih haiwan korban adalah ketika imam telah selesai solat Aidiladha… Apabila hari-hari Mina telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Dzulhijjah), tidak boleh lagi menyembelih korban.” (Imam asy-Syafi’i, Mukhtasar Kitab al-Umm fi al-Fiqh
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Supaya mereka menyaksikan pelbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara (miskin) dan fakir.” (Surah al-Hajj, 22: 28)
Wednesday, December 3, 2008
RAHSIA 7 JARI..
2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.
3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apabenda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan memberi kesan yg besar pd masa depan.
4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.
5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki,hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi, khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.
6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk, tgk gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita, perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a greatmind.
7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan.Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.
renung/fikir dalam2. Dimanaanda sekarang..?

baru lerr leh ambik result.......

